5 TIPS Menggalakkan Anak-Anak Suka Belajar dan Membaca

by - Monday, November 26, 2018

Kakak FL jenis yang suka belajar dan suka membaca. Sekarang umur dia 4 tahun. Alhamdulillah, dah boleh mebaca perkataan yang senang-senang. Kalau dulu, setiap hari dia akan membaca at least 5 biji buku. Dia yang ambik sendiri buku-buku tu, dan suruh mommy atau daddy 'bacakan' untuk dia.


Beli buku yang banyak gambar. Budak-budak tertarik dengan gambar dari tulisan. Kalau banyak tulisan, boring!


1. Mak Ayah menjadi 'role model'.
Bila mak ayah tunjukkan contoh yang baik, anak-anak akan ikut. Kalau mak ayah membaca depan anak-anak, anak-anak akan turut terikut dengan aktiviti mak ayah tersebut. Budak-budak kan suka meniru.

Sebabkan mommy dia suka menulis, dia pun ikut mommy menulis.
Like mother, like daughter.


2. Jadikan BUKU sebagai alat mainan.
Ini part yang paing best. Jadikan buku tu sebagai toys, mesti anak-anak akan rasa seronok sebab dapat bermain. Ramai orang pandai membaca buku tapi tak ramai yang suka membaca buku. So, untuk mendidik anak-anak suka membaca ialah dengan buat dia minat pada buku. Buku itu bukan sekadar alat bacaan, tetapi juga buku tu boleh dijadikan sebagai alatan lain. Contoh macam jadikan kipas. Korang pernah tak kipas muka korang guna buku? Pernah kan?

Dia pernah buat buku-buku ni jadi 'rumah' sebab nak main 'rumah-rumah'


3. Buat RUTIN/JADUAL KHAS untuk membaca.
Rutin ni boleh dibuat sejak dari anak-anak baby lagi. Contoh macam Leeya, rutin 'membaca' dia ialah sebelum waktu makan. So, sebelum makan, aku akan bacakan buku untuk dia - 1 buku jer. Itupun dah cukup.


Untuk anak-anak yang lebih bsar macam Kakak FL. Buat rutin untuk kesesuaian masa anak-anak dan ibu dan ayah. Macam Kakak FL ni, rutin membaca dia ialah masa lepas dinner, masa waktu tengok TV tu. Kami buat rutin membaca buku 5 minit jer sehari setiap hari. Sekarang ni sejak dia dah 4 tahun ni, dia lebih suka buat latihan kat buku. So, setiap hari dia memang akan buat latihan kat workbook yang dibeli. Tapi buku pun tetap akan baca juga (buku cerita). 


4. 'Bed time story'.
Ini yang paling efektif. Sebelum tidur, bacakan buku untuk anak-anak  walaupun hanya 1 muka surat sahaja. kalau tak de buku pun, cerita lah pada anak-anak apa-apa cerita yang menarik hati diaorang. Bila buat ni setiap hari, lama-lama ia akan menjadi rutin untuk anak-anak tersebut. Ini pun aktiviti bonding antara mak ayah dan anak-anak.



5. Bagi REWARD pada anak-anak
Ini waktu yang paling best. Bila anak-anak berjaya membaca buku hari tu, bagi dia reward. kalau tak, tak dapatlah reward tu. Reward ni bagi sesuatu yang dia suka. Macam Kakak FL ni reward yang dia suka ialah dapat 'sticker'. Beli jer sticker kat MrDIY atau kat Daiso. hihi. Ataupun reward lain lagi, ialah beli buku baru atau bawak dia pergi kedai buku. Confirm dia akan lompat bintang. hahahha. 


Itulah antara 5 tips yang kita boleh praktik kat rumah untuk menggalakkan anak-anak kita suka membaca buku. Actually, aktiviti membaca ni pun dapat mengeratkan hubungan antara mak ayah dan anak-anak. Bonding time with children. Mulakan sejak dari kecil. Lagi kecil lagi bagus supaya stimulation brain dia bermula dari kecil lagi. Bukan kita nak dia menjadi genius atau dapat masuk universiti umur 7 tahun, tapi hanya untuk 'memupuk rasa cinta pada buku dan ilmu'. 

You May Also Like

4 comments