Happy Belated Birthday To Me

by - Thursday, June 20, 2019

Quick update. Leeya duk cranky jer ni. Sejak kelmarin (18 June 2019) dia demam. Hari ni dah sembuh, Alhamdulillah, tapi masih dalam fasa nak recover. So, masih duk meragam la. Asyik nak berdukung dengan mommy jer. Ni dia tengah nap, jadi mommy pun bolehlah bukak laptop sekejap. 

Alhamdulillah, kelmarin, 18 Jun 2019, sekali lagi aku berpeluang menyambut ulangtahun kelahiran aku. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat kat Allah sebab dipanjangkan umur hingga ke hari ni. Alhamdulillah, aku masih boleh menghirup udara nyaman dan masih boleh menyaksikan keindahan alam Ciptaan Tuhan. Terima kasih Allah. 

So hari Selasa baru-baru ni, aku dapatlah celebrate secara kecil-kecilan dengan keluarga kecilku tapi sangat happy. Orang yang paling happy mestilah Kakak FL, sebab celebrate sekali ngan birthday dia, so dapatlah dia blow candle tu dan potong kek harijadi dia (jugak). 

Leeya pulak demam hari tu. So, cranky jer. Tapi dia happy dapat blow candle jugak dan dapat makan kek. Dia suka makan, kalau ada jer makanan 'baru' , lagilah dia exccited nak rasa makanan tu sedap ke tak. hehe. 


Kek - My favourite cake ever - chocolate indulgence dari Secret Recipe. Aku jadi jatuh cinta dengan kek ni sejak my BFF, EM yang introduce kan pada aku. Fuhh! Lepas makan sekali, terus rasa nak berkali-kali. 


Hanya beli few slices cake jer, itupun tak habis. Sampai hari ni, masih ada lagi kek yang berbaki dalam peti ais. Sebab kat dalam rumah ni, yang makan kek, aku sorang jer, yang lain-lain tak suka sangat dengan kek. Even Kakak FL pun tak minat dengan kek, dia cuma suka kek hanya suka 'potong-potong' dan tiup lilin jer, bab makan dia tak layan... 


Birthday Note For Myself
Semoga segala impian yang dipendam selama ni dapat direalisasikan tahun ini (sebab dah habis phd.. hehe).Amiinn... Semoga tahun ni akan menjadi tahun lebih baik dari tahun lepas, baik dari segi ibadah, dan baik dari segi pengurusan masa dan pengurusan diri. 

Semoga aku menjadi orang yang semakin sabar dan semakin positif dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang Hamba Allah di zaman yang sangat mencabar dan menguji kesabaran ini. 

Semoga aku dikurniakan kesihatan yang baik , yang sihat supaya dapat membesar anak-anak dengan baik. Semoga dipanjangkan umur lagi supaya dapat lagi bertemu dengan Ramadhan akan datang. Dan semoga kehidupan rumahtangga ku bersama suami tercinta kekal abadi berpanjangan kebahagiaan kami sekeluarga hingga ke akhir nyawa. AAAmmiinnn... 

You May Also Like

12 comments

  1. Happy belated birthday sis..

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH DP DH HBS PHD N HAPPY BESDAY JUGA FL MOGA SIHAT SJHTEA N SUKSES SELALU

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak pi untuk kiriman doa yang sangat indah tu

      Delete
  3. Happy belated birthday kak dan FL :) Semoga segala impian jadi kenyataan ya! In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. thank you so much ya tolong doakan

      Delete
  4. Apapun impian dan doa yang baik-baik..moga Allah kabulkan ya..inshaAllah..Aamiin..Moga Leeya terus sihat..dan selamat ulangtahun kelahiran untuk ibu yang melahirkan dan kak FL yang dilahirkan..

    ReplyDelete
  5. happy borthday dp semoga sentiasa murah rezeki dan diberkati umur

    ReplyDelete