Berseronok Di Jungle Gym Playland

by - Friday, June 29, 2018

Weeekend hari tu, kitaorang ke Bangsar Shopping Centre (BSC), bawak Kakak FL bermain kat Jungle Gym Playland seperti apa yang aku cerita kat entry sebelum ini. 

Actually, Jungle Gym ni ada 3 cawangan, di Atria Shopping Mall, di BSC ni dan satu lagi kat Genting Highland. So, dari segi logistik (disebabkan masih Syawal, jalan banyak jem), kitaorang memilih untuk ke Bangsar. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik smooth jer. Jam 11 pagi kitaorang dah terpacak kat Junglegym ni yang terletak di Tingkat 4.

Kenapa Jungle Gym? Saja jer. Sebab sebelum-sebelum ni dah pernah pergi tempat lain, so JungleGym ni tak pernah pergi lagi, tu sebab nak datang sini. Tapi yang pasti, wajib pakai stokin nak masuk playground ni. Mana-mana tempat pun sama. Kalau lupa bawak stokin macam Kakak FL hari tu, boleh beli kat sini.





 Si kecik tak ditinggalkan, dia pun ikut. Ye lah, kalau tak sapa nak jaga kat rumah kan. Aku lepak ngan Leeya kat tempat yang tak menjadi tumpuan, tenang jer. Tak bising, so most of the time Leeya tidur jer. Even staff kat sini pun tolong sekali jaga Leeya takut-takut ada kids lain kacau dia.

 

Tempat kat sini best sebab banyak pilihan mainan. And aku suka sebab security kat sini ketat sangat. Kids tak boleh keluar tanpa penjaga, guard yang jaga pintu masuk tu sentiasa ada kat pintu tu tak nak bagi kids keluar. Even, staff yang ditugaskan jaga dalam kawasan mainan ni pun sentiasa ada, pantau kids. Aku sukalah. 

Tempat-tempat lain yang aku pergi sebelum ni, ada yang tak strict sangat bab keselamatan ni. Ada yang tak sedar pun kids keluar masuk. Kalau kena kidnapp macam mana kan? 

Untuk anak-anak VIP, that's why, sometime ada bodyguard yang tunggu. Tapi aku tengok kat Junglegym ni, tak ada pun bodyguard yang datang, maybe sebab tak ramai sangat kot orang masa tu, almaklumlah masih Syawal.

 Makan spageti kat situ. Kat Junglegym ni, tempat makan pun dekat sini jer. Parents tak perlu nak ke aras lain untuk cari makan. Banyak pilihan makanan kat sini. Even , baby's room pun ada di aras yang sama as well as surau macam yang aku cerita kat entri sebelum ni.

Kiranya, fasiliti kat sini lengkap la. Tak perlu nak ke aras lain untuk guna kemudahan tu semua. Senang untuk parents lepak sini sambil bond with the kids. 


So, ini dia harga tiket masuk sini, ni untuk cawangan BSC, untuk cawangan Atria lain harga.

Harga Tiket (Playgym) : Per entry ticket (dari petang sampai malam)
Kanak-kanak umur 2 tahun ke atas - RM 38
Kanak-kanak umur 2 tahun ke bawah - RM 22 (Baby yang dah boleh merangkak rasanya).
Guardian - Free of Charge.
**Stokin (Kalau terlupa bawak stokin) - RM 4 sepasang

Harga Tiket (Roller sports) : Ni tempat untuk main roller blade, boleh guna roller blade sendiri or pinjam kat sini.
 
Kanak-kanak umur 2 tahun ke atas - RM 38
Kanak-kanak umur 2 tahun ke bawah - RM 22 (Baby yang dah boleh merangkak rasanya).

P/S : Kalau beli tiket combo lagi murah.  

Kalau nak buat birthday party kat sini, boleh call number ni untuk book dan untuk sebarang pertanyaan : 03-2282 2643 / 012-3911 529

You May Also Like

8 comments

  1. cute je Leeya baring kat situ :)

    ReplyDelete
  2. bagusnya kawalan ketat, tak risau sangat la kalau terleka sekejap pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul farhana, takdelah risau . kalau tak memang risau je

      Delete
  3. wah seronok tgk diorang bermain

    ReplyDelete
  4. bab keselamatan memang sangat penting kan kak.. tempat2 mcam ni kadang2 jadi tumpuan orang yang tidak2. bagus diorang buat kawalan ketat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. risu.tambah pulak tempat macam ni memang 'sasaran' penculik la

      Delete