PhD Talk | Hari VIVA Dah Makin Dekat

by - Wednesday, April 24, 2019

Bulan ni aku mampu update 3entri je kat blog ni. huhu. Sedih sungguh! Sorry readers. Aku tak sempat nak luangkan masa kat blog ni. Sejak dari last month lagi, aku pulun siapkan 2 journal paper, dan Alhamdulillah last week siap jugak dan berjaya hantar kedua-duanya ke journal yang dipilih.



MENULIS UNTUK JURNAL
Aku buat journal paper tu sebab requirement universiti untuk grad. kalau lulus VIVA pun , kalau paper tak ada, tetap tak boleh grad dan tak boleh konvo. Kalau bukan kerna 'requirements' untuk grad, aku tak buat dah paper tu. 

Penat tau nak perah otak nak siapkan 1 perenggan ayat, apatah lagi nak siapkan 1 paper . Penulisan akademik sama sekali berbeza dengan penulisan blog. Jenuh nak fikir ayat yang sesuai. Pastu tulis dalam english pulak.huhu. Tapi OK jugak sebab tesis aku pun dalam english. Nanti kalau nak kena translate buat dalam BM, payah jugak tu.  

Dah lah aku pun turut jaga anak-anak sendiri, tanpa bantuan pengasuh atau bibik. So, memang struggle la sangat-sangat. Aku biasanya menulis bila anak-anak aku tidur. Kalau diaorang tak tidur, alamaknya laptop aku ni akan menjadi mangsa 'permainan' mereka. hahahha.

Jadinya, terpaksalah aku korbankan tidur malam yang penuh dengan mimpi-mimpi indah tu untuk segulung sijil kedoktoran. Tidur sehari hanya 3-4 jam jer. Malam-malam tidur jam 12 malam, Biasanya jam 3 pagi atau 4 pagi mata dah terjaga, pastu terus bangun, solat & mengaji dulu, pastu terus buat kerja sampai pagi. Tapi ada jugak hari-hari yang aku terbabas tidur sampai Subuh baru bangun. 

Bila tidur tak menentu macam tu, badan jadi penat. Aku jugak masih lagi breastfeeding Leeya. So, tenaga yang aku perlukan 3 kali ganda dari biasa. 



FOKUS UNTUK VIVA
Lepas dah berjaya submit 2 paper, so masa untuk fokus untuk buat preparation nak VIVA . Aku dah dapat tarikh VIVA which is next week. Kurang dari seminggu lagi tarikh keramat tu. huh! Nervous babe. 

So, lepas submit paper tu, aku pulun buat slide presentation pulak untuk present masa hari VIVA nanti. Tak rehat langsung. Kerja-kerja rumah pun, en.suami yang buatkan sebab aku perlu fokus kat study aku ni & breastfeeding Leeya.  Soal makan, kitaorang makan kat luar atau tapau je dari kedai. Tak sempat dah aku nak pegang kuali sudip bagai. Kalau dapat basuh pinggan tu pun, kira dah bagus sangat dah tu. Kalau tak, ensuami lah yang tolong basuhkan.

Aku sambung belajar dan habiskan pengajian ni pun kerana diaorang ni. Sebab nanti  aku nak (kalau dizinkan) anak-anak aku belajar sampai PhD jugak macam ayah dan ibu diaorang =)). 


Sejak dari minggu lepas, en.suami kerja half-day. Walaupun kerja kat office dia bertimbun, tapi terpaksa dia korbankan waktu tu untuk tolong jaga Leeya (Kakak FL pergi school) dan tolong buat house chores. So that, aku ada masa la sikit untuk buat revision dan prepare slide. Thanks to my mr.husband. Hanya Allah yang dapat balas jasa & budi baikmu sayang. 'Nanti lepas habis VIVA , I kembali menjadi suri rumah ye'. hehe.

Weeekend hari tu, sempat jugak lah staycation tidur kat hotel, sebab nak release tension dan nak lari dari suasana biasa (rumah). At least dapat jugak hirup udara kat luar dan dapat jugak berseronok dengan anak-anak mandi pool sama-sama. Kalau tak, anak-anak pun tension duk asyik tengok mommy menghadap laptop jer. 


SKIMA PEMARKAHAN UNTUK VIVA

Tengah duk google-google, aku terjumpa lah skima permarkahan untuk viva di UPM ni kat internet. Terima kasih banyak-banyak lah pada orang yang sudi share tu. So, aku kena prepare diri aku untuk menjawab soalan-soalan based on pada skima markah ni. 





Kalau korang nak VIVA nanti. Try la google skima pemarkahan yang digunakan kat universiti korang. At least membantu jugak untuk kita prepare apa yang patut. Dapat jugak lahtop-up markah kita tu nanti. Kalau tak lulus minor correction pun, dapat major corrrection pun dapat bersyukur giler dah. At least tak lah GAGAL atau Re-VIVA. 

Last but not least, terima kasih sudi baca corentan aku ni sampai habis. Dan doakan aku berjaya VIVA nanti ya. Kurang dari seminggu je lagi. huhu. 

You May Also Like

3 comments