Happy Birthday My Idol

by - Wednesday, July 11, 2018

Semalam, 10 hb Jualai 2018, genaplah usia IDOLA aku yang paling aku sanjungi , tak lain tak bukan - Tun Dr Mahathir Mohamad 93 tahun.

Di kala meniti usia senja begitu, beliau masih gagah berdiri dan berjalan mentadbir negara. Paling aku kagum, otak dan akal fikiran masih berjalan dengan baik tanpa ada penyakit 'nyanyuk'. Amazing right?

Tun M pun tak nampak macam umur 93 tahun pun, nampak masih muda. Memang salute la. Tak perlu nak cucuk botox, vitamin C bagai, tapi cukup dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.

 Picture courtesy : Google Image

 Aku salute kat TUN sebab dia sanggup berkorban masa senangnya untuk membantu negara kita Malaysia yang tengah 'nazak' ni. Aku salute kat Tun sebab dia sanggup berkorban masa tidurnya untuk menyelesaikan masalah negara.

Sehingga kini, Alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik buat Tun untuk mentadbir negara Malaysia yang tercinta ni. Jodohnya dengan Tun Siti pun masih kekal hingga kini dan Allah juga turut memanjangkan umur Tun Siti agar keduanya sentiasa bersama di saat senang mahupun di saat getir. 

Untuk Tun, I wanna wish You Happy Birthday, May your day and life will be filled with joy and Barakah .


P/S : Perdana Menteri sebelum ni tak penah pun aku tahu bila birthday dia. hahahhaha. Lagipun masa birthday dia, tak ada pulak orang nak ingat dan nak wish sana-sini. hihi

You May Also Like

2 comments

  1. selamat hari lahir Tun
    bulan kelahiran kita sama
    hehehe

    ReplyDelete
  2. waah! happy birtthday hans hanis. tq sebab sudi baca

    ReplyDelete