Resipi Bubur Ayam Yang Sedap dan Mudah

by - Saturday, October 27, 2018

Bubur Ayam Yang Sedap dan Mudah | Aku teringin nak makan bubur. Alang-alang masakkan bubur untuk Leeya, masak sekali la untuk mommy. Masak bubur guna slow cooker. Senang!

http://www.dorsettpink.com/2018/10/resipi-bubur-ayam-yang-sedap-dan-mudah.html

Bahan-Bahan nak buat bubur ayam :

1. Beras
2. Stok Ayam
3.  Serbuk Black Pepper
4. Daun Bawang
5. Sayur-sayuran (Ikut citarasa masing-masing)

http://www.dorsettpink.com/2018/10/resipi-bubur-ayam-yang-sedap-dan-mudah.html

 Cara Masak :

1. Mula-mula buat stok ayam / air rebusan ayam. Stok ayam tu aku dah buat siap-siap, simpan dalam peti ais. Rebuskan tulang-tulang ayam dan lemak-lemak ayam. Tambahkan sedikit cuka dan garam. Bila dah masak, simpan dalam fridge. Boleh jer nak guna terus, lagi sedap. Sebab aku selalu buat stok untuk seminggu, jadi aku guna je lah stok ayam aku yang dalam fridge tu.

2. Pastu, masak bubur guna air rebusan ayam tu.  Sebab guna slow cooker, jadi ia ambik masa yang agak lama. Aku punya, ambik masa 4 jam untuk masak bubur tu.

3. Bila agak-agak bubur dah nak masak, masukkan ayam dalam slow cooker tu. Sebab ayam tu dah masak dah awal-awal lagi. Nak masukkan sayur-sayuran pun boleh.

4. Bila dah masak, spinkle dengan serbuk black pepper. Pastu, hiaskan dengan daun bawang. Dan siap! Ready untuk masuk kedalam perut.

P/S : Bila nak makan, saya suka tambah sedikit kicap. 

Selamat Mencuba =))


You May Also Like

4 comments

  1. boleh try ni! lama tak makan bubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah lama tak makan bubur, apa salahnya makan semula. hehe

      Delete
  2. Hmm...simply prepared but delicious to taste...

    ReplyDelete