Hari Sabtu dan Ahad baru-baru ni (29 & 30 Julai 2023), aku dan Kakak FL join acara larian MALAYSIA BREAKFAST DAY 2023 anjuran MILO kat Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya.

Happening sungguh event semalam. Aku dan Kakak FL join larian 5 km, dari Kementerian Kewangan Malaysia, sampailah ke Dataran Gemilang, yang kat depan Bangunan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

milo

Kitaorang punya larian Hari Sabtu 29 Julai 2023. 

Tapi sebabkan Hari Sabtu tu tak puas bergembira kat event MILO - MALAYSIA BREAKFAST DAY 2023 tu, so, Har Ahad 30 Julai ktaorang datang sekali lagi. hihi.

Nak tahu pasal event MILO? Klik sini → MILO EVENT

Banyak sangat acara yang ada kat MALAYSIA BREAKFAST DAY 2023 ni. Ada zumba, ada main skateboard, ada main timbang bola, aihh! macam-macam lagi lah. 

Dan yang paling best, ialah dapat minum air MILO fresh dari truck MILO macam masa waktu kecik-kecik dulu. Fuhh! Setiap kali Hari Sukan Sekolah, mesti tak lepas peluang minum air milo dari Lori MILO.

Dan inilah antara momen-momen menarik di sepanjang acara MILO MALAYSIA BREAKFAST DAY 2023 :

larian milo

Kami berjaya habiskan larian (berjalan jer sebenarnya..hahahhahaha) 5 kilometer.


larian milo

Bonding day with anak sulung. Happynya =)). Leeya dan Baby Leesa stay dekat rumah, bonding dengan ayah diaorang.


larian milo
Semalam dapat jaket MILO, redeem hadiah ni sebab berjaya main acara-acara sampingan.


larian milo
Inilah antara acara sampingan yang ditawarkan : bermain Tic-Tac-Toe


larian milo

larian milo


Wajiblah minum air MILO kat truck MILO ni


Ni first time, Kakak FL minum air MILO dari Lori MILO


Aktiviti ZUMBA ni yang paling happening. Meriahhh kome.


Me enjoying the beat too. Dah lama betul tak berzumba. Memang tak menyesal join event ni.


Ni jam 7.30 pagi, tengah habiskan perjalanan 5 km


First time, Kakak FL join ZUMBA


Habis lari, dapatlah medal. Tu yang paling best




larian milo
Syok dia makan sarapan - Pisang, yang disediakan oleh Pihak Penganjur.


Wajiblah selfie kat garisan penamat




Main basketball


Ini antara persembahan yang ada sepanjang acara larian berlangsung



Kakak FL enjoy buat zumba


Aku pun join jugak main basketball





Ini pun anatra yang menarik sepanjang larian

Kalau Korang Nak Tahu Pasal Acara Larian di Malaysia?. Klik LINK ni →

 Malaysia 2023 Run & Marathon List

https://www.racexasia.com/

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. alolo comelnya medal Milo tu, satu coretan kenangan manis buat DP dan puterinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, tulis dan simpan kat sini AJ untuk kenangan bila anak-anak dah besar kelak

      Delete
  2. best nya milo truck. teringat kecik2 dulu. milo truck ni rasa legend tak sama dengan milo biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. memang lain la rasa air milo dari truck dengan air milo yang kita buat sendiri. hahahha

      Delete
  3. Event mcm ni sentiasa ada ke sis? nampak macam menarik, dpt air milo free pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah selalu ada, setahun sekali kot kalau tak silap - anjuran MILO. Memang meriah event MILO ni. Tapi ni first time after PKP. Next year akan ada macam biasa. Awak boleh tengok kat website MILO ni kalau nak tahu event-event MILO - https://www.milo.com.my/get-active/milo-champions-clinic-get-active

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE