Travelog Melbourne, Australia : Philip Island. Philip Island ialah destinasi pelancongan terkenal di Negeri Victoria, Australia. Ia terletak di Bahagian Selatan Victoria macam yang ditunjukkan kat dalam peta kat bawah.


travelog melbourne philip island

ISI KANDUNGAN TRAVELOG MELBOURNE : PHILIP ISLAND

1.0    DARI MELBOURNE AIRPORT KE PHILIP ISLAND

2.0    BRIGHTON BEACH

3.0    PINTU MASUK PHILIP ISLAND

4.0    PENGUIN PARADE DI PHILIP ISLAND ISLAND NATURE PARK 

5.0    THE NOBBIES - THE SOUTH POINT LOOKOUT - TENGOK PENGUIN & SUNSET  

6.0    PHILIP ISLAND WILDLIFE PARK 

7.0    KILANG COKLAT PANNY'S CHOCOLATE FACTORY 



Dari Melbourne Airport Ke Philip Island

Perjalanan dari Bandar Melbourne ke Philip Island ialah 2 jam naik kereta.

So hari tu, sesampai je kami di Melbourne, dari Airport Tullamarine Airport (Melbourne International Airport) kami terus shoot pergi ke Philip Island. Makan breakfast kat dalam kereta jer, beli kat supermarket yang berdekatan dengan airport. 

Philip Island ni terkenal dengan Penguin. So, sesiapa yang nak tengok Penguin Live yang hidup kat habitat sebenar dia, ( yang bukan dibela kat dalam sangkar macam kat dalam zoo), bolehlah datang ke Philip Island ni. Selain tu, Philip Island ni terkenal dengan alam semulajadi yang sangat cantik.

Perjalanan kami dari Airport Melbourne ke Philip Island, kami dihidangakn dengan permandangan alam yang sungguh cantik seakan - akan Negara Switzerland. Kalau korang tengok Switzerland ada gunung-ganang yang menghijau, kat Victoria ni pun samalah. Rumput-rumput dia yang sangat hijau tu nampak macam rumput karpet jer, tapi tu semua 'real', rumput asli, dengan lembu, dan biri-biri di kini kanan jalan, fuhh! cantiknya.  


travelog melbourne philip island

Philip Island sangat terkenal dengan Penguin

Brighton Beach

Masa on the way ke Philip Island dari Airport Melbourne, kitaorang singgah dulu kat Brighton Beach. Brighton Beach ni sangat terkenal dikalangan pelancongan terutamanya pelancong Malaysia akan 'Colourful Bathing Box' yang sangat menarik dengan rumah-rumah kotak yang berwarna-warni. 









Drama Malaysia di Brighton Beach 😂😂

Pantai kat belakang tu ialah Brighton Beach

Melbourne
Inilah lokasi Brighton Beach, terletak di kejiranan perumahan elit di dalam Negeri Victoria

Melbourne
Walaupun cuaca masa tu sejuk sangat dan berangin, tapi ramai jer yang beriadah dan bersukan. Masa ni jam pukul 11 pagi waktu tempatan.

Masa kitaorang sampai di Brighton Beach tu, cuaca sangat sejuk sebab berangin. Masa tu suhu menunjukkan 12 darjah celcius. Dan campur dengan angin, fuhh! memang sejuklah. 

Lepas dah puas menjamu mata kat Brighton Beach, kitaorang terus ke Philip Island.


PINTU MASUK PHILIP ISLAND

Philip Island ni ialah sebuah pulau yang terletak di Bahagian Selatan. So nak masuk ke Philip Island ni, kita kena naik jambatan yang menghubungkan bahagian daratan dengan Pulau Philip. Jambatan ni pendek jer, Jambatan Pulau Pinang lagi panjang. 

Inilah Pintu Masuk ke Philip Island

Kat sini ada camp site. So, sesiapa yang travel naik caravan, bolehlah menginap kat area ni, sambil menjamu mata tengok permandangan indah Selat  Bass (Bass Strait)


Inilah jambatan yang menghubungkan Victoria (Melbourne) dan Philip Island.



Jalan raya kat Philip Island

Inilah Selat Bass. Gambar kabur. Sorry

Sampai je kat Philip Island, kami terus ke hotel & check-in bilik. Kat Australia ni, check-in bilik jam 3 petang. 


Inilah hotel kami di Philip Island. Tu bilik tidur kami yang depan meja tu. Hotel ni ada swimming pool, tak ada kitchen. Betul-betul kat depan Pantai Cowes. Pantai Cowes ni akan menjadi destinasi tumpuan pelancong bila waktu hujung minggu atau cuti panjang di Melbourne. Macam Pulau Pinang di Malaysia. 

Masuk bilik, bersihkan diri, rehat sekejap, masa petang kitaorang keluar pergi ke Philip Island Nature Park, sebab nak tengok penguin. 

travelog melbourne philip island

Inilah dia Pantai Cowes, depan hotel kitaorang. Sebabkan masa tu sejuk, jadi kitaorang tak pergi pun pantai


Penguin Parade di Philip Island Nature Park

Nak tengok penguin ni ialah kat Penguin Parade di Philip Island Nature Park dan boleh tengok masa waktu senja (Waktu Maghrib). Sebabnya masa waktu senja ni lah, penguin-penguin ni akan naik ke daratan. Nasib baik bila travel, kita Umat Islam boleh Solat Jamak.

Tapi sesampai jer kat Penguin Parade, yang terletak dalam 15 minit dari hotel kitaorang, kitaorang tak boleh masuk sebab tempat dah penuh. Rupanya hari tersebut ialah hari cuti untuk Rakyat Victoria - long weekend dan cuti sekolah, so ramailah Rakyat Asutralia yang datang ke Penguin Parade nak tengok Penguin. 

Penguin Parade ni boleh muatkan 2500 orang dalam satu-satu masa, dan sebenarnya boleh beli tiket Online. Kalau nak beli tiket masuk Penguin Parade ni, boleh beli kat website ni : https://www.penguins.org.au/buy-tickets/ . 

The Nobbies - The South Point Lookout - Tengok Penguin & Sunset

Tapi sayangnya kitaorang tak dapat masuk ke Penguin Parade tu sebab tiket dah habis terjual. Jadinya, kitaorang pergi ke tempat lain yang namanya 'The Nobbies - The South Point Lookout'.

Perjalanan dari Penguin Parade ke The Nobbies tu dekat jer, mungkin dalam 5-10 minit sahaja. Kat The Nobbies ni pun boleh tengok penguin kalau bernasib baik, tapi kena tunggu waktu Maghrib lah, sebab penguin naik ke daratan bila waktu Maghrib jer. 

Sesampai jer kat The Nobbies tu, aku sangat-sangat teruja dan terpegun. Fuhh! Cantiknya. Cantiknya ciptaan Allah. Cantiknya dunia ni. Seriously cantik sangat. Terus terasa macam tengah duduk kat luar negara, ala-ala macam duduk kat Sweden atau kat Norway, boleh tengok laut biru.

The Nobbies ni terletak betul-betul kat tepi laut Selat Bass (Bass Strait). Kat sini boleh tengok Blue Whale (Ikan Paus Biru) yang berhijrah ke Australia dari Kutub Selatan (Antartika) dari bulan Mei hingga Bulan September. Sebabkan aku datang masa Bulan Oktober, jadinya tak adalah rezeki nak tengok Blue Whale depan-depan. 

Niatnya nak tengok Penguin, tapi tak dapat nak tengok sebab cuaca terlampau sejuk dan angin kuat. Kakak FL dan Leeya pun hampir-hampir nak terbang ditiup angin. Leesa pulak tidur lena dalam kereta, dan aku macam biasa memang tak tahan sejuk. So, kitaorang decide untuk ambil gambar dan kemudian balik hotel. 

Kat Philip Island ni kedai semua tutup jam 6 petang. Kat sini tak ada night life.

So bila waktu Maghrib tu confirm semua kedai dah tutup. Nak cari kedai makan halal, ada tapi dah tutup. So, jawabnya malam tu kitaorang makan maggi jer lah. Nasib baiklah jugak bawak stok maggi banyak. hahahhaa. 

Esoknya, jam 10 pagi kami kena check-out dari hotel. Kat sini, memang semua hotel buat prosedur kena check-out jam 10 pagi. 


Philip Island Wildlife Park

Lepas check-out, destinasi pertama yang kitaorang tuju ialah Philip Island Wildlife Park. Tiket masuk sini ialah AUD 55, untuk 3 orang kanak-kanak & 2 orang dewasa. 


travelogue melbourne philip island
Permandangan indah di Philip Island Wildlife Park

travelogue melbourne philip island
Bermesra dengan walabi. Kat sini tak ada kangaroo.

travelogue melbourne philip island
First time Leeya dapat pegang walabi. 

Antara binatang yang ada di Philip Island Wildlife Park ialah koala, walabi, burung kiwi, burung helang dan banyak lagi. Tapi kangaru tak ada.

 
Kilang Coklat Panny's Chocolate Factory


Selepas keluar dari Philip Island Wildlife Park, kitaorang ke Kilang Coklat Panny's Chocolate Factory pula. 

Kitaorang breakfast kat sini dulu. Aku & En.Suami makan salad sandwich dengan secawan Kopi Late, manakala anak-anak (Kakak FL & Leeya) makan cookies & hot chocolate. Hot chocolate tu memang favourite diaorang. 

Inilah antara momen-momen terindah kami di Kilang Coklat Panny's di Philip Island. 

Travelog Melbourne Philip Island

Travelog Melbourne Philip Island

Travelog Melbourne Philip Island

Travelog Melbourne Philip Island

Travelog Melbourne Philip Island

Nak masuk kilang coklat ni kena bayar AUD 45 untuk pakej 1 famili. 1 Pakej Family ni layak untuk 2 orang kanak-kanak & 2 orang dewasa. Kami spend masa kat dalam kilang ni hampir 2 jam. Kat dalam ni boleh buat coklat sendiri, dan boleh main game. 



Selepas keluar dari Philip Island ni, kitaorang terus ke Bandar Melbourne. En.Suami drive kereta , dan anak-anak tidur jer sepanjang perjalanan. Aku pulak sedang enak menikmati permandangan indah sepanjang perjalanan ke Melbourne. Fuhh! Memang cantik sangat-sangat Negeri Victoria ni. Seindah Switzerland ataupun New Zealand. 

Kalau ada rezeki nak datang lagi ke Philip Island ni. 

Ini jer gambar yang sempat snap sepanajang perjalanan ke Melbourne dari Philip Island

BACA NI JUGA : 'Travelog New Zealand'


'10 HALAL RESTAURANT IN MELBOURNE'



SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE