Hari ni start sekolah hari pertama untuk sesi pembelajaran tahun 2022. So, hari ni Kakak FL dah masuk Darjah 2. Kejap nya. Memori indah hantar Kakak FL ke sekolah masa hari pertama Darjah 1 pun masih segar lagi dalam kepala ni. 

Tahun lepas pun start pergi sekolah secara bersemuka masa Bulan Mac dek kerana PKP. Tahun ni pun sama start Bulan Mac. Boleh baca kat sini cerita hari pertama Tahun 1 tahun lepas : 'HARI PERTAMA SEKOLAH DARJAH 1 TAHUN 2021'.

Ini gambar pagi tadi dia pergi sekolah


Adik semangat bangun pagi hari ni nak hantar Kakak pergi sekolah, biasanya waktu macam tu dia tidur jer. 


Persiapan ke sekolah aku dah prepare lepas habis kuarantin positif Covid hari tu. Cumanya buku jer tak sempat nak balut. hahahhaa. So, semalam aku balut buku yang nak guna hari ni jer. Memang tak sempat, busy pergi kenduri kahwin  & staycation , habiskan cuti sekolah. 

Pakaian sekolah tak beli tahun ni sebab yang last year masih boleh pakai lagi, cuma beli kasut dan tudung jer sebab kasut dah tak muat. Cepat betul kaki dia besar. Last year kasut tu 3 kali bertukar. So tahun ni beli sepasang jer, nanti kalau dah tak muat beli jer yang lain. Membazir jer beli 2 pasang sekaligus. Nasib baik kedai kasut dekat jer dengan rumah. 

 Beg sekolah dan lunch bag pun guna yang tahun lepas jer. 

Lunch bag Frozen tu aku beli kat Shopee, ini link nya : https://invol.co/cl9v02g .

Botol air pun sama nak FROZEN jugak, memang ffanatik betul lah dia ni dengan Elsa. Aku beli kat Shopee, ini link nya: https://invol.co/cl9v07h

Tahun ni Darjah 2 kelas kat atas, so dah tak boleh guna beg tarik macam ala-ala Akademi Fantasia dah. So, terpaksalah guna bagpack. Tahun lepas aku beli 2 beg, 1 beg tarik tu , 1 lagi beg galas. Dua-dua masih OK dan elok lagi. So, guna jer lah yang ada tu sampai lunyai. Nanti dah rosak baru beli yang baru. 

Beg sekolah Kakak FL tu ada 3 zip , dan ada 2 poket kiri kanan untuk letak botol air. Senang beli beg yang ada banyak poket, kemas sikit, tak lah sumbat semua sekali dalam 1 ruang yang sama. Bagpack Frozen tu pun boleh beli kat Shopee, ini link nya: https://invol.co/cl9v06o

Ini semua beli kat Mr.DIY. 
Set sudu garfu tu ada juga dijual kat Shopee, ini link nya : https://invol.co/cl9v00a
 

Semoga tahun ni dah tak ada PKP lagi, mommy dah tak larat nak hadap PdPR dah. Kakak FL pun excited sangat dapat pergi sekolah. Semoga kakak belajar pandai-pandai ya dan sentiasa rajin buat homework dan latihan macam tahun lepas. Amin.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE