Upin Ipin The Movie:Keris Siamang Tunggal Sangat Best

by - Friday, March 29, 2019

Sabtu lepas, aku bawak Kakak FL pergi tengok wayang - Upin Ipin The Movie : Keris Siamang Tunggal. Sejak keluar iklan Upin Ipin ni, hari-hari dia duk ajak pergi wayang. Al-maklumlah, dia kan peminat setia Upin-Ipin, for sure tak kan lepas peluang nak tengok movie Upin Ipin ni.

Sebabkan Khamis dan Jumaat hari sekolah, jadi hanya Hari Sabtu masa yang ada untuk dia tengok cerita ni. 

Kakak FL pergi tengok movie ni dengan mommy dan cousin dia yang lain. Semua sekali 5 orang. Leeya dan daddy tak pergi, diaorang tunggu kat rumah. Lepas movie habis, diaorang datang dan kami pergi makan-makan bersama dengan family members yang lain. 

Kami tengok Kat Melawati Mall. Kebetulan masa pergi y, adik sekali maskot Upin Ipin +Mail datang. Bukan main seronok la budak-budak tu dapat jumpa 'Upin Ipin Real'.




Dapat jumpa mail, dia tanya pulak mana kawan-kawan Upin Ipin yang lain =))


Tak puas tengok katanya. Nak tengok lagi. hahahha. Tengok la dulu kakak mommy ada masa tak nak pergi tengok lagi. hehe.. 


Best cerita ni. Ye lah mana tak best nya kalau modal nak buat filem ni RM 20 juta. Dia punya animation tu nampak clear lah. Jalan cerita pun best, senang budak-budak nak faham. Scene lawak pun banyak, budak-budak duk pakat gelak. Mommy ni terpinga 'apsal lah diaorang gelak?' (sebab rasanya tak lah lawak pun. Takperlah, kita layankan jer diaorang. 

Bila balik rumah, macam-macam lah cerita keluar pasal Upin Ipin tadi..Dia cerita balik kat daddy dia. Cute jer dengar cerita dia. 

After all, aku rate movie ni 9/10. Rugi kalau ada anak tak bawak pergi tengok. Pergilah bawak diaorang tengok Upin Ipin The Movie ni, mesti diaorang dan korang pun teruja.

You May Also Like

7 comments

  1. Upin ipin ni bukan kanak-kanak je minat..PC yang dah tua ni pun sama naik..hehehehe..

    ReplyDelete
  2. salam org cakap upin ipin ni best nanti nak tengok lah..sisi done follow you boleh follow saya balik

    ReplyDelete
  3. ramai yang bagi rating baik untuk filem ni, kak AJ tak tonton lagi sebab tak ada anak kecil nak bawa hehe :) tapi memang peminat upin ipin ni juga tau :)

    ReplyDelete
  4. ramai dh kata best filem upin ipin ni.... tp dpt tgk kt tv jelah kot... si aiyan ni takut nk msk dlm panggung wayang...

    ReplyDelete
  5. waaah bestla dapat jumpa Upin Ipin lagi tu =D

    ReplyDelete
  6. Ramai yang review cerita ni best tapi tak sempat pun nak bawa anak2 pi tengok.
    Kita langgan kt Astro First je la nanti ye nak. :P

    ReplyDelete
  7. betullll. ramai bagi review setaraf kartun overseas :)

    ReplyDelete