Kisah Pasal Burung Gagak

by - Wednesday, July 18, 2018

kalau korang nak tahu, aku ni sangat takut dengan Burung Gagak. Bunyi macam kelakar kan? Padahal burung je pun, bukannya singa atau harimau.

Ye betul. Aku takut sangat dengan burung gagak. Masa aku awal-awal kahwin dulu, en.suami aku pun terkejut bila aku cakap kat dia yang aku takut dengan burung gagak. huhuhu.


Nak tahu tak kenapa aku takut dengan burung gagak?

Sebenarnya ni kepercayaan tahyul. Jangan percaya tau. Tapi ianya terjadi pada keluarga aku secara kebetulan. So, aku take it as 'kebetulan'. 

Kepercayaan orang tua-tua zaman dulu kala sangat bergantung pada alam sekeliling kan. Ye lah, zaman dulu-dulu mana ada lagi teknologi-teknologi canggih macam sekarang. Zaman sekarang ni, kita pun boleh tahu minggu depan hujan ke tak. Even, kalau nak pergi USA next year, sekarang pun kita dah boleh tengok ramalan kaji cuaca, cuaca kat US tahun depan macam mana, kan??

So, sebab teknologi belum canggih lagi, orang tua dulu-dulu sangat percaya dengan perkara-perkara yang berkaiatan dengan alam semulajadi, termasuk dalam hal MATI. 

Aku dulu dibesarkan di kampung dengan Arwah Tok Wan aku (nenek). Tok Wan ni lahir tahun 1929, confirmlah sebelum Merdeka kan. Dan dia ada pengalaman bila mana Penjajah Jepun dan Inggeris masuk malaysia. Dia selalu cerita dulu-dulu, Askar Jepun datang masuk rumah cari anak dara. 

Dengar cerita dia tu, takut giler aku. Arwah ada cerita, strategi-strategi yang dilakukan untuk mengelakkan dari serangan askar Jepun, Antaranya sorok anak-dara di bumbung rumah. Salah sorang anak dara tu, dia lah. Dia kata,, dia kena panjat naik tangga bila mana ada 'bau' askar Jepun nak datang ke kampung.

Arwah selalu cerita pasal peristiwa 13 Mei 1969, memandangkan rumah kiaorang di kawasan perumahan kaum Cina, jadi peristiwa ni sangat-sangat berbekas di sanubari Tok Wan. Dan macam-macam lah cerita lagi.


Apa kaitan dengan burung gagak?


Kes burung gagak pulak. Bila mana ada Burung Gagak datang ke area rumah dan mengeluarkan 'suara' (suara burung), Tok Wan ada cakap 'itu petanda ada orang nak mati kat kampung tu'. 

Pastu, aku tanya 'macam mana kalau kawasan memang ada banyak burung gagak?' .Tok Wan jawab - "kalau tempat tu memang tempat gagak, Tak de pape".. 

Errmm. Aku buat bodo je bila dengar macam tu. Sebab masa tu aku kecik lagi. Budak-budak lagi. And aku tak percaya langsung ramalan-ramalan tahyul tu.

Banyak lagi yang sering disebut, antaranya bunyi cacing dalam tanah. 

bab Gagak tu, seminggu sebelum 9ke 2 minggu sebelum, ntah aku pun lupa, dah lama sangat peristiwa tu) Tok Wan meninggal dunia, ada 2 ekor gagak selalu duk kat area kawasan rumah kitaorang. Biasalah bunyi gagak, bising lah. Pastu Tok Wan cakap - 'ada orang nak mati tu'. 

Aku pun kata , 'mengarut je'. Hari-hari dialog tu keluar. Tok Wan pulak sihat-walafiat jer. So, kitaorang 1 famili tak expect apa-apa. 

Sampailah tiba Hari Rabu. 6.00 pagi - Aku bangun untuk ke sekolah. Tok Wan pulak tengah bersiap nak solat Subuh macam biasa - boleh bangun dan berjalan macam biasa. Jam 7 pagi, sebelum aku keluar rumah nak ke sekolah, Tok Wan cakap, nanti balik sekolah nanti ke rumah achik k (Makcik aku). Jawabku 'OK'.

Balik dari sekolah, Tok Wan ada di rumah Achik, Tok Wan tidur jer. Dikejutkan untuk solat Zuhur, dia jawab 'tak larat'. Then, malam tu, Tok Wan menghembuskan nafas terakhir. Al-Fatihah. 

Masa tu aku Darjah 5. Aku sedih sangat-sangat sebab selepas tu dunia aku berubah 360 darjah, seperti seorang anak kecil yang kehilangan kasih sayang seorang IBU, sebab Arwah jaga aku dari aku kecil lagi, ketika aku masih dalam pantang.

 Hari Rabu - sampai sekarang aku masih ingat tentang HARI RABU. Hari Keramat dalam hidup aku - Hari aku kehilangan orang yang paling aku sayang.

Selepas peristiwa tu, kitaorang 1 famili duk selalu cakap pasal 'burung gagak', yang burung gagak datang ke rumah. Selepas Tok Wan meninggal, burung gagak tu dah 'tak datang' ke rumah lagi.

Sampai sekarang, kalau aku nampak dan dengar bunyi burung gagak kat area rumah aku, aku jadi takut. Aku jadi FOBIA. Takut kot-kot ada lagi ahli keluarga yang akan meninggal. huhuhu.

En.suami aku selalu marah kalau aku cakap pasal benda ni, sebab sebagai orang islam kita tak boleh percaya dengan 'benda-benda' ni. Ya Betul. Tapi perasaan TAKUT  tu masih ada di hati aku. huhuhu.

Yang penting, kita sentiasalah ingat akan KEMATIAN. Sebab kita tak tahu bila kita akan MATI. Wallahualam.

You May Also Like

2 comments

  1. mungkin ada kebetulan dgn kata2 org tua tu kan.. alfatihah buat arwah

    ReplyDelete