Kisah Tentang Anak Tudung

in , by dorsett pink, January 15, 2019
Kisah Tentang Anak Tudung | Sejak Kakak FL masuk ke tadika tahun lepas (4 tahun), hari-hari dia kena pakai tudung sebab tadika tu wajib pakai tudung. Sejak dari tu jugak, banyaklah juga tudung kanak-kanak yang mommy beli untuk dia pakai. 

Lagipun dia memang suka sangat pakai tudung, even kalau keluar rumah (bukan ke sekolah), dia akan sarungkan tudung. Agak-agak bila dah rasa kepala tu panas, dia bukak jer la tudung dia tu tak kira di mana dan bila. So, skrang ni dia pakai tudung ON-OFF la. Macam chipsmore, kejap pakai, kejap tak pakai. Takpe, mommy izinkan, sebab belum baligh lagi. 


Bila dah pakai tudung, haruslah kena pakai anak tudung kan? Baru nampak kemas. Kalau tak, rambut bersepah-sepah keluar sebab Kakak FL ni tak suka ikat rambut. Beli anak tudung tak banyak, so pusing-pusing pakai anak tudung yang sama, tapi kerap basuh. Hari-hari membasuh. 

Tapi kan, yang mommy geramnya, anak tudung dia selalu hilang. Kadang-kadang balik sekolah tak pakai anak tudung, bila tanya mana? Jawabnya 'entahla'... Kadang tu hilang kat rumah ni. Rumah taklah besar macam Istana Parsi, tapi selalu je hilang. Punca masalah - misplace.

Geram sungguh. Bila pagi-pagi nak bersiap, masa habis macam tu jer duk mencari anak tudung. Cari sini tak jumpa, cari kat sana tak jumpa. huhuhu. 

Jadinya, penyelesai masalah untuk tahun 2019 ni ialah kita beli anak tudung banyak-banyak.


Tak lah banyak mana pun. 5 helai jer. Cukup untuk sehelai sehari. Campur lagi yang tahun lepas punya, cukuplah untuk dipakai selama seminggu. Kalau tak sempat nak basuh pun takpe, sebab masih lagi ada yang bersih dalam almari. Hopefully tahun ni mommy tak naik angin la dek kerana kisah anak tudung. hehehe..
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. ahahaha misteri anak tudung hilang ni memang xkan terungkai sampai bila2 kak hahaha..
    tabahlaaa ye =P

    ReplyDelete
  2. Ada bagus juga beli banyak2 supaya macam sis cakap, kalau tak sempat basuh ada lagi spare yang lain. jadi taklah kelam kabut nak cari anak tudung~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul , senang beli banyak-banyak ni. kalau hilang, ada lagi spare dalam almari. hehe

      Delete
  3. klu anak sy serkup tu dah keliling kepala.. tang jahit tu kat dahi dah hahaha

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE