Weekend baru-baru ni kitaorang staycation kat Riverine Hotel & Suites di Amverton Cove Golf & Island Resort, yang terletak di Pulau Carey, Klang, Selangor. 

Staycation at Riverine Hotel & Suites in Amverton Cove Golf & Island Resort

Sebenarnya perancangan masa cuti sekolah ni nak bercuti di luar Selangor. En.suami ajak naik flight sebab dia malas nak drive & bagi anak-anak seronok. Dah lama diaorang tak naik flight. Tapi en.suami cakap nak beli tiket flight last minute, nak pergi baru beli. 

Ada hikmah beli tiket lambat. Perancangan Allah tu Maha Hebat. Kitaorang sekeluarga (kecuali Leeya) positif Covid19. Jadinya tak dapatlah nak bercuti jauh-jauh. 

So, ni baru kitaorang merdeka dari Covid19, jadi bercuti dekat-dekat jer lah masa cuti sekolah ni. Takpelah dekat-dekat pun, janji anak-anak gembira

Dan pilihan en.suami ialah kitaorang sekeluarga bercuti di Amverton Cove Golf & island Resort di Pulau Carey, Selangor sebab en.suami nak main golf kat situ. Dekat sangat, cuma 1 jam setengah je dari Bandaraya Kuala Lumpur. 

Dekat Amverton Cove Golf & Island Resort ni ada 2 hotel. 1 hotel Riverine Hotel & Suites dan 1 lagi ialah Amverton Cove Hotel. Dua-duanya bertaraf 4 bintang, ada swimming pool, ada gymnasium, ada buffet breakfast dan dua-dua juga menghadap padang golf. 

Macam biasa, en.suami book hotel ni melalui Agoda, ini link nya : 'AMVERTON COVE RESORT'. 

Staycation at Riverine Hotel & Suites in Amverton Cove Golf & Island Resort

Staycation at Riverine Hotel & Suites in Amverton Cove Golf & Island Resort

Harga 1 bilik ni ialah RM 480 semalam. Ada pilihan untuk nak 1 katil saiz king atau 2 katil macam ni. So, kami pilih 2 katil macam ni sebab kalau 1 katil saiz king tu agak kecil untuk kami berempat. 



Bilik dia besar. Kalau yang ada anak ramai pun boleh stay dalam bilik ni, bentangkan tilam kat lantai. 

Ini permandangan dari bilik kitaorang

Ini permandangan dari bilik kitaorang. Tenang jer bangun pagi-pagi tengok permandangan yang menghijau macam ni. Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah Ya Malik Yang Maha Berkuasa.

Dalam bilik ada dining area macam ni tapi tak ada dapur gas dan pinggan mangkuk. So, kalau nak masak, kena bawa stove sendiri dan pinggan sendiri. Peti ais ada disediakan yang saiz kecil. 

Hotel ni taraf 4 bintang & harga bilik pun agak mahal (RM 480 semalam), tapi kualiti bilik tak setimpal dengan harga yang dibayar & nampak bukan macam 4 star. Korang tengok atas tu ada warna kuning-kuning dan hiasan dalaman hotel ni tak setimpal dengan harga dialah. 

Boleh baca review hotel 4 - 5 bintang yang lain:

Dalam bilik ada sawang. 

Bilik air dia kecil jer, tak ada bathtub. Kalau mandi lama sikit, longkan tersumbat dan start 'banjir'. So, tak boleh mandi lama-lama, jimat air. hihi. 

Kat hotel ni ada playground





Ada kolam renang kanak-kanak

Swimming pool dia cantik dan besar

Nak lepak-lepak kat pool ni pun best

Ini lobi hotel

Ini tempat makan breakfast. Harga yang dibayar termasuk breakfast

Restoren dia luas, makanan pun banyak pilihan. Makanan dia tak sedap sangat, tapi boleh jer makan. Kat sini tak ada kedai makan yang dekat. Paling dekat pun kena drive lebih dari 10 kilometer. 

 

Dekat Amverton Cove ni ada water park dan ada survival park. Kitaorang tak masuk waterpark ni sebab kecil jer & mahal (harga dia tak setimpal dengan tempat dia), so kitaorang masuk Survival Park ni, nanti aku cerita kat entri lain. Untuk guest hotel, kitaorang dapat diskaun separuh harga untuk masuk kedua-dua park ni.  

Pastu jugak, kat Amverton Cove ni ada banyak sangat aktiviti untuk family, cuma kena sediakan duit jer. Ada ATV, ada kayak , boleh naik feri, ada pony ride, ada petting zoo dan macam-macam lagi. 

Bagi aku hotel ni sesuai sangat untuk family holiday. Sambil suami main golf, kitaorang boleh bawa diri main macam-macam benda kat sini. Cumanya bayaran harga hotel tu agak mahal lah. Tapi nak tidur kat hotel yang lagi murah yang berdekatan pun tak ada, so tidur jer lah kat hotel ni. 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE