Dah Suka Gosok Gigi Selepas Berjumpa Doktor Pakar

in , by dorsett pink, October 24, 2018
Aku pernah cerita kat entri sebelum ni yang Kakak FL pergi jumpa dentist. Boleh baca entri tu kat sini - "Kecewa Dengan Doktor Gigi! Doktor Gigi, Tolonglah Tambah Ilmu". 

Sekarang ni dah menjadi rutin bagi Kakak FL untuk buat dental check-up setiap 6 bulan sekali. Sebelum Kakak FL 'fall-in-love' dengan klinik gigi ni, dia seorang yang tak suka gosok gigi. Tapi sejak berjumpa dengan doktor pakar gigi kanak-kanak di Dental Valet, Bandar Baru Bangi - Dr Nazatul Sabariah , Kakak FL dah suka dah gosok gigi. Hari-hari wajib gosok gigi 2 kali sehari - bangun tidur dan sebelum tidur.



 Kat Klinik Dental Valet ni - memang merupakan sebuah klinik gigi yang mesra kanak-kanak. Ada banyak toys dan buku untuk kids. Even kat sini pun ada baby room. So senanglah untuk mommy nursing baby dan tukar diapers.

 
Dr Nazatul ni sangat cool dan sangat motherly. Dia tahu macam mana nak tambat hati kids supaya tak takut untuk check gigi. Dia tahu macam mana nak buat kids rasa selesa bila mana mulut diaorang 'dikorek-korek' dengan segala macam peralatan perang tu.  

Doktor bagitau, salah satu sebab anak-anak tak suka gosok gigi ialah sebab gigi diaorang ada masalah. Contoh masalah yang paling common dikalangan kanak-kanak ialah cavity atau karies gigi.  Dan bila anak-anak tersebut ada masalah gigi, bila mana berus gigi tu masuk dalam mulut, diaorang rasa sakit atau rasa tak selesa. So, itu adalah antara salah satu punca kenapa kanak-kanak tak suka gosok gigi. So, bila mana anak-anak ada masalah gigi atau karies, diaorang kena berjumpa doktor gigi untuk rawatan. Jangan biarkan masalah tu macam tu jer, nanti takut ia akan jadi lagi teruk.

Masa jumpa Dr Nazatul hari tu (sebelum bersalin Leeya), Dr dapati Kakak FL ada masalah karies gigi. Gigi depan dia berlubang, so dia kena buat tampalan gigi yang jenis 'composite clearfix crowns'. Lepas buat tampalan composite tu, mommy nampak Kakak FL dah makin confident dan dia senang sangat nak gosok gigi. Sekarang ni nak gosok gigi dah tak perlu paksa-paksa dan wujud drama sineton, dia sendiri dengan rela hati minta nak gosok gigi. 
Dekat Dental Valet ni, ada macam-macam jenis rawatan gigi untuk kanak-kanak. Composite Clearfix Crown yang Kakak FL buat tu ialah salah satunya. Kat sini juga boleh buat tampalan jenis 'Zirconia Ceramic Crown' untuk kanak-kanak yang berharga RM 600++ untuk sebatang gigi. 

Dan Dr Nazatul sendiri pun dah handle macam-macam kes gigi kanak-kanak ni - kes teruk , kes ringan semua dah pernah handle. Dia pernah cerita yang ada patient dia (kids) pernah masuk OT untuk buang 5 batang gigi, sebab gigi-gigi tu semua dah rosak teruk sampai ke akar. huhu.. Takutnya.. Kiranya Dr Nazatul ni ada pengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan gigi kanak-kanak.

 Doktor dan nurse kat sini semua friendly.


 Inilah Dr Nazatul Sabariah - pakar gigi kanak-kanak. Favourite doktor Kakak FL.


 
Ini antara rawatan yang ditawarkan di Klinik Dental Valet ni. 


Selain untuk kanak-kanak, mak-ayah pun boleh datang sini jugak. ada ramai doktor kat sini. So tak perlu risau. kat sini ada doktor kanak-kanak, ada doktor untuk orang tua. Even untuk pesakit OKU pun diberi layanan istimewa kat sini. Boleh datang guna wheelchair. Yang penting, tempat ni sangat selesa dan bersih!

SHARE 2 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE