Berhati-Hati Bila Bawa Anak ke Kidz Zone, Melawati Mall

by - Friday, July 20, 2018

Two weeks ago, i brought Kakak FL to Kidz Zone located at Melawati Mall, Taman Melawati, Ulu Klang. Kidz Zone ni baru lagi. Baru buka last year. Kidz Zone ni ialah indoor playground macam Jungle Gym tu.


Kiranya first time kitaorang datang sini. Seronoklah Kakak FL dapat main.

Tempat ni masih baru. So, masih tak ramai orang. Best la dapat main bila crowd tak ramai.

Entrance, Reception dan Ruang Legar KidzZone. 
Masuk sini jer, terus kena buka kasut/selipar & hanya berstokin seperti mana Indoor Playground yang lain.


 Ruang untuk celebrate birthday

Tempat Trampoline

Ini pun trampoline



 Antara ruang legar dengan playground, tak ada 'barrier'. Sepatutnya untuk keselamatn anak-anak (anak-anak kan suka main lari-lari), at least buatkan lah barrier untuk memisahkan dua kawasan ni.

 Misi menidurkan Leeya. Alhamdulillah Leeya ni senang dijaga, tak meragam, tak menangis, cuma merengek bila nak susu dan sangat senang nak dibawa kemana-mana. Sama macam masa Kakak FL  kecik-kecik dulu - diam jer.
 Leeya dah selamat beradu dalam 'cot' dia


 Tempat makan. Pilihan makanan dia sangat awesome. Harga dia pun murah. Tak macam tempat-tempat lain.

Harga Tiket  kat sini :  RM55 /kid , Penjaga -  F.O.C

************
Tapi kan.. Tapi... Tapi... Aku dah tak nak datang sini lagi bila mana ciri-ciri keselamatan disini bukan 'TIP-TOP'. Aku pun cakap kat Kakak FL, this is not 'our place'. Kita pergi je ke tempat-tempat lain yang biasa kita pergi. That was the first and last pergi sana. 

Tapi kalau management tempat ni perbaiki ciri-ciri keselamatan di sini, InshaAllah kami akan datang lagi. Lagi pun tempat ni dekat dengan rumah, so senang la nak ulang-alik datang sini.

Sebab Apa?

1. Sebabnya lantai kat sini licin sangat-sangat-sangat-sangat-sangat. Aku yang orang tua ni pun rasa licin, apatah lagi kanak-kanak. Even masa aku berpijak kat tempat ber'mattress' kat dalam playground ni pun ,aku rasa 'mattress' tu licin. huhu.. 

Tak kan nak salah stokin aku?? Stokin ni aku dah pakai 5 tahun, dah banyak indoor playground aku pergi, so far tak pernah rasa 'licin' macam ni lagi. Even stokin ni pun dah 'teman' aku buat macam-macam aktiviti sukan, OK JER!.

2. Pastu lagi satu, tak ada 'barrier' antara ruang legar dengan tempat main.

Macam kat dalam gambar ni. Cuba tengok gambar ni. Kat 'slide' belah kanan gambar yang warna biru tu, slide tu licin, baguslah, baru fun (thumbs up). Tapi kan, bila kanak-kanak turun dari slide tu, diaorang terus menggelosor ke ruang simen kat depan tu. Dah lah lantai licin, kene simen lagilah 1000 kali ganda licin. Sakit la budak-budak.

Kalau kena kat kids yang masih belajar 'self-balancing', diaorang tak kan pandai nak balance diri diaorang bila mana saat turun dari slide tu. So, it would cause injury, and in addittion, tak ada pekerja yang jaga depan slide ni. Dan tidak ada 'barrier' antara kawasan slide tu dengan kawasan simen di depan tu. 

Seperti mana macam Kakak FL hari tu. Kakak FL 'terjatuh', tak tahu jatuh macam mana, FL cerita dia kena tolak kat orang yang turun dari slide tu yang kebetulan Kakak FL berdiri di situ. Then, Kakak FL terus 'terjatuh' ke bahagian lantai simen di depan slide tu, and terus muntah. Then, terus kami bawak dia ke Hospital KPJ Ampang Puteri. 

Masa tu hari Sabtu. Dr M.O yang bertugas masa tu, suruh admit ke ward tapi kami refuse untuk admit sebab dah tahu specialist tak kan datang melawat hari Ahad melainkan kalau kes serious.

So, Dr inject ubat tahan muntah, tapi kalau in case dia masih muntah, so kitaorang kene cepat-cepat bawak dia ke Hospital. Alhamdulillah, evertyhing was fine. Kakak FL dah tak muntah-muntah lagi selepas tu. 

And thats it.. No more KidzZone for us for the time being. InshAllah kalau , management disini perbaiki mutu keselamatan disini, kami akan datang lagi. 'Coz we always seek for the joyful excitement for our children. hihi.

You May Also Like

3 comments

  1. Kalau bawa budak-budak ke sini kena sentiasa pantau lah kan sbb takut terjadi apa-apa. Bahaya kalau tempat main kurang selamat mcm ni.

    ReplyDelete
  2. hmm..betul jugak kan ...apa2 pun safety first kann..

    ReplyDelete
  3. belum pernah lagi ada pengalaman bawak anak kat sini since anak pun baru 4 bulan. nice info.. bleh apply nanti.. btw, setuju bab admission ward tu.. hari Ahad mana ada pakar round kan..

    ReplyDelete