Sabun Mandi Untuk Leeya

by - Tuesday, June 04, 2019

Hari ni aku nak share sabun mandi yang Leeya gunakan setiap hari. 

Leeya ada Eczema. Aku agak macam mild eczema je. Tapi, eczema dia lagi teruk dari Kakak FL. Tapi tak seteruk mommynya =)). Syukur sangat. Aku tak nak anak-anak aku suffer macam aku suffer dulu. Seksa tau. Sampai ada kawan yang lari tak nak kawan ngan kita sebab kita ada eczema.  Dia kata, nanti 'gatal-gatal' tu berjangkit kat dia pulak.. Sob..Sob.. 

Walaupun Eczema cuma mild jer, tapi tetap kena jaga betul-betul sejak dari kecil ni. Kalau tak jaga kulit tu betul-betul, makin lama nanti, eczema tu akan jadi makin teruk dan akan merosakkan kulit badan. Aku dah experienced sendiri benda ni. So, aku tak nak anak-anak aku pun kena macam aku jugak.

Masa Kakak FL kecik-kecik, aku bagi dia pakai Sabun BUDS / BUDS Cleanser. Pastu, pakai lotion - AQUA Cream. 


Aku dah yakin dengan resultnya. So, untuk Leeya ni, aku gunakan benda yang sama jugak. 

 kalau untuk kulit eczema, cari Produk Buds yang label warna BIRU macam ni. 


BUDS ni produk organik. Tak ada chemical dan tak ada paraben. Selamat untuk kulit si manja. BUDS untuk Eczema ni bagi aku agak mahal jugak la. 1 sabun225 ml ni aku beli dengan harga RM 53.00 . Masa zaman Kakak FL kecik-kecik dulu cuma RM 50.00 jer. Dah naik harga sikit. Tapi nak buat macam mana, untuk keselamatan dan keselesaan anak-anak, beli jugak lah.

Ok, aku nak cerita sikit pasal kulit Leeya ni. Sebelum pakai Sabun BUDS ni, dia pakai sabun biasa jer ,sama macam Kakak dia - apa-apa sabun yang ada gambar kartun. Leeya ni alah pada cuaca, kalau cuaca sejuk sikit (air-cond) atau cuaca panas sangat, akan naik lah rash tu kat badan dia atau kat muka. 

Bila ada rash tu, aku sapukan dia dengan cream eczema (yang organik juga). Tapi rash tu tak hilang-hilang. So, aku agak ni mesti sebab sabun. Then, try la tukar ke sabun BUDS ni. Kakak FL guna sabun biasa tu lah macam biasa. Masa Kakak FL kecik-kecik dulu, dia guna sabun BUDS jugak, tapi bila skin dia dah OK (rasanya masa umur dia 2 tahun kot), then, kami tukar guna sabun biasa. 

Nanti bila skin Leeya dah OK, akan ditukar guna sabun biasa semula. 


P/S : Ini bukan sponsored post. Share ikhlas..

You May Also Like

3 comments

  1. Alahaiii comelnyaa sabun mandi diaa

    ReplyDelete
  2. comel dan nampak bagus... kat P/S tu part paling suka... ini betul2 sharing... nice nice... (anyway 1st time datang sini,salam kenal... jika sudi jemput singgah ke blog sis. Jika sudi follow sis akan followback) :)

    ReplyDelete