Obses Dengan Logo HALAL

by - Saturday, August 25, 2018

Kakak FL baru jer belajar pasal LOGO HALAL kat tadika dia.

Pastu, bila balik jer, selalu duk cakap pasal 'Halal Logo'.

'Mummy, see, here got halal logo!'. 'Mummy, this chocolate got halal logo!'. 'This milk got halal logo!'.

Dia macam teruja lah + excited sangat bila nampak logo halal kat mana-mana.

Even, kalau kat kedai pun, bila nampak logo halal kat mana-mana produk, dia akan jerit panggil mummy . 'Mummy, come here!. See, halal logo'.. Banyak kali lah mummy malu kat orang-orang dalam kedai tu. Ye lah, tak semena-mena duk menjerit panggil mummy just to show mummy that halal logo. 

Tapi ye lah, budak-budak kan.. Memang cepat excited. 


 Even makanan dari Jepun pun guna Logo Halal Malaysia. 


Ada macam-macam jenis Logo Halla yang diiktiraf oleh Pihak JAKIM. Asalkan nampak Halal, itu dah dikira halal dan makanan tu boleh dimakan. Aku ada cerita kat entri ni - "Boleh Percaya ke dengan Logo HALAL ni". 

Sampaikan dia terkejut bila nampak Logo Halal ni kat botol sabun dia.

See, nampak kan 'Logo Halal Jakim ' kat situ kan?

Pastu, setiap kali masuk toilet mesti tanya 'Mummy, kenapa sabun ni ada Halal Logo?.Kita kan tak makan sabun'.

Errmm.. macam mana tu mummy nak jawab?

Tanpa berfikir panjang, mummy bagi lah jawapan yang terlintas kat kepala , 'sebab takut sabun ni termasuk dalam mata'. 

Dia pulak macam curious je dengan jawapan mummy tu. Nampak sangat tak puas hati. Pastu tanya lagi soalan susulan.

'Tapi sabun ni tak boleh masuk mata, kita tak pakai kat muka'. eerrmm..

Ok paham. sel-sel otak tengah berhubung.

Last-last mummy jawab 'halal ni bukan jer untuk kita makan, tapi untuk pakai kat badan pun kena barang halal jugak. Even nak gosok gigi pun kena guna ubat gigi halal'. 

Jawapan dia - 'oooooo'.

Ok, baru puas hati dengan jawapan mummy tu.


P/S : Untuk teacher-teacher Kakak FL, thank you so much sebab ajarkan Kakak FL pasal Islam dan kepentingan Logo Halal ni. Saya terhutang budi pada teacher. Semoga teacher-techer semua sentiasa dirahmati Allah Taaala. Amiin =))

You May Also Like

1 comments

  1. bagus. awareness yang patut diterapkan to all kids =D

    ReplyDelete