Showing posts with label travelog

 Hye semua! Selamat bercuti. 

Hari ni aku share dengan korang itinerari aku ke Jakarta tempoh hari bersama-sama suami dan anak-anak aku. 

Aku ke Jakarta pada 23 Disember 2024 dan pulang ke Kuala Lumpur pada 26 Disember 2024.

Itinerari Jakarta


Itinerari 4 Hari 3 Malam di Jakarta, Indonesia


Day 1 : Traveling Day

Flight pagi jam 10 dari KLIA 2 , naik Pesawat Air Asia. 

Sampai di Jakarta tengahari, ambil teksi di airport dan terus Check-In Hotel.

Hotel : Hotel Grand Cemara di Menteng, Jakarta. 

Tak keluar pergi mana-mana, kecuali pergi makan malam di depan hotel. Ada banyak kedai makan halal di sekitar hotel, even masjid pun ada.

Hotel ni ada swimming pool, so petang tu kami pergi swimming je kat hotel.


Day 2 : Pergi DuFan (Dunia Fantasi ThemePark)

itinerari jakarta
Ini gambar kami dalam Train Whoosh


Day 3 : Pergi Bandung Naik Whoosh (High Speed Train)

Kami ke Bandung Naik Whoosh di Stesen Halim di Jakarta, berhenti di stesen terakhir iaitu Stesen Tegalluar Summarecon. Balik Jakarta malam hari jam 8 malam bertolak dari Bandung.

itinerari jakarta

itinerari jakarta
Ini ialah Masjid tersebar dan tercantik di Bandung iaitu Masjid Besar Al Jabbar yang terletak di Tegalluar Summarecon. Hanya 5 minit naik kereta dari Stesen Whoosh Tegalluar Summarecon.


Day 4 : Shopping & Pulang

Hari terakhir di Jakarta kami pergi shopping di Thamrin City Mall yang terletak di Central Jakarta di sebelah pagi. Dekat je dengan hotel tapi sebab Jakarta jem yang teramat dashyat, jadinya perjalanan ambil masa 30 minit dari hotel ke Thamrin City, yang sepatutnya hanya 10 minit sshaja.

Petang : Pulang ke Kuala Lumpur. 

Sampai di KLIA2 jam 11 malam dan kami orang terakhir sampai di airport. hahaha.

 TRAVELOGUE FAMILY TRIP TO LONDON - PARIS 2024.

Assalamualikum semua. 

Tiup habuk dulu.. Fuuuuuuhhhh... fuuuuhhhh.. fuuuuuhhhh.. 

Hahahaha. Lama betul bersawang blog ni. 

Hari tu pergi vacation pergi London, ingatkan nak update blog masa kat sana. Tapi, hampeeesss, tak boleh langsung nak bukak laptop. Pastu, bila dah balik Malaysia, jet lag pulak. Jet lag tu pulak lama nya... Memang pening terus, langsung tak ada mood nak bukak laptop. 

Packing For Travel

in , , , by dorsett pink, June 01, 2024

 Packing For Travel.

Salam semua. 

Cuti sekolah ni pergi mana? 

Aku baru jer balik dari Johor Bharu. 

Hari Sabtu hari tu, aku bercuti di JB. 3 hari je kat JB. Dan kemudian balik KL semula. 

Sekarang aku tengah bersiap-siap packing untuk travel jauh. 

Cuti sekolah dah nak habis dah. 

Tapi aku extend lagi cuti anak-anak aku. hahahhaa. 

So, aku dah siap-siap hantar Surat Permohonan Cuti kat Guru Kelas sekolah anak aku. 

Jalan-Jalan Ke Pulau Ketam, Selangor

in , , , , by dorsett pink, January 06, 2024

 Jalan-Jalan Ke Pulau Ketam, Selangor.

Cuti hujung tahun Disember 2023 hari tu, kitaorang bercuti dalam Selangor jer. Sebab En.Suami tak nak drive ke luar dari Negeri Selangor, sebab tak nak hadap jem. Almaklumlah, hujung tahun semua pakat berjalan-jalan pusing-pusing Cuti-Cuti Malaysia, jadi jalanraya semuanya jem especially highway. 

Hujung tahun lepas, kitaorang dah hadap jem pergi ke Penang. Jadinya, tahun ni (2023) kita nak tenang-tenang saja. Tahun 2024 la pulak nak 'join the crowd' tempuh jem. hihi. 

Travelog Melbourne, Australia : Philip Island. Philip Island ialah destinasi pelancongan terkenal di Negeri Victoria, Australia. Ia terletak di Bahagian Selatan Victoria macam yang ditunjukkan kat dalam peta kat bawah.

Travelogue Melbourne : From Kuala Lumpur to Victoria, Australia.

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE