Hotel Review | Emerald Hotel, Sungai Petani

by - Tuesday, September 25, 2018

Habis bersuka-ria kat Taman Escape, Penang hari tu, kami pun terus shoot ke Sungai Petani. Sampai di Sungai Petani jam 8 malam. Dekat je dari Penang ke Sungai Petani ni, dalam 30 minit boleh sampai kalau bawak kereta macam driver F1. Kat Sunai Petani, kami stay di Emerald Puteri Hotel. 

Terletak kat sebelah Plaza Tol Sungai Petani jer. Book hotel ni melalui booking.com. Sekeliling hotel ada banyak kedai, salon, dan yang penting ada banyak kedai makan. KFC dan Restoren Mamak pun ada kat sini, boleh jalan kaki jer. Pusat karoeke, PUB, snooker dan Pasaraya Parkson pun ada kat sini. Semuanya boleh jalan kaki jer dari hotel ni.  

So memang sesuai sangat stay kat sini bagi yang nak bercuti di Sungai Petani.


Hotel n adalah dalam kumpulan rangkai Puteri International Hotel. Hotel lain yang dalamrangkaian ni ialah Pantai Puteri Hotel, Melaka dan Grand Puteri Hotel ,Kuala Terengganu.

 

 
 

Sebab apa kami pilih hote ni? Sebab utamanya ialah sebab dia ada swimming pool. hehe . 
sekarang ni kalau pergi mana-mana wajib cari hotel yang ada swimming pool sebab Kakak FL nak swim.


 Swimming pool ni tereltak kat roof top. So, agak panas bila matahari dah berada di atas kepala. 
INi ialah laluan nak ke swimming pool. Cantik! Boleh jadi port OOTD. hehe 




Ini bilik yang kami book. Bilik Deluxe. Tak ada katil king size sebab dah penuh. Biasalah book last minute. Grab je lah apa yang ada. Tapi OK, kami tetap boleh tidur dengan selesa. Soal tidur kami tak kisah sangat, yang penting ialah swimming pool. hahahaha..

Ini toilet dia. Agak luas. Ada bathtub.




Ada disediakan minuman tapi semuanya berbayar.


waktu makan. Kakak memnag nak duduk sebelah adik jer. Dia akan resah gelisah bila ada dia jauh sejengkal dari dia.. hahahha. Over protective gitew.


Makanan dia not bad la. Sedap jugak. Dan pilihan makanan pun variety.

Lobby


Aku sangat recommend hotel ni padasesiapa yang nak bercuti di Sungai Petani, Kedah. Sebab hotel ni berdekatan dengan tempat makan. Tak perlu susah-susah nak drive cari makan. Kat sekeliling hotel ni banyak, even 7-Eleven pun ada sebelah jer. 

Harga hotel ni tak mahal. Affordable. Harga mampu bayar.

Kat Sungai Petani, kami pergi jalan-jalan ke Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai. Nak tahu best ke idak, tunggu entri seterusnya k. stay tune. TQ for reading this review neway.

You May Also Like

4 comments

  1. good review.. menarik hotel ni :)

    ReplyDelete
  2. amboi.. syang adik dia.. antie nak pinjam semalam boleh??
    anyway.. hotel nmpk kemas. janji bantal tak kepam, toilet bersih ok dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. mengamuk dia kalau ada orang nak ambik adik dia. hehe..

      Tu lah hotel dia bersih dan kemas. selesa la.

      Delete