Trip New Zealand | Pertama Kali Berkongsi Bilik Air Dengan Lelaki

by - Sunday, October 07, 2018

Masa travel ke New Zealand tahun lepas, kitaorang book penginapan dengan Airbnb.com .  Semua penginapan tu selesa lah sebab kebanyakkannya ialah rumah persendirian kecuali kat Dunedin, kitaorang sewa Motel dan kat Queenstown sewa Lodge. 

Disebabkan telalu banyak penginapan yang dibook serentak, jadi yang last skali tu iaitu di Queenstown kitaorang tersalah book - tersalah book ambik hostel. Masa tu dah last minute buat booking sebelum tarikh kitaorang gerak ke NZ, jadi kelam kabut sikit la - nak book kereta, nak book hotel, nak packing barang, nak packing makanan, macam-macam hal lagi lah. Nak cancel dah tak boleh, sebab tak ambil 'cancelation policy' . So, jadinya nak tak nak, terpaksa lah bermalam disitu. nasib baik 1 malam jer. 

Hostel ni nama dia - Pinewood Lodge and Apartments,  Queenstown. 






Kat Pinewood Lodge and Apartments,  Queenstown, ada banyak jenis penginapan. Ada apartment 2 orang, ada sharing doems,ada private villa, macam-macam lah. Masa book tu, bila klik, tersalah klik pada jenis 'dorms' ni - dorms with sharing bathroom. 

So, terpaksa kitaorang share bathroom dengan tetamu hostel yang lain. ada lelaki dan wanita. hahaha.

Takpelah, experience kembara gak ni. Kalau tak, tak de pengalaman ni. kalau travel ni macam-macam benda unexpected berlaku. So, dari awal lagi dah kena bersedia akan 'kejutan-kejutan' yang tak dijangka. hehe. 


Ini dorm kitaorang. Nasib baik bilik tidur ni tak kongsi dengan guest lain. Kitaorang Book 2 dorm - 1 untuk boys dan 1 lagi untuk girls.

 
 Ini dorm kitaorang dari luar. Setiap dorm dikelaskan mengikut 'huruf'.

 
 Kawasan Lodge ni sangat besar. kalau nak berjalan dalam area ni, better naiklah basikal, nanti sendiri yang penat kalau berjalan kaki.

 
Ini laluan ke bilik kitaorang.


Inilah bilik mandi dan toiletnya. kalau gosok gigi, memang nampak la sesiapa yang tengah gosok gigi kat situ. So, apa yang kitaorang buat, masa nak masuk toilet ni, pastikan tak ade tetamu lain. kalau ada, hold dulu hajat nak mandi atau nak buat 'bisness' dalam toilet ni. Eeeee... First time ever in our life share toilet dengan berlainan jantina. hahahha. Hopefully lepas ni dah tak rasa pengalaman macam ni lagi.hihi.

 Ini kitchen. Sharing dengan guest lain juga. nasib baik stove ada banyak, so tak berebut la. Fridge pun kena share.Sharing kitchen ni dah biasa. Sebab kebanyakan hostel backpackers buat konsep sharing ni.

 Itu rice cooker kitaorang. Equipment yang lain-lain tu pihak hostel yang punya.


 Ini tempat makan atau lounge kat sini. Kat sini ada TV. Internet pun laju sini.


Kitaorang stay sini semalam jer, esokkannya pagi-pagi dah check-out sebab nak catch up flight balik Auckland.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan. *senyum*. tapi best la sebab dapat tour New Zealand dengan family sendiri.

You May Also Like

8 comments

  1. ray pulak pernah terbook bilik sharing yg mix punye. mujur la boleh cancel. fuhhhh lain mcm masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhadmulillah dapat cancel, kalau tak seram gak tu..

      Delete
  2. x selesa kot sharing. hahaha. risau.. tp xpe. oversea sana ok sket.. sini? seremmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kalau kat oversea OK jer. Diaorang respect each other. Tapi kita la pulak tak selesa

      Delete
  3. pengalaman baru yer share2... teringat masa dok umah sewa abg kat Kuching dulu..umah ala gini stail umah panjang gitu la...toilet share. kalo pepagi nak lepas hajat tgk ade orang kat situ..terpaksa berpeluh2 tahan hajat.. seram plak rasa kalo ade lelaki kat toilet sblh..mlm2 pun sama.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh! takut betul. memang sanggup tahan kencing kalau gitu.

      Delete
  4. Share bilik mandi tu tak tahan tu..ehhee..kalau dapat tak ok sush juga erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.better tak yah la share. tapi nak buat macam mana, dah emergency. hihi

      Delete