PhD Motivation

by - Thursday, July 11, 2019

Pagi tadi aku dengar radio IKIM.FM. Biasa pagi-pagi memang aku dengar IKIM.FM kat dalam kereta. Aku suka dengar ikim ni pagi-pagi sebab dia ada slot 'perkongsian ilmu' setiap pagi. Tu yang best dengar tu. 

Macam pagi tadi, IKIM jemput Prof Dr Muhaya, sembang pasal tajuk 'KOMUNIKASI' - Komunikasi  berkesan dengan anak-anak untuk menjadi parents yang terbaik dunia akhirat. 

So, aku nak share la kat sini apa yang Prof kongsikan pagi tadi. 


Komunikasi ni ada banyak jenis. Renungan mata atau eye contact pun dikira sebagai 1 bentuk komunikasi walaupun tak cakap apa-apa. 

Sepanjang perkongsian pasal tajuk komunikasi ni, Prof banyak bagi contoh pasal buat PHD. Sebab Pian (DJ IKIM) kata dia nak sambung buat PhD nanti (InshaAllah). 

Terinspirasi pulak aku mendengar sharing tu. Almaklumlah, apa yang disampaikan sangat dekat dengan apa yang aku tengah buat kini. Dan apa yang diperkatakan oleh Prof tu memang 100% betul, sebab Prof pun dulu pernah buat Phd. So dia tahu real-picture macam mana rasa bila buat phd tu.


So, ini antara apa yang Prof share pasal PhD pagi tadi (Phd Motivation) : 


1. Set niat betul-betul 
Niatkan buat phd adalah kerana Allah. Kerana nak tambah ilmu, kerana nak gunakan ilmu tu untuk berbakti pada ummah di dunia dan di akhirat. Semoga, bila kita dah mati kelak, orang lain yang masih hidup atas dunia ni boleh gunakan ilmu yang kita discover tu (buat phd kan banyak discover new knowledge) untuk kembangkan lagi bidang ilmu /research. Semoga ilmu-ilmu yang kita share sepanjang kita buat phd / lepas buat phd tu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Kalau niat nak dapat tittle "D & R", maka itu namanya niat kerana DUNIA. Dan bila kita pasang niat sebab DUNIA, bukan sebab Allah atau Akhirat, maka kita akan tempoh banyak kesakitan masa buat phd ni. 

Eh! Jangan salah faham tau. Niat kerana Allah pun akan tempoh pelbagai kesakitan dan dugaan juga masa buat phd tu, tapi kita akan rasa tenang jer sepanjang dugaan tersebut dan kita akan rasa enjoy buat phd ni biarpun ada macam-macam masalah. 


2. Visualize
Bila dah pasang niat, sentiasalah visualize atau gambarkan akan kejayaan kita bila kita dah GRAD nanti. Bila kita buat teknik visualisation ni, InshaAllah impian dan matlamat tu akan menjadi realiti. 

Caranya ialah, selalu gambarkan kat kepala, kita sarung jubah Phd, kita pergi konvo ambil scroll atas stage. Pastu ambik photo (photoshoot), pakai topi phd tu, print dan tampal kat wall, kat desktop, hari-hari tengok, supaya kita dapat rasa nak cepat konvo.

Pastu, buat business card, kat atas kad tu tulis siap-siap "DR.XXXX, Phd in  XXXXXX". Tapi jangan pulak bagi pada orang kad tu. Simpan sendiri dah la. Kalau nak frame lagi bagus, letak atas meja kerja, hari-hari tengok. 

So, bila ada visualization macam ni, InshaAllah kita tak mudah patah semangat dan give-up sebab kita tahu visi kita ialah - destinasi akhir kita iaitu KONVO. 



Gambar ni aku tampal kat wall kerja aku, kat wallpaper laptop dan kat screen handphone. Supaya aku tak give-up dan teruskan perjuangan hingga habis. 


Pastu, sebelum tidur dan bangun pagi-pagi buat 'affirmation' kata - aku nak grad phd waktu sekian-sekian.  


3. Komunikasi

Bila buat Phd, kita kena banyak berkomunikasi dengan orang. Jangan duduk dalam bilik sorang-sorang, buat je tesis tu tanpa tengok dunia luar. Jangan jadi macam tu, sebab tanpa komunikasi, otak kita akan STUCK. 

Masa buat phd memang selalu stuck. So, nak keluar dari STUCK tu, ialah dengan cara kita berkomunikasi. Keluar lah bersosial dan bercakap dengan sesiapa saja samaada dengan supervisor, dengan kawan-kawan, dengan pasangan atau dengan sesiapa saja.

Sebelum sambung PHD pun, komunikasi (discuss betul-betul) dengan pasangan pasal tujuan kita nak sambung belajar ni. Supaya pasangan beri restu dan dia faham akan kesulitan yang kita bakal hadapi sepanjang buat PHD nanti. Kalau pasangan tak restu buat phd, aku suggest janganlah buat lagi. Tunggu sampai dapat green light dari pasangan dulu (samada isteri atau suami), barulah sambung. Sebab nanti, takut bila waktu 'susah / kritikal', pasangan kita akan menyalahkan kita sambung belajar. And the end, berlaku penceraian. Tak nak sampai macam tu. So, sebab tu restu dan persefahaman pasangan ni sangat-sangat penting masa sambung belajar either buat Master ataupun PhD. 

P/S : Dr.Roket pernah cerita yang dia dulu masa buat phd selalu bercerita dengan cleaner kat ofis. Bila dah habis cerita, dia rasa lega.  


Hari-hari aku cakap pada anak-anak - aku sayangkan diaorang sangat-sangat. sayang kerana Allah. Aku busy buat tesis hari-hari adalah sebab diaorang. Aku selalu bagitau anak-anak yang aku buat tesis ni untuk diaorang. Sebab aku nak diaorang pun ikut jejak mommy 1 hari nanti, belajar sampai phd. 


3. Tindakan

Tindakan - buatlah phd betul-betul. Jangan main-main atau plagiat. Susun strategi betul-betul. Uruskan masa, urusakan stress dan uruskan bahan kajian betul-betul. Selalulah pergi hadiri mana-mana kelas dan seminar-seminar untuk belajar skill-skill yang diperlukan sepanjang buat PHD nanti. Contoh macam skill belajar software Mendeley atau Atlas.ti atau Mathlab, atau apa-apa sahaja yang penting untuk kajian kita. 

Ini antara kenangan terindah. Sekarang wall-of-idea ni dah tak ada =))


4. Doa

Doa ialah 1 bentuk komunikasi - komunikasi kita dengan Allah. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. So, selalulah berdoa pada Allah supaya urusan kita buat Phd ni dipermudahkan. Dan selalu buat solat tahajud, buat solat hajat (solat wajib jangan tinggal tau). Dan selalu baca al-quran, at least 1 muka surat 1 hari. Bila kita banyak mendekatkan diri kita dengan Tuhan, InshaAllah Tuhan akan bantu kit bagi ilham-ilham / idea-idea untuk kita tulis tesis kita tu. IshaAllah. 

P/S : Tips aku - Bila aku stuck buat tesis. Aku akan rest 2-3 hari dulu, dan aku fokus untuk baca quran. Kalau sebelum tu aku mungkin baca quran 1-2 pages sehari, tapi bila waktu stuck, aku baca 5-10 pages sehari. Tapi at the same time, aku akan keluar dengan kawan-kawan atau dengan family pergi mana-mana. 


P/S : Apa yang aku tulis ni ialah aku olah balik apa yang dikongsikan oleh Prof Muhaya. So, banyak point-point yang aku tulis ni adalah dari aku sendiri. Tapi keywords nya adalah dari Prof Dr Muhaya. Aku tulis ni based on my experience sepanjang 6 tahun buat phd ni (tahun ni tahun ke-6). 

You May Also Like

12 comments

  1. TERBAIK N MENGINSPIRASI TIADA ALASAN UNTUK TIMBA ILMU HINGGA PHD

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hanya buat semampu yang saya boleh je Kak PI. banyak lagi perkara yang saya buat yang tak menjadi inspirasi. hahahha

      Delete
  2. Perkongsian yang ada sebahagiannya kak juju praktikkan tau, kalau nak tahu, prof dr muhaya adalah idol ikutan akak, banyak buku keluaran beliau akak beli dan baca...ramai rakan2 sekerja meminjam koleksi buku beliau melalui akak...bagus coretan mengenai sambung belajar...sis pernah tergerak di hati dalam soal ini, tapi belum masanya ke arah ini lg...teknik ni bagus, visualize tu sis selalu buat, dan usaha ke arah itu...cth mcm travel, mcm beli rumah, macam abg Qi dah lancar membaca sekarang adalah hasil visualize akak sejak tahun lepas...

    Benar apa yg dikata...doa itu tunjang kepada semua usaha...tawakal itu utama selepas usaha.

    p/s bagus anak 5 tahun ajar kt KUMON...sis hjg tahun ini cuti sekolah 2 bulan mmg dah aim dan visualize nak hantar tuisyen khas membaca dan menulis dalam English. Utk dia lebih bersedia bg Tahap 2 pula. Semoga anak2 kita semua dipermudahkan jalannya ya...terima kasih kongsi komen di blog akak...suka sgt baca perkongsian pengalaman ibu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak juju sudi baca tulisan saya ni . hehe..

      saya tak pernah beli buku Prof Muhaya. InshaAllah lepas ni mungkin akan beli, kalau ada tajuk yang best. hehe. Btw, semoga urusan Abang QI dipermudahkan..

      Delete
  3. Niat dan doa..sangat-sangat betul tu.Bila rebah ingat niat gagah semula untuk bangkit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull kak, sebab tu niat kita kena betul nak buat apa-apa. kalau niat buat kerana Allah, InshaALlah Allah akan bantu kita bila kita susah dan rebah

      Delete
  4. terbaik la..beruntung dpt truskan pelajaran walaupun sudah berkahwin...tak semua psangan yg support

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. tak semua pasangan boleh support pasangan dia sambung belajar. Mental pasangan pun kena kuat juga kalau si suami/isteri sambung belajar. Kalau tak support, ffuhh! naya..

      Ada cerita, suami menceraikan isteri masa si isteri buat phd, sebab suami rasa dia hilang perhatian dan kasih-sayang dari isteri dia. huhu

      Delete
  5. Akak rasa motivation ni sesuai juga untuk sesiapa sahaja yang nak mencapai cita-cita mereka. Thanks sharing dik! wpun akak tak amik phD atau Master. Tapi akak faham dan hadam apa yang ditulis tuh. InshaALLAH..akan menjadi pendorong akak untuk completekan online course CELT-P akak ni. Semoga kita sama-sama berjaya mengharungi apa sahaja dugaan dan cabaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. motivasi ni bukan je untuk student postgrad, tapi mana-mana student dan perkara pun boleh apply tips ni. btw, good luck ye for your CELT-P . semoga dapat lulus dengan cemerlang =))

      Delete