Tahniah buat penyanyi Shila Amzah & SOG atas kejayan merangkul gelaran Juara Anugerah Juara Lagu Yang Ke-36 (AJL-36) malam tadi melalui lagu Pelukan Angkasa.

Aku pun pertama kali dengar lagu ni malam tadi kat kaca televisyen. So, ini aku nak share dengan korang semua lirik lagu ni. Btw, SOG ni ialah kumpulan band underground. Hebatlah, dari underground ke pentas arus perdana. Tahniah sangat-sangat!

LIRIK LAGU PELUKAN ANGKASA - SOG & SHILA AMZAH

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu

Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu

Langit gelita sematkan bintang di dadamu

Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu.


Angin bersiul

Bersiul hembus

Menghembus luka

Dingin menusuk.


Menusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu membebaskan

Peluklah aku wahai angkasa.


Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap.


Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu

Mampu memecahkan bongkah ini

Rangkul tanganku

Kita bersatu lawan dunia.


Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu membebaskan

Peluklah aku wahai angkasa.


Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa dua dunia

Ingin mengecap damai bahagia

Tahukah bahawa cinta itu satu dosa.


Hah

Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu membebaskan

Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu

Katakan cinta itu.


Peluklah aku wahai angkasa

Hangatkan tubuhku di alam khayalan.


Lirik lagu CINTA, nyanyian Marsha Milan, boleh tengok kat entri ni :

 'LIRIK LAGU CINTA - MARSHA MILAN'.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE