Pertama Kali ke Aquaria KLCC

by - Monday, August 27, 2018

Baru semalam kami berkesempatan berkunjung ke AQUARIA KLCC. Dah bertahun-tahun pasang angan-angan nak kesana tapi tak jugak pergi. Semalam, Alhamdulillah diberikan kesempatan masa untuk pergi sana walaupun pada awalnya macam tak jadi jer pergi. 


 Kami spend masa dalam ni 1 jam jer. 

Kebetulan masa musim cuti sekolah, so agak crowded la. Ruangnya agak sempit dan gelap, so bila bawa stroller rasa macam agak susah nak bergerak. Tapi OK jer, cuma kena jalan slow-slow la sebab ramai orang kat dalam tu.

 Seronok dapat tengok ikan banyak-banyak. Lepas ni kita gi tengok ikan betul-betul pulak k kat dalam laut.


 Ikan pari


 Shark aquarium. Ada baby shark, ada dady shark, ada mommy shark. Pendek kata, semua jenis shark adalah dalam aquarium ni.

 Kalau berani, boleh try masuk dalam sangkar ni. Yang ni kena bayar harga lain. 

 
 Teruja tengok shark kat atas kepala




 "Wahhh! Macam snake!"




Ini nama dia 'Spotted Garden Eel'. Dia macam cacing, duduk dalam pasir- pasir halus. Kepala dia keluar-masuk-keluar-masuk. Jarang sekali nak keluarkan keseluruhan badan dia.



 Baby pun pergi juga. Signal thumbs-up lagi. Nampak sangat dia teruja dengan tempat ni



Untuk bonding dengan anak-anak, dan untuk expose the kids dengan dunia hidupan laut, tempat ni memang sangat-sangat sesuai. Tapi kalau nak kan excitement dan cabaran, mungkin ini ukan tempatnya.

Kakak FL suka pergi sini sebab dia first time dapat tengok ikan yang banyak-banyak macam tu. Biasanya sebelum ni tengok dalam TV dan buku jer. Ni dapat tengok live, teruja la dia.


Harga tiket masuk sini:

Kanak-kanak (atas usia 2 tahun) - RM 37
Dewasa - RM 46

Harga tu jika Warganegara MALAYSIA. Wajib bawa MyKAD bila membeli tiket. Kalau tak bawak, kena charge macam harga tiket warganegara asing.

Dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Last masuk jam 7 malam. 

Untuk info lanjut, lawat je laman web diaorang : http://aquariaklcc.com/

You May Also Like

4 comments

  1. wahhhh bestnya. teringin jugak nak pergi tapi tu lah jau pula dari rumah

    ReplyDelete
  2. belum pernah pegi samalah dok plan je lebih sampainya tidak. hehe..

    ReplyDelete
  3. Tarot juga dah berkali lalu KLCC tu tapi tidak pernah berkesempatan untuk melawat Aquaria

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. memnag susah nak singgah aquaria ni. tak tahu kenapa. takpe, saya doakan tarot dapat juga singgah ke sana nanti. inshaAllah.

      Delete