2019 - Pasar Payang Kuala Terengganu Kini Berubah Wajah

by - Saturday, September 28, 2019


Pasar Payang ni snagat famous. Semua orang tahu pasal Pasar Payang. Kalau pergi Terengganu wajib singgah ke Pasar Payang. Aku dulu masa kecik-kecik dibesarkan kat Pasar Payang ni. Sejak aku lahir, aku tinggal dengan Arwah Tok Wan. Rumah kami betul-betul depan Pasar Payang. Jadinya, hari-hari lah pergi ke Pasar tu. 

Memang sangat dekat dengan hati aku Pasar Payang ni. Dulu-dulu (masa aku kecik-kecik dulu), prang panggil tempat ni Pasar Kedai Payang. Tapi sekarang nak senang sebut, panggil jer Pasar Payang. 

Baru-baru ni aku balik Kuala Terengganu, pergilah ke Pasar Payang tu nak shopping.. Rupanya, Pasar Payang kini dah lain. 100% dah bertukar. Pasar Payang dah berpindah, bukan lagi kat tempat asal kat bangunan bertingkat yang korang selalu pergi tu. 

Pasar yang baru ni terletak kat sebelah pasar yang lama. Kat area jeti Bot Penambang dulu. Tak jauh pun. Tapi ni bangunan sementara jer. Bangunan lama tu tengah buat renovation. Nanti tahun 2022 kot baru siap. So, sesiapa yang nak pergi ke Pasar Payang jangan pergi ke pasar lama tau, sebab dah tutup.

Tempat yang baru ni agak crowded especially masa musim cuti umum dan cuti sekolah. So, dinasihatkan jangan mencari parking di hadapan pasar sebab nanti confirm korang akan stuck dalam leceh. Depan pasar tu jem giler. Dan soal parking leceh sikit. SO, parking la jauh sikit dan exercice lah menuju ke Pasar Payang. Korang boleh parking kat depan Pejabat POS, atau kat Taman Shahbandar. 


Signboard Pasar Payang ni pun dah bertukar semula ke nama asal. 


 Macam-macam kedai emas ada kat sini. Cuma Habib Jewel jer tak de. 





Baju kaftan semurah RM 10 jer sehelai. Tapi dinasihatkan korang janganlah membeli baju kaftan yang berharga RM 10 ni sebab kain dia tak best, nanti boleh pakai sekali jer. Aku bagitau ni based on experience aku sendiri. So, beli lah yang harga mahal sikit.  Kalau pandai tawar0menawar, boleh dapat murah. Hari tu aku beli kaftan lengan panjang RM 110 untuk 3 pasang. 




 Macam-macam buah tangan ada kat sini


Ada jual pelbagai manisan


  Nak beli keropok pun boleh kat sini


 Macam-macam jenis serunding ada kat sini. Dan yang penting, semuanya HOMEMADE.

Keropok ni pun home made jugak ni. BUkan kilang yang buat.


Pasar yang baru ni agak crowded dan panas. So, dinasihatkan janganlah membawa baby atau anak kecik sebab takut diaorang tak tahan panas. Pastu jugak, jangan bawak stroller sebab tak muat stroller nak jalan-jalan pusing kedai-kedai tu sebab lorong dia sangat kecil. Cara terbaik ialah bawak anak guna baby-carrier. 

You May Also Like

3 comments

  1. Teringin nak ke Terengganu..nsk jalan-jalan..nak beli batik dan songket..hehehe..nak makan-makan.

    ReplyDelete
  2. Dok plan nk p ganu.. Nk p pasar payang lah. . Tapi dh renovate nnt plan lain lah

    ReplyDelete
  3. Oo dah pindah. Tahun lepas singgah ke Pasar Payang ni macam-macam ada ek kat sana. Kalau pergi tempat mcam ni kinah selalu beli serunding je buat stok makan nasi kat rumah hehe

    ReplyDelete