#FLsisters Alergik Pada Sejuk

by - Friday, June 28, 2019

Lately, Kakak FL kerap kena selsema. Dan punca dia kena selsema tu, adalah sebab sejuk. Bila dia duduk dalam air-cond, confirm hidung berhingus. Tapi kalau air-cond tak sejuk , suhu ala suam-suam kuku jer, tak de lah dia kena selsema. 

Kakak FL baru tukar tadika. Dan sejak bertukar sekolah tu lah, da kerap selsema. Bila tanya dia, 'kenapa flu?', dia cakap kat kelas sejuk sangat. Since then, kami baru tahu yang kelas dia guna air-cond. Then, terus aku bagitau kat guru kelas dia. Alhamdulillah, tindakan diambil, kelas dia tak guna air-cond, hanya guna kipas jer. Terima kasih cikgu (thumbs-up). 

At the same time, aku pakaikan juga kat dia baju t-shirt kat dalam school uniform dia. So, ok lah. Dia tak kata panas pun bila pakai t-shirt kat dalam tu. Kiranya selesalah untuk dia sebab sekolah dia tu memang ada air-cond.

Tapi masalah bila guna kipas pulak, cikgu cakap budak-budak lain komplen kelas panas.. aduusss.. Kesian pulak kat diaorang. Kalau panas, diaorang pun tak dapat nak belajar dengan selesa. 

Bila kipas tu dipasang dengan kelajuan 4 atau 5, Kakak FL pulak cakap sejuk, tapi budak-budak lain cakap panas.. Aduusss.. Macam mana ni... 


Hari ni dia demam. 2 minggu lepas pun dah demam, tapi sehari jer lah. Demam sebab kat kelas tuisyen dia sejuk, pun kes yang sama - guna air-cond.huhu. Kakak FL memang sangat tak tahan sejuk, sama macam mommy dia. hehe. 

Even, Leeya pun tak tahan sejuk jugak. Leeya lagi lah teruk, kalau ada air-cond, terus naik rashes - eczema. Ambik masa seminggu jugak eczema tu nak hilang. Dalam seminggu tu, kesianlah tengok dia duk menggaru. Tapi dia selalu suruh mommy dia yang garu kan. Aduuss.. kesiannya. Tak tahulah nanti macam mana bila Leeya dah pergi ke tadika. 

Kakak FL ni tak seteruk Leeya, tapi still kesian tengok dia, duk asyik kena flu & fever sebab sejuk.. Sobs.. Sobss..

Aku bercadang lepas ni nak pakaikan Kakak FL long john kat dalam uniform sekolah dia. Long john ang selalu orang pakai masa musim winter tu.. So, kena lah pergi shopping jawabnya. Sebab long john dia yang lama dah tak muat. Al-maklumlah dah lama tak pergi travel.. 

You May Also Like

4 comments

  1. in shaa Allah. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Kesian juga FL kalau kerap selesema..dalam kelas jadi tak selesa nak belajar..

    ReplyDelete