Silibus Matematik Sekolah Rendah Sangat Susah | Aku dapat rezeki tak disangka-sangka lepas sembuh dari covid ni. Ada parents minta aku ajar anak-anak diaorang matematik sekolah rendah. Fuhh!! Terkejut sangat tengok whatsapp permintaan dari beberapa orang ibu minta aku ajar anak-anak diaorang matematik dengan silibus KBAT style yang KPM guna sekarang.

Tak dinafikan silibus sekolah rendah sekarang ni susah sangat. Jenuh anak-anak nak kena belajar. Yang mana yang fast learner boleh cepat catch-up, murid yang jenis biasa-biasa jer agak susah juga. Especially kalau subjek matematik. Math ni kira macam core subject la untuk sekolah rendah. Kalau score math, InshaAllah subjek-subjek lain tu tak ada masalah.

https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/12/894681/kpm-perlu-semak-dakwaan-silibus-pembelajaran-sukar

Sebenarnya math ni senang jer. Yang buatkan ia jadi susah sebab dalam fikiran kita (mindset) cakap math tu susah.  

Dan untuk anak-anak sekolah rendah, kalau diaorang tak faham asas matematik (basic / foundation) , memang susah untuk diaorang nak belajar dengan happy & tenang , sebab makin lama makin naik darjah, silibus makin susah.

Jadi lama-lama diaorang akan hilang minat untuk belajar math sebab diaorang akan cakap math tu susah. Dalam mindset diaorang dah ditanam dengan ayat "math tu susah".

So bila naik sekolah menengah lagilah susah diaorang nak catch up sebab silibus sekolah menengah lagilah susah.  Sebab tu bila anak masih lagi di sekolah rendah, berusaha tackle anak untuk diaorang suka pada math. Ajar diaorang basic math sampai diaorang power/terer asas-asas matematik.


Kakak FL Tak Pandai Matematik KBAT

Macam anak aku, Kakak FL (Darjah 1 tahun lepas), masa PdPR kami suami isteri perasan dia sangat lemah dengan silibus math KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) sekarang, sebab silibus sekarang guna konsep KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), padahal dia suka sangat math.

Kalau bagi dia soalan kira-kira direct macam contoh 45+76, dia boleh kira cepat je guna jari. Tapi bila deal dengan soalan KBAT, terus jem otak dia tak tahu nak jawab macam mana.

En.suami risau sangat. Sebab takut nanti dia hilang minat dengan matematik. So masa cuti sekolah Bulan November - Disember hari tu, en.suami spend masa seminggu duk menghadap laptop duk buat research pasal silibus KBAT yang KPM duk guna sekarang.

Seminggu tu memang dia duk pulun mentelaah pasal silibus jer googgle sana sini duk mencari jawapan. Memang gigihlah dia study demi sayangkan anak-anak.

 

KPM Guna Silibus Sistem Pendidikan di Singapura

Last-last selepas seminggu dia pun jumpalah penemuannya (Research Finding 😂) -  iaitu silibus KBAT yang digunapakai oleh KPM sekarang ialah diadaptasi dari negara Singapura.

 

Kalau kita tengok Singapore memang sangat-sangat kedepan dari segi taraf pembagunan fizikal negara tersebut mahupun dengan sistem pendidikan mereka. Memang jauh lebih advance dari Malaysia.

Singapore dah lama buat kajian pasal sistem pendidikan dan correlation nya dengan pembangunan negara. Dan jawapannya kalau nak menjadikan sesebuah negara tu negara maju, anak-anak sekolah kena diajar untuk berfikir dengan dengan cara kreatif dan analitikal (analytical thinking).

Bukan dengan hanya membaca dan menghafal semata-mata sebab kalau kaedah membaca dan menghafal, sistem A.I (Artificial Intelligence) dah boleh mengambil alih tugas tu.

 

So, untuk mempersiapkan anak-anak kecil untuk menjadi future leader kelak dan pemangkin kepada pembangunan negara, serta boleh menyelesaikan masalah-masalah company dan negara dengan efiksyen, mereka perlu dididik untuk berfikir secara kreatif, inovatif dan analytical serta mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving skill).

So sebab tu KPM sekarang menggunakan kaedah KBAT untuk untuk silibus sekolah sekarang. Dan silibus KBAT tersebut ditiruvasi dari Singapore dalam rangka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju kelak.

 

Jadi, en.suami pun pulunlah cari silibus math untuk sekolah rendah yang diajar di Singapore (primary school). Hasilnya, memang banyak dapat. Dan semuanya dikongsikan secara percuma je di internet. Tapi kena gigihlah download satu-satu dan print semuanya. Pastu juga, en.suami belikan buku latihan math ni yang digunapakai di Singapore untuk Kakak FL.

Nak beli buku ni pun agak susah juga, cari punya cari akhirnya terjumpa kat MPH Online . Kat kedai tak ada jual. Nasib baik MPH Online ada jual. Alhamdulillah.

 En.suami cakap kat aku - "kalau u boleh study ni & ajar kakak sampai dia terer KBAT math ni, u bolehlah jugak ajar anak-anak orang lain matematik ni supaya semua anak-anak melayu pandai matematik yang asas ni. Kalau asas dah pandai, InshaAllah diaorang suka dengan math. Math ni sebenarnya tak lah susah mana pun, cuma kena tahu teknik dia jer. Math is fun".

  Dan hasilnya masa exam pentaksiran Januari hari tu, Kakak FL boleh score matematik dapat A dan dia juga sekarang dah faham dah soalan-soalan KBAT matematik. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat, masa & tenaga yang kami curahkan untuk ajar dia masa cuti sekolah Disember hari tu terbayar.

Kalau ada rezeki, bolehlah aku ajar anak-anak orang lain especially Anak Melayu matematik sekolah rendah ni. Niat tu memang ada nak mendidik anak bangsa sendiri cuma tunggu masa yang sesuai. Tak sangka pulak tanpa disangka-sangka, tanpa buat marketing , tak buat awareness tetiba mesej masuk minta aku buat kelas math ni secepat mungkin. Allahu. Speechless. Allah memang baik 😍. Alhamdulillah. Rezeki datang tak disangka-sangka.

 Eh! Ada ke yang baca sampai habis?? Kalau ada, anda memang seorang yang suka membaca. Syabas👏👏👏 🥰🥰. Teruskan hobi membaca. Membaca ialah titian ilmu. Cewaaahh! Gitewww. 

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. saya baca sampai habis...sebab saya mmg minat math...ank nak masuk sekolah dah...jadi kena gigih cari maklumat...please share more...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahh! Terima kasih sebab baca sampai habis. Sis memang hebat. OK, InshaAllah sis saya akan share lagi

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. macam mana nk hubungi puan berkenaan perkara ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh emel saya di dorsett.pink14@gmail.com . Btw, saya buat kelas di Bangi, Selangor.

      Delete
  4. betul tu. kita pun tak pandai nak ajar huhu

    ReplyDelete
  5. betull. sekarang tengok soalan exam dorg pon pening. wlaupun dulu masa skolah rendah kita score, ni kalau ulang balik skolah rendah konfem merangkak-rangkak juga ni hahaha.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE