Buat Pregnancy Test Sebelum VIVA

by - Friday, June 21, 2019

Ni aku nak share cerita sebelum hari VIVA aku 29 April lepas.

Sebulan sebelum VIVA, aku dah concentrate untuk study - buat Slide untuk presentation dan buat revision tentang thesis aku. Sebulan tu memang hectic la life aku. Blog pun tak terupdate sangat.

2 hari sebulum VIVA, aku rasa sakit perut sangat-sangat. Nak kata tak makan, aku makan ikut time dan aku langsung tak berpuasa waktu tu. Rasa sakit dia macam sakit contraction (mild contraction). Datang sekejap, pastu hilang. Betul-betul rasa macam contraction nak bersalin tu, tapi still boleh berjalan-jalan lagi, sebab mild jer rasanya.

Aku cuma takut keadaan lagi teruk bila time VIVA. Masa tu dalam kepala duk pikir - 'macam mana tetiba kalau aku sakit teruk macam sakit contrction 9cm tu'. huhu. Boleh pulak aku terfikir macam tu.

Terdetik di fikiran - 'aku pregnant ke?' . Husband pun tanya benda yang sama - 'pregnant ke?'. Tak mungkin kot. Mustahil lah kalau pregnant sebab aku ambik perancang kehamilan - Depo tu , yang kena inject setiap 3 bulan. So far, tak pernah miss injection. Tapi tak mustahil jug kalau betul-betul pregnant, sebab Kuasa Allah Maha Besar. Kalau Allah menghendaki sesuatu perkara tu, pakailah protection apa pun, tetap juga akan mengandung. Aku yakin Kuasa Allah mengatasi segalanya.

Lalu, aku pun ke farmasi beli prenancy test. Walaupun aku yakin aku tak pregnant, tapi aku tetap juga nak buat test, nak sahkan. Mana tahu, kot-kot pregnant. 

Aku beli dua. Sebab selalunya, bila buat pregnancy test, memang aku buat 2 kali. 




2 kali buat test kat dalam toilet. Dan jawapannya, dua-dua negatif. Fuhh!. Alhamdulillah. Sebab aku belum bersedia lagi nak beranak lagi dalam masa terdekat ni. hehe..

Alhamdulillah confirm aku tak pregnant. So, aku sambunglah buat kerja macam biasa. Tapi sakit tu masih ada lagi. Bila sakit, bertahan jer lah, ataupun aku makan pain killer. 

Bila hari VIVA -29 April. Elok jer bangun pagi , sihat-walafiat, mata pun segar-bugar, perut pun langsung tak sakit. Fuhh! Alhamdulillah. 

Tu lah, bila nak exam ker, nak submit something ker, mesti datang sakit macam-macam (itu aku lah). Macam-macam ujian yang datang. Ujian untuk menguji tahap kesabaran dan ketahanan fokus kita, adakah kita betul-betul fokus dengan apa yang kita lakukan. huhu. Alhamdulillah, i can do it!

You May Also Like

11 comments

  1. kdg2 angin tu..pernah jgk sakit camtu...tp sakit dia lebih kepada cam rasa sakit time keguguran dulu2...semoga sis cpt sembh yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh, angin erk.. betul rasa macam miscarriage. saya dulu pernah rasa miscarriage ni masa pregnant anak 1st, gugur masa umur janin 10 weeks

      Delete
  2. Berdebar baca sampai habis sebab debar nak tahu pregnant ke tak hihi.

    Memang gitu la biasanya kalau banyak kerja dan stress. That's why pepatah omputeh mengatakan, "There is butterfly in stomach"

    xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, bila banyak keje & stress, macam2 penyakit datang

      Delete
  3. alhamdulillah dipermudahkan urusan.. boleh lah get pregnant semua dah setel dah ni kan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah boleh, tunggu leeya besar sikit dan dah wean-off dulu

      Delete
  4. Betul..kalau merancang tapi perancangan Allah lain tak mustahil..sebab kawan PC 3 orang...tiga-tiga guna perancang kehamilan berbeza..tiga-tiga mengandung..terkejut mereka sebab belum bersedia dan anak masih menyusu (bf)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. tu lah, kalau Allah nak bagi, dia tetap bagi juga, tapi at least kita berusaha. Perancangan Allah itu yang terbaik

      Delete
  5. hi hi sakit perut gabra nak viva tu.
    moga sukses ye dgn semua hal phd :)

    ReplyDelete