Hidangan Sarapan Pagi - Tortilla Wrap + Omelet

by - Wednesday, October 24, 2018

Breakfast Menu - Tortilla Wrap + Omelet | Hari ni aku nak share pasal salah satu menu sarapan pagi yang menjadi salah satu favourite aku - Tortilla wrap dengan telur. 

Even kalau travel pun, hidangan ni turut menjadi menu makanan aku sekeluarga sebab senang nak buat dan senang nak beli bahan-bahan ni kat mana-mana supermarket.

 http://www.dorsettpink.com/2018/10/breakfast-recipe--tortilla-wrap-omelet.html

Bahan-bahan :
- Sebiji Telur
- Sekeping tortilla wrap
- Salad
- Tomato
- Sekepin cheese
- Sos tomato
- Butter

Cara masak :
1. Goreng telur dengan olive oil dalam kuali.

2. Panaskan dulu tortilla wrap ni samaada guna pemanggang (gril), microwave atau oven. Aku guna microwave jer. Panaskan sekejap jer.

3. Pastu, sapu tortilla wrap ni dengan butter dan letak sos cili. Boleh tukar sos ikut citarasa masing-masing.

4. Letak helaian daun salad.

5. Lepas tu, letak telur yang dah digoreng tadi atas tortilla wrap tu. Pastu sprinkle dengan sedikit black pepper hanya untuk perasa.

6. Letakkan cheese atas telur tu.

7. Kemudian, gulungkan wrap ni.

8. Pastu, gril sekejap atas kuali tanpa minyak sampai cheese cair.

9. Siap! Sedia untuk dimakan panas-panas.

 http://www.dorsettpink.com/2018/10/breakfast-recipe--tortilla-wrap-omelet.html


Selamat mencuba! (Sedap, tak tipu..)

You May Also Like

8 comments

  1. save resepi ni ye! nak buatlah nanti!

    ReplyDelete
  2. Sihat & mengenyangkan ��
    Nak kena restock balik tortilla wrap ni, dah lama x beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kena beli semula la tortilla ni lepas ni. hehe. Tapi try la buat, memang sedap

      Delete
  3. sedap and sihat! Dan mengenyangkan :)

    ReplyDelete