Dah Tak Nak Makan Bubur, Nak Makan Nasi Jer

by - Thursday, October 25, 2018

Sekarang ni Leeya dalam fasa 'baru nak kenal makanan'. So, dia macam baru nak rasa makanan tu sedap ke tak. hari tu aku ada cerita yang dia dah tak nak makan bubur, hanya nak makan biskut jer kat dalam ENTRI INI.  

Alhamdulillah, sekarang ni dia dah ok dengan bubur. I means tak de la dia asyik nak makan biskut jer. Dia dah boleh terima makanan ruji kita orang Melayu ni.

Tapi dia dah tak nak makan bubur, dia nak makan nasi. Sebab terliur kot tengok mommy makan nasi sedap sangat. hehe. Dia nak kunyah-kunyah, dah tak main telan-telan ni. So, dia dah tak suka makan makanan yang hancur atau blend halus. Jadinya, dia pun dah tak suka makan puri.  Sebenarnya dia tak de gigi lagi. So, mommy takut la nak bagi dia makan nasi. 

Jadi, mommy pun buatlah nasi lembik untuk dia. Actually macam bubur juga, cuma dah tak blend jer. 

Berselera dia makan. Disebabkan dia pun tak nak makan puri buah atau puri sayur. Jadinya mommy serve nasi kosong jer lah. Next month (masa umur dia 8 bulan), baru nak campur dengan butter. sekarang ni dia makan nasi lembik kosong macam ni. Habis 1 mangkuk ni. Portion dia makan ialah 1 bekas dadih.



Ini campur nasi + baby biscuit. Sebab dia pun suka biskut, jadi kadang-kadang mommy campur dengan biskut. Pastu, dia pun sekarang dah tak nak makan guna sudu, nak makan guna tangan jer. Memang sangat-sangat anak jati melayu. hihi. Kalau nampak sudu datang kat mulut dia, dia tutup mulut rapat-rapat, ataupun dia pusing muka dia ke belakang. Tapi kalau nampak tangan mommy nak masuk mulut dia, besar-besar dia buka mulut. errmm.. anak oh! anak. 

https://3.bp.blogspot.com/-8we92xlPo0E/W6NYu-R9bXI/AAAAAAAAINA/2N88HxxNJtQDzDf4yEJs8Uug0h5LIBnzQCLcBGAs/s1600/B.jpg

Mommy masak nasi lembik / bubur untuk Leeya guna slow cooker ni. kalau masak nasi guna slow cooker ni dah tak yah blend. Nasi pun cantik jer dan sesuai untuk baby macam Leeya ni makan.

You May Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah...lepas ni boleh beraneka menu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehe.. Tu yang bersemangat nak masak tu. hihi

      Delete
  3. seronok dgr perkembangan anak. x sabar nak tgk perkembangan anak ejulz satu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshAAlah nanti Ejulz pun seronok bila dah ada baby nanti

      Delete
  4. hihi sama la anak syaza .. tak padan xde gigi nak nasi cam kita ahaha :D

    ReplyDelete