18 Jun 2023 hari, birthday aku yang ke-39 tahun dan en.suamiku tercinta telah bagi hadiah birthday present ni kat aku iaitu - Kerusi Urut OGAWA (Massage Chair) dan treadmill OGAWA, macam yang aku cerita dalam post sebelum ni - '5 IDEA HADIAH HARI JADI UNTUK ISTERI YANG SANGAT BEST DAN BERMAKNA'.

Terima kasih yang tak terhingga buat suamiku. 

En.suami kesian tengok aku uruskan rumah tanpa pembantu rumah (padahal dia pun buat kerja rumah jugak), so sebab tu dia bagi aku kerusi urut ni, supaya aku dapat urut setiap hari. So, lepas ni dah kuranglah sikit pergi ke SPA. Tapi masih tetap pergi jugak cumanya tak sekerap seperti sebelum ni lah. hihi. 

Walaupun ini birthday untuk aku, tapi dia dan sesiapa saja yang datang ke rumah kitaorang, boleh jer guna kerusi urut ni. Sebab tu lah en.suami bagi aku hadiah ni. Sebab dia pun boleh guna jugak. hahahha. Bijak kan? 


ogawa

OGAWA SMART JAZZ URBAN MASSAGE CHAIR 

Inilah dia massage chair OGAWA yang dibeli oleh en.suamiku sebagai hadiah hari jadi aku baru-baru ni. 


Apa yang best pasal kerusi urut OGAWA yang en.suamiku belikan ni ialah dia ada 'built-in' speaker sekali, so kita boleh layan lagu ketika di urut. Besttt. 


Kerusi urut Smart Jazz ni jugak ada 'automatic function', so kita boleh 'tekan' jer function apa yang kita nak, dan dia urutkan untuk kita. Contohnya, kalau kita nak tidur yang lena, kita tekanlah butang 'sweet dreams', so kerusi ni akan urutkan badan kita, dan persiapkan diri kita untuk tidur yang lena. Sambil dengar lagu-lagu best, memang boleh buat lena terus duduk atas kerusi ni. 


En.suami beli barang OGAWA ni amsa Road Show Ogawa kat IOI City Mall masa hari birthday aku - 18 Jun 2023. Tak sampai seminggu, kerusi urut OGAWA dan semua barang-barang OGAWA sampai kat rumah. Tapi masa OGAWA tu sampai rumah, en.suami aku dah fly pergi outstaion ke Philiphines masa tu. 


Ini basikal FREE GIFT yang OGAWA bagi.

Ini dia treadmill OGAWA yang en.suami aku bagi hadiah jugak. 

OGAWA TREADMILL TREK PRO T7.2 LITE


Sebenarnya dia nak bagi aku hadiah treadmill jer, tapi bila pergi ke IOI City Mall tu, ada roadshow OGAWA, dia berkenan pulak dengan massage chair Ogawa tu. Tu yang dia beli 2 ketul sekaligus. 


Sebenarnya nak beli treadmill kat kedai lain. Tapi sebabkan masa beli massage chair tu, sales person OGAWA tu sangat baik dan melayan segala pertanyaan en.suami dengan penuh sabar, jadinya en.suami aku beli skali treadmill tu kat situ. Untuk bagi extra tips pada sales person OGAWA tu. Bila kita beli banyak barang, lagi tinggilah komisen yang staff tu akan dapat dari company OGAWA. 

Itulah cara en.suami ku buat sebagai tanda penghargaan pada staff kedai. Kitaorang ni memang jenis banyak tanya sebelum decide nak beli satu-satu barang. So, tak semua orang yang suka/sabar nak layan kitaorang. hihihi.

Dia bagi aku treadmill ni sebenarnya, sebab dia tak nak aku keluar rumah pergi jogging kat taman atau kat stadium lagi. Sebab sekarang ni kalau aku keluar, aku kena bawak baby Leesa keluar jugak. So, setiap kali Leesa keluar pergi ke taman (teman aku jogging / skipping- dia duduk dalam stroller), dia kena gigit nyamuk. 

So, en.suami sayangkan anak dia, dia tak bagi nyamuk gigit anak dia, tu yang dia belikan aku treadmill tu. hahahahha.

Tapi walaupun aku dah tak boleh keluar jogging kat luar, aku tetap suka treadmill ni. Seba aku dah tak perlu nak tutup aurat lagi bila jogging. Kat rumah kan, siapa nak tengok. hihi. 


Baca ni juga : '10 Kerusi Urut Terbaik di Malaysia 2023'

Dan ini gambar masa kat Roadshow OGAWA - basikal. Basikal ni ialah Free Gift , pihak Ogawa berikan kat kitaorang, sebab dah beli 2 barang.


Ini pun free gift yang dapat dari OGAWA - Back Massager

Happy diaorang dapat main 2 mainan ni.

Proses unboxing dan installing treadmill dan basikal. Thank you so much to OGAWA's Staff


So far, memang pulun kitaorang guna benda alah ni

Inilah dia treadmill OGAWA ni. Ada function ni. OK lah untuk aku yang bukan atlit ni.

Ini favourite Leeya


Treadmill ni ada 'built-in speaker'. So, boleh dengar lagu kat sini. 


Ini hadiah misteri dari OGAWA> Dapat percuma masa diaorang hantar kerusi tu kerumah. Happy tak terkata aku. Sebab aku memang tengah usha nak beli benda ni - body weight scale. 

Benda ni bukan setakat timbang berat jer, tapi boleh jugak kira BMI, fat, water intake dan banyak lagi. Dah usha dah nak beli online. Tup-tup dapat FREE. Fuhh! Rezeki sungguh!

Ini dua benda dapat free masa diaorang hantar kerusi dan treadmill ke rumah


Ini leather kit untuk bersihkan kulit kerusi atau apa-apa kulit sekalipun. 


Thank you so much OGAWA. Your hospitality is really GREAT!. Thumbs-up OGAWA. For sure, lepas ni aku akan beli lagi barang-barang OGAWA yang lain. Sebab dah jatuh cinta dengan OGAWA.


Nantilah aku tulis review pasal kerusi urut OGAWA dan treadmill OGAWA ni. Tapi so far kitaorang pakai, aku dan en.suami sangat-sangat berpuas hati. Kerusi urut tu hari-hari kitaorang guna. 

Sehari at least 2 kali guna - aku sekali, en.suami sekali. Kalau ada banyak masa free hari tu,  gunalah pagi dengan malam. Pagi urut sekali , malam sebelum tidur urut sekali. Lepas tu, tenang jer tidur sebab badan dah sedap kena massage. 


SHARE 6 comments

Add your comment

  1. wahhhh syok ni DP , bertuah dapat hadiah yang best macam ni untuk birthday , alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Allah yang bagi rezeki melalui en.suami.

      Delete
  2. wah lena tidur malam ni lepas ngurut. hari2 boleh ngurut la ni. best2

    ReplyDelete
  3. tahniah sanah helwah wah istimewa hadiahnya

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak PI. Semoga Kak PI sentiasa sihat dan berada dalam lindungan Allah selalu

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE