Aku dan anak-anak peminat setia sushi. Kitaorang suka sangat makan sushi. Kalau dapat makan sushi banyak-banyak, tak makan nasi pun dah kenyang, sebabnya kat sushi tu dah ada nasi dah. Dan nasi yang digunakan untuk masak sushi lebih enak dari nasi yang selalu kita makan kat Malaysia. 

Kitaorang berani makan sushi ni (kalau dine-in) kat Sushi King jer, sebabnya Pihak JAKIM cakap so far kat Malaysia ni hanya Restoren Sushi King jer yang ada Sijil Halal dari JAKIM, dan itupun diaorang (Sushi King) kena buat research lama sangat untuk mencari bahan yang sesuai yang halal untuk buat sushi yang enak kat Malaysia ni yang rasanya masih lagi ada rasa original dengan sushi di Jepun. So, kali ni aku nak share dengan korang yang tak pernah makan di Sushi King - Cara-Cara Nak Order Makan di Sushi King.

Pihak JAKIM cakap, bukan senang nak buat sushi yang halal 100% yang rasa sedap macam original. Sebab rata-rata kedai sushi akan gunakan bahan tak halal untuk menghasilkan sushi yang sedap (aku lupa bahan apa yang orang JAKIM tu bagitau tapi confirm tak halal). 

So, sejak dengar ceramah dari JAKIM tu, aku cuma berani beli sushi kat Sushi King, kat Empire Sushi (sebab ada sijil halal) dan kat Supermarket Aeon jer. Tapi yang Aeon punya tu tak sedap sangatlah macam kat Sushi King. 

Aku pernah tulis pasal Restoren Sushi yang tak halal kat sini : 'RESTOREN NIPPON SUSHI TAK HALAL'

http://mekcomeysokmo.blogspot.com/2013/06/cara-cara-nak-makan-di-sushi-king.html

Cara-Cara Nak Order Makan di Sushi King : 

1. Biasanya nak masuk Sushi King ni kena beratur kat luar dulu, tunggu staff Sushi King jemput masuk (istilah mudah). 

2. Bila dah duduk kat tempat duduk, ambil menu makanan dia. Biasanya Menu Sushi King ada kat bawah meja, ada slot khas kat bawah meja tu untuk letak menu. Kalau tak ada menu tu kat situ, panggil waiter cakap nak 'menu. 

3. Boleh juga ambil terus sushi yang kita nak dari atas conveyor yang bergerak tu. Kalau sushi pilihan kita tak ada kat atas conveyor tu jadinya terpaksalah kita order sushi tu secara manual. 

4. Pilih makanan kat menu tu. Lepas dah pilih mana yang berkenan. Pergi ke tablet / ipad yang ada di setiap meja. 

http://mekcomeysokmo.blogspot.com/2013/06/cara-cara-nak-makan-di-sushi-king.html
Ini tabletnya. 

5. Cara nak guna tablet ni, ialah mula-mula masukkan bilangan orang (pax) yang makan dimeja kita tu. Lepas tu tekan 'OK' atau 'Start Order', lebih kurang gitulah perkataannya, yang maksudnya kita dah ready nak order. 

6. Lepas tu,  kita baca dulu menu tu, pastu kat dalam menu tu  kat bahagian atas sekali, ada ditulis kategori makanan tu. Contohnya, kalau kita nak order nasi dalam 'Set Bento', dia jatuh dalam kategori 'Bento'. So, kita tekan kat Tab tu, cari kategori 'Bento', then kita klik makanan mana yang kita nak. 

7. Lepas tu tekanlah / klik apa yang kita nak order termasuk air (dalam kategori 'Beverages). 

8. Bila dah selesai order, kita klik 'Submit Order'. Dan tunggu jer makanan kita sampai ke meja. 

9. Bilamana kita perlukan khismat atau bantuan dari staff Sushi King tu, kita tekan je kat tablet tu 'waiter' (atau perkataan lain yang maksudnya panggil waiter tu - sorry aku dah lupa). 

10. Bila dah siap makan dan nak bayar, tekan kat tablet tu 'Bill'. So, nanti staff Sushi King akan datang kat meja kita siapkan bil kita, dia akan kira berapa banyak pinggan sushi yang kita dah makan. 

11. Lepas tu, bawak bil kita tu ke kaunter cashier dan buat bayaran di situ. Boleh guna cash atau kad. 


P/S : Aku paling suka minum air green tea kat Sushi King ni sebab air green tea dia sedap especially yang hot green tea. Dan lagi best green tea ni bottomless, boleh refill banyak kali ikut suka hati kita.

http://mekcomeysokmo.blogspot.com/2013/06/cara-cara-nak-makan-di-sushi-king.html
Tengok! Kusyuk betul diaorang makan. itu makanan favourite diaorang - telur ikan (fish roe).




Biasanya sushi telur ikan ni banyak jer kat atas conveyor ni. 

Setiap pinggan sushi ni harga lain-lain. 
Pinggan ungu paling mahal, dan pinggan biru paling murah. 


Ini harga sushi mengikut warna pinggan : 
Biru - RM 2.32 sepinggan
Peach / Oren - RM 3.48 sepinggan
Pink - RM 4.64 sepinggan
Merah - RM 5.80 sepinggan
Ungu - RM 6.96 sepinggan


http://mekcomeysokmo.blogspot.com/2013/06/cara-cara-nak-makan-di-sushi-king.html


Aku kalau pergi sushi King memang wajib ambil salmon, makan salmon dengan nasi. Fuhh! Sedap giler sebab salmon kat Sushi King ni macam fresh. Tapi hari tu aku pergi Sushi King sedihnya staff situ cakap salmon tak ada stok sekarang. Adussss, frust giler aku. So, terpaksalah aku makan nasi dengan ayam hari tu. Sedih giler 😢.

So lepas ni korang tak perlu takut nak masuk Sushi King lagi. Senang jer nak order makanan kat situ. By the way, selamat menyambut Ramadhan ya korang.  

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. nurin selalu order dessert je. jarang nak makan sushi. sushi selalu beli dekat empire sushi

    ReplyDelete
  2. Belum pernah ke SK ni.. Rasa teringin juga.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE