Pertama Kali Pergi Tengok 'DISNEY ON ICE'

by - Tuesday, April 23, 2019

7 April 2019 hari tu, hari terakhir Disney On Ice buat show kat Malaysia, aku dan keluarga kecik aku pergi tengok show ni kat Stadium Malawati Shah Alam. 



Aku dah lama pasang angan-angan nak gi tengok Disney On Ice, tapi baru tahun ni ada kesempatan waktu nak pergi tengok. Best nya. Dapat jugak menggembirakan anak kesayangan - Kakak FL. Si adik , Leeya masih tak faham apa-apa lagi. Tunggulah bila dah besar sikit nanti, mulalah dah pandai request nak barang Princess macam Kakak. Mommy daddy standby jer lah bila waktu itu tiba nanti. hehe.

Kakak FL peminat setia 'Princess' - semua kartun 'princess' dalam siri Walt Disney ni semua dia suka especially Elsa & Ana (Frozen) & Moana. Dia siap nyanyi & menari lagi ikut lagu tu. Nampak la dia enjoy sangat-sangat pergi tengok show ni. Siap tak nak balik tu. Nak stay kat situ, nak tunggu Princess. errrmm.. Lepas tu pulak menangis sebab nak tengok lagi, sebab tak puas tengok show 2 jam tu. huhu. Next year la pulak ya sayang.

Show kali ni ialah sebab nak celebrate hari ulang tahun Mickey Mouse & Friends. So, memang banyak Mickey Mouse apperance. Tapi yang lain-lain pun ada slot jugak cuma sekejap-sekejap je lah. Aku kagum sangat dengan para skaters & MC. Memang nampak sangat diaorang ni profesional. Show nampak smooth jer, dan tak ada adegan-adegan yang tak best. 

Kalaulah orang Malaysia dapat buat macam diaorang tu , memang hebat lah. Semua enjoy tengok show ni especially all the kids. 

Harga tiket sama jer untuk semua peringkat usia , dari bayi baru bersalin sampailah orang dewasa yang umur 100 tahun. semua saja jer kena bayar. Tak ada special rate untuk school students. hehe. Tiket paling murah harga RM 88, paling mahal seat VIP - RM 300++. Aku beli tiket yang paling murah - RM 88 seorang ( 4 orang = RM 352). Nasib baik tak ada tax. 

Kitaorang enjoy giler. So wajiblah selfi kan. hehe

Nampak clear stage tu. Tapi bila capture dalam gambar tak clear sangat. Mata ciptaan Allah ni boleh nampak jelas. (Thanks God coz giving me eyes).

Sambil tengok show, layan pop-corn ni. Harga 1 kotak ni RM 20. 
Tapi tak sesedap pop-corn kat GSC & TGV. hehe

Ramai yang datang tengok ni. Even yang tak bawak anak-anak pun ramai. Merchandise Disney yang dijual bapak mahal giler. Paling murah pun harga RM 50. So confirm lah kitaorang tak beli apa-apa. Cuma beli cenderahati kat luar jer (yang bukan dijual oleh pihak Disney).

InshaAllah, tahun depan kalau ada lagi Disney-On-Ice kat Malaysia ni kitaorang akan datang lagi (kalau waktu mengizinkan).

You May Also Like

1 comments

  1. bestnya... bkn anak2 je teruja. mak pak pun seronok tgk... tak pernah tengok pun... dpt layan kt utube je

    ReplyDelete