Unboxing Pensonic Slow Cooker

by - Thursday, September 20, 2018


My second baby, Leeya kan dah 6 bulan. So dia dah start makan. Aku ada cerita kat entri ni - "Weaning Journey : Her First Spoonfuls".

Leeya dah start makan vegetable purree, dia dah makan avocado, carrots, pumpkin, potato. Dan sekarang aku rasa dah tiba masanya untuk dia makan nasi (bubur). 

Masa Kakak FL dulu , aku introduce nasi kat dia lambat, rasanya masa umur dia 8 atau 9 bulan. And result nya, kakak Fl jenis seorang yang tak suka makan nasi. Susah lah mummy bila anak tak suka makan nasi, sebab kita kan Orang Melayu, so Orang Melayu memang jenis makan nasi hari-hari. Tapi  bila anak tak makan nasi, mummy kena buat kerja lebih sikit la - kena masak lain. 

Kalau anak makan nasi, mummy tak perlu susah-payah nak masak makanan lain. Just makan jer nasi yang mummy masak tu. Dan Kakak FL pun jenis picky eater.

So atas sebab tu, i learn from my past experience, aku rasa memang patut introduce nasi pada baby at the early stage of her weaning journey sebab kita orang Melayu - hari-hari makan nasi.

Jadinya, en.suami pun belilah slow cooker untuk mummy main masak-masak buat bubur untuk Leeya. Senang sikit guna slow cooker kalau nak masak bubur compare than nak masak guna dapur gas.

 Beli slow cooker ni kat Giant. Beli jenama Pensonic ni sebab yang ini yang paling murah ada kat Giant masa tu. hehe.


Berbalut plastik.

Ini benda yang ada dalam kotak tu.Pot dan cover tu ialah dari material ceramik. Slow cooker ni agak berat, so tak sesuai untuk bawak pergi travel.

 
Inilah rupa slow cooker nya. Mummy pun tak tahu macam mana nak guna cooker ni so mummy belajar tengok You Tube. hehehe.


So, lepas ni bolehlah start masak bubur untuk Leeya.. Yeeaayy. 

You May Also Like

1 comments