Awal Januari 2024 hari tu, kitaorang sekeluarga pergi berkelah kat Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor a.k.a 'Picnic di tepi sungai'.

berkelah sungai congkak

Ni first time kitaorang bawak anak-anak pergi sungai kat Selangor ni. Sebelum ni pernah bawak diaorang pergi ke Janda Baik, tapi masa tu diaorang takut nak mandi sebab air sejuk dan arus agak deras. 

Best jugak Sungai Congkak ni. Kitaorang pilih tempat yang agak privacy - kat resort. So, tak ada orang kat situ, hanya kitaorang jer. 

Kitaorang semua 18 orang termasuk 6 orang kanak-kanak (Family belah my husband). Baby Leesa pun mandi sungai jugak. 

Tempat yang kitaorang pergi tu nama dia Ecotouria Sungai Congkak - Chalet & Glamping. 

Lepas dah puas mencari-cari tempat yang sesuai daan masih available (Sebab kitaorang book last minute, as usual kitaorang kan jenis buat ad-hoc planning). 

Baru tahu rupanya, kalau nak book last minute ni, memang kebanyakkan tempat akan "sold-out", sebab sekarang ni picnic dan camping dah menjadi trend popular Rakyat Malaysia. 

Dan nak sewa tapak khemah pun kena bayar dah sekarang. Nak piknik pun kena bayar??????????? Errrrmmm 

Dunia... dunia... dunia.... 

Tapi nak buat macam mana, kita hidup didalam dunia fana.. Makin lama, makin banyak yang kena bayar. Nanti-nanti tengoklah, nak ambil rumput kat tepi jalan pun kena bayar jugak. hihihihi.

Kebetulan masa kitaorang pergi tu hari hujan, so mandi sungai sekali dengan main hujan lah. Budak-budak memang seronok sangat-sangat. Kalau duduk rumah, confirm Mummy tak bagi main hujan. hihi. 

Untuk piknik hari tu kitaorang sewa 2 buah chalet, sebab nak senangkan semua orang untuk mandi dan tukar baju & solat.

1 chalet tak cukup untuk kitaorang 18 orang, sebab tu ambil 2 buah. 

Dan Ecotouria Sungai Congkak tu ada buat servis untuk day-use Chalet. So, kitaorang ambil day use jer, tak tidur. Check-in jam 9 pagi dan check-out jam 6 petang. 

berkelah sungai congkak
Ini permandangan depan chalet yang kitaorang sewa

berkelah sungai congkak
Inilah rupa chalet yang kitaorang sewa tu, sebanyak 2 buah

berkelah sungai congkak
Tempat ni sunyi, sangat privasi, tak ada orang. Mungkin sebab bukan waktu cuti umum

berkelah sungai congkak
Inilah sungai yang kat depan chalet kitaorang sewa tu

berkelah sungai congkak
Ini permandangan di Ecotouria. Cantik sangat. Nyaman sangat. 
Kalau pagi-pagi, sejuk jer rasa.


berkelah sungai congkak
Ini permandangan depan chalet yang kitaorang sewa

berkelah sungai congkak
Inilah chalet kitaorang sewa tu. Chalet ni ada 1 bilik air dan 1 bilik tidur (besar ruangnya). Toilet dia bersih sangat.

berkelah sungai congkak

berkelah sungai congkak
Ini area untuk camping di Ecotouria Sungai Congkak. Khemah bawa sendiri. Kalau nak sewa khemah pun, Pihak Ecotouria ada sediakan.


berkelah sungai congkak
Permandangan di laluan masuk Ecotouria Sungai Congkak.

berkelah sungai congkak


berkelah sungai congkak
Waktu makan.


berkelah sungai congkak

berkelah di sungai congkak
Cantik sangat kan? inilah view depan chalet kiatorang sewa tu

berkelah di sungai congkak

berkelah di sungai congkak

berkelah di sungai congkak

Harga sewa chalet : 

Day Use (9 am -6 pm) : RM 150 sebuah (For 4 pax only)
Bermalam (2 pm - 12 pm) : RM 180 semalam (For 4 pax only)
Additional person : RM 5 / pax
Additional car : RM 10/car


Ini harga untuk sewa barang-barang di Ecotouria Sungai Congkak.


InshaAllah, kalau ada rezeki waktu dan tenaga nanti, bolehlah piknik lagi dan datang sini lagi.
 


SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE