Petting Zoo in Kuala Selangor - Husin Fauzi Farm

Salah satu tarikan menarik untuk kanak-kanak di Kuala Selangor ialah adanya Petting Zoo atau dalam Bahasa Melayu disebut Zoo Peliharaan Haiwan Ternakan - Husin Fauzi Farm. 

Husin Fauzi Mini Petting Zoo ni treletak di Kuala Selangor, di Kampung Teluk Penyamun, Batang Berjuntai, Selangor. 

Kitaorang pergi situ tahun lepas, tahun 2022, tapi baru sekarang nak update blog. hihi. 

Tempat ni nama jer 'mini' tapi sebenarnya besar tempat ni. Staff kat sini ialah terdiri dari pelajar-pelajar Tahfiz dari tahfiz kepunyaan owner farm ni. Ada macam-macam haiwan, bukan saja haiwan yang kecil-kecil tapi haiwan besar & exotic pun ada.

Ada ular, ada unta, ada lembu, ostrich, gecko, ikan, rusa, kuda dan macam-macam lagi lah.

Boleh stay dalam ni berapa lama yang kita suka. Toilet dia bersih. Makanan pun ada jual kat sini.


petting zoo

Harga tiket ke taman ni ialah : 

Kanak-kanak - RM 7
Dewasa - RM 12
Makanan Binatang - RM 2 sebekas
Horse riding - RM 5

petting zoo
Bila datang sini rasa macam tenang jer, sebab dari pintu masuk lagi dah kedengaran alunan bacaan ayat-ayat al-quran. 

petting zoo

petting zoo

petting zoo

petting zoo


petting zoo
Ostrich ni merayau jer. Jinak betul



petting zoo

petting zoo

petting zoo
Ini makanan haiwan. RM 2 jer sebekas. Bayar guna cash sahaja, tak ada 'cashless'.

petting zoo

petting zoo

petting zoo

petting zoo


petting zoo

petting zoo
Kat sini pun boleh naik kuda (horse riding). 
Harga tak mahal pun. Tap bayar guna cash sahaja.

petting zoo

petting zoo
Ni tempat beratur menunggu giliran untuk horse riding.

petting zoo

petting zoo

petting zoo

petting zoo

petting zoo
Ada juga ATV. Kalau nak naik ni pun boleh,tapi harga nya aku tak sure berapa sebab hari tu kitaorang tak naik pun. 

Tempat ni agak besar. Penat jugaklah nak berjalan kalau orang yang ada sakit lutut. So, untuk warga emas yang dah uzur atau yang naik wheel chair, boleh duduk kat depan jer, ada banyak kerusi meja kat depan tu(kat sebelah kaunter bayaran). 

Dan kalau boleh, tak payah bawak stroller, sebab jalan dia bertanah. Bila hari hujan banyak lecak dan berselut, so memang tak sesuai nak tolak stroller. 

 

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. menarik juga untuk bawa anak-anak kan DP :) Tak pernah sampai lagi kak ana ke sini :)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE