Akhirnya... Dapat Juga Tengok Aladdin

by - Tuesday, June 11, 2019

Sejak cerita ALADDIN ni keluar teaser kat TV, aku memang berhajat nak bawak Kakak FL pergi tengok movie ni kat paggung wayang. Aku suka cerita-cerita Fairytale cegini, apatah lagi Kakak FL.. memang layan habis.. 

Bulan Mei Aladdin keluar kat wayang.. Tapi bulan puasa, manalah sempat nak pergi tengok movie.. Hari raya sibuk-sibuk beraya pulak. Al-maklumlah raya aidilfitri kan cuma setahun sekali... gitewww. 

Sudahnya, raya ke-6 baru ada kelapangan untuk bawak Kakak FL pergi tengok ALADDIN. Leeya terpaksa bawak sekali sebab en.suami tak ada untuk jaga Leeya, dia pergi outstation ke Jerman. Next week baru balik. So, kami bertiga je lah pergi tengok wayang semalam. 

Sampai awal, so dapat lah pilih seat pilihan. Lepas beli tiket, pergi makan dulu. 
Lepas makan, beli pop-corn, terus masuk hall. Timing tu cun jer. Leas habis wayang, pergi Mr.DIY jap, pastu terus balik rumah. 

Kakak FL enjoy giler tengok Aladdin ni. Sampai balik rumah pun, duk berangan-angan jadi princess Jasmine naik karpet terbang, pastu duk nyanyi-nyanyi ala-ala Princess Jasmine. hahhaa. Mommy dapat la tengok 'konsert' free. 

Leeya pulak behave jer kat dalam hall. Alhamdulillah. Nasib baik! Mommy pun nervous jugak nak bawak dia. Leeya pun enjoy tengok Aladdin tu. Bila orang gelak, dia pun gelak sama. Ntah paham ke idak tak tahulah. Sejam dia tengok movie, sejam lagi dia tidur. Cool la.. Nasib baik dia tak menangis or buat drama dalam tu. So, next time, bolehlah bawak Leeya lagi pergi tengok movie. 

Overall, bagi aku, cerita Aladdin ni best. Aku bagi 5/5. Worth every single penny. Lepas ni kitaorang target nak pi tengok 'Frozen 2' pulak. hehe..

You May Also Like

5 comments

  1. ray tak berkesempatan pun lagi nak pegi tgk movie kt panggung. sobss

    ReplyDelete
  2. Wahh...best yer? ni kena angkut gak bebudak nengok ni.

    ReplyDelete
  3. Wow best ye . Tgk trailer Dan pelakon mmg nampak best

    ReplyDelete
  4. mesti seronok kan, yelah selalunya anak perempuan mesti suka siri fairytale yg ada princess2... kita yg mak2 pun suka, sbb teringat masa layan kartun ni masa kecik2 heheheh

    ReplyDelete
  5. baca review best citer nih, tapi belum berkesempatan nak tengok. akak masih tak berani lagi nak bawa anak2 sendirian pergi kemana2 tanpa suami, sebab masing2 aktif

    ReplyDelete