Konsep Surau Di Bangsar Shopping Centre Sangat Mendamaikan

by - Thursday, June 28, 2018

Weeekend hari tu, aku ke Bangsar Shopping Centre (BSC). Bawak Kakak FL main-main kat indoor playground - JungleGym Playland. 

Kebetulan, surau BSC sebelah je dengan JungleGym ni, so senanglah untuk aku solat. Biasanya indoor playground yang kitaorang pergi sebelum ni, suraunya di tingkat lain, so kena naik turun escalator baru dapat masuk surau. 

Bagus jugak pihak BSC sediakan surau kat tempat tumpuan ibu-bapa ni, senang nak gi solat dan tinggalkan anak-anak bermain dengan senang hati kat playground tu.

Yang paling mengujakan aku, ialah konsep surau kat BSC sangatlah best dan syok. Best untuk tidur, best untuk lepak-lepak. Dan yang penting sangat bersih. Even telekung dia pun bersih.

 
Sebab apa best? Sebab kat luar ruang solat, ada tempat duduk, nak duduk santai-santai, nak lepak, nak melayn perasaan, nak tidur semua boleh, sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa. 


Ruang lepak yang sangat selesa untuk keluarga


Ini pintu masuk ke ruang solat wanita

  Ruang telekung dan ruang solat berbeza. So, tak adalah crowded kat ruang solat tu macam yang biasa-biasa kita lihat

 Ini ruang solat wanita. Tak lah besar. Tapi sangat selesa.

 Ini tempat wuduk.

Bagi aku, aku suka sangat tempat ni. Lepak sini lama-lama pun takpe.

Next time, bolehlah datang ke JungleGym lagi, sebab surau dia sebelah je dengan tempat main.

You May Also Like

4 comments

  1. selesa dan memang cantik sgt surau dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL mama.. cantik kan.. lepak sini sepanjang hari pun takpe

      Delete
  2. nampak selesa dan kemas. harap shopping mall lain pun consider macam ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul selesa sangat. kalau mall lain buat macam ni pun bagus

      Delete