Showing posts with label Terengganu

Pasar Payang adalah pasar tradisional yang sangat terkenal yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pasar ni merupakan tarikan utama di Kuala Terengganu (Landmark). Sangatlah famous Pasar Payang ni. Semua Orang Terengganu tahulah pasal Pasar Payang ni. Kalau diaorag tak tahu Pasar Payang, maksudnya dia bukan Orang Terengganu. 

Kalau pergi Kemaman, Terengganu tak bestlah kalau tak makan SATA. 

SATA ni yang paling sedap memang kat Kemaman jer, even kat Kuala Terengganu pun susah nak jumpa yang sedap macam yang kat Kemaman ni. Dan tempat yang wajib korang pergi kalau nak mencari SATA ialah di Kuala Kemaman, dekat sangat dengan Pantai Teluk Mak Nik atau orang tempatan panggil Monica Bay 😅😅.

Baru-baru ni aku balik Kemaman, Terengganu sempena cuti Raya Cina.

Kalau pergi Terengganu, tak sah kalau tak bawak balik keropok lekor. Kalau nak mencari keropok lekor yang sedap pun, memang kat Terengganu jer lah, kat KL ni tak sedap. Dan aku pun tak makan keropok lekor kat KL seba rasa jauh sangat dari rasa keropok lekor asli Terengganu. 


Kat Kuala Terengganu, senang jer nak mencari keropok lekor - kat mana-mana pun ada. Tapi kalau korang pergi ke Kemaman Terengganu, korang kena beli keropok lekor kat Chendor. Chendor ni terletak kat Sempadan Terengganu - Pahang, betul-betul melepasi Pintu Gerbang Kemaman, sebelum sampai ke Stesen Minyak SHELL. 

Kuih Deram

in , , by dorsett pink, January 31, 2020

Inilah dia Kuih deram. Famous kat Terengganu. Orang Terengganu panggil 'Deram'. Kalau orang KL panggil kuih ni - 'Telinga Keling'. Sama jer rasanya.. =))..


Masa aku ke Kuala Terengganu hari tu, aku stay kat Hotel Duyong Marina & Resort yang terletak kat Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Sorry , baru nak update. hehe. 

First time kitaorang stay situ. Tempat ni memang sangat sesuai untuk family vacation, boleh bawak family ramai-ramai tidur situ. Aku pun bawak my family ramai-ramai tidur situ sekali. 

Resort ni sangat luas. Konsep dia macam chalet. Boleh parking kereta depan rumah (chalet). Kalau nak jalan-jalan dalam resort ni, boleh naik buggy. Call jer reception request buggy. Kalau tak naik buggy, drive kereta sendiri, kalau nak jalan kaki.. ..errmmm.. Berpeluh lah ketiak. Kat sana panas.  

Bilik tidur dia luas. Boleh minta extra bed (with charge).





Inilah rumah yang kitaorang sewa hari tu. Kitaorang stay sini dalam 5 hari kalau tak silap. Memang kereta boleh parking depan rumah. 

Inilah beranda 'rumah' kitaorang

First time Kakak FL naik buggy. Excited sungguh dia. Hari-hari naik buggy sebab nak pergi makan breakfast. Kalau nak jalan kaki jauh sangat. 

Breakfast kat hotel tu - ni namanya Nasi Hujan Panas. Breakfast kat sini wajib ada Nasi Dagang =)). 

My brother & sister. 

Ada playground. Budak-budak wajiblah happy =))



Swimming pool dia besar. Kat sini pun ada sauna dan gym. Even public pun boleh guna facilities kat sini dengan bayaran. 



Marina. Kalau nak datang Terengganu naik yatch pun boleh, parking je kat hotel ni =))


Inilah permandangan di halaman 'rumah' =))


Bilik air kat dalam bilik hotel ni luas. Selesa lah. 

Bath Tub dia sangat dalam. Boleh buat jadi pool. So, kalau tak swim kat swimming pool, boleh mandi dalam tub ni =)).

Seperti biasa, Kakak FL lah yang paling seronok sampai tak nak balik KL =)). Takpe, nanti lain kali kita datang lagi resort ni.

Worth stay la menginap di Duyong Marina & Resort ni =))

Tok Aji Serban - Kuih Tradisi Terengganu

in , , , by dorsett pink, October 03, 2019
Kuih Tok Aji Serban - Kuih Tradisi Terengganu | Tok Aji Serban ni nama kuih tau.. Kuih ni merupakan kuih tradisional di Negeri Terengganu. Memang Famous Amos. Memang pelik, tapi itulah hakikatnya. Aku pun tak tahu kenapa nama ni dipetik sebagai nama kuih kat Negeri Terengganu ni. 

Masa aku kecik-kecik dulu, dalam umur budak tadika atau baru masuk sekolah rendah, selalu pergi Pasar Payang dengan Umie aku, pastu Umie selalu cakap 'nok beli tok aji serbang' . Aku pun tanyalah kat Umie, kenapa nama dia 'Tok Aji Serbang?'. Umie jawab - 'sebab dia pakai serbang (kopiah)'. hahhahaha.. Aku pun mengiakan ajer lah jawapan tu. Aku ingatkan dulu Umie aku bergurau jer yang nama kuih tu 'Tok Aji Serban'.. Tapi rupa-rupanya bila aku duk selalu dengar orang lain pun cakap nama kuih tu macam tu, rupanya betul nama kuih tu memang 'Tok Aji Serban'. hahahha. Pelik sungguh

Ini Kuih Tok Aji Serban. Yang ada pulut kat bawah tu. So serbannya (kopiah), ialah sekaya yang berada di atas pulut tu.. 



Ini pulak Kuih Sekaya.


Dua-dua kuih ni favourite aku. Tapi kuih ni manis, so tak boleh makan banyak sangat. Dua-dua kuih ni senang nak jumpa kat Terengganu. Pergi je mana-mana pasar kat Terengganu ni, pasti jumpa. Ataupun pergi ke Bazar Kuih Tradisional Terengganu yang sangat famous tu - "BAZAR KUIH TRADISIONAL TERENGGANU YANG SANGAT FAMOUS".

Kampung Cina, Kuala Terengganu - kenangan indah untuk aku kenang buat selama-lamanya. My childhood memory were built here. Disinilah tempat aku bermain ketika zaman kanak-kanakku. Dan  disinilah tempat aku lepak-lepak dengan Umie aku di zaman kanak-kanakku. Dan disinilah tempat aku sering menemani Arwah Tok Wanku untuk pergi mengaji setiap minggu. Dan disinilah tempat aku menemani Umie aku untuk menempah baju. Cukup banyak kenangan disini yang mampu aku kenang. Aku ada cerita dalam entri terdahulu, boleh baca sini - "KENANGAN LAMA :: SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MASA ZAMAN KANAK-KANAK". 

Dan hari ini, aku datang ke sini bersama dengan anak-anak untuk mereka melihat tempat aku dibesarkan =)). Supaya mereka juga mampu menjadi saksi untuk memori kanak-kanakku =)) dan supaya mereka tahu inilah kampung ibu mereka. 

Kini, Kampung Cina, Kuala Terengganu sudah berubah wajah. Dan kini ia telah menjadi destinasi pelancongan utama di Kuala Terengganu. kalau berkunjung ke Kuala Terengganu, tak sah kalau tak ke Kampung Cina. 

Kalau dulu kat Kampung Cina ni meriah.. Segala perayaan Orang Cina, semua aku tengok. Best sangat. Dapat tengok Pesta Tang lung, dapat tengok tarian singa, daat tengok diaorang sambut Cap Goh Meh dan macam-macam lagi lah. Aku pun dapat belajar cakap mandarin sikit-sikit, belajar dengan jiran-jiran. Aku dulu duduk kat sini. Aku rasa bertuah dan bersyukur sangat sebab Allah bagi aku membesar di Perkampungan Cina, perkampungan berbilang-bangsa. Orang Cina dan Orang Melayu kat sini saling bersatu-padu dan sentiasa tolong-menolong. 

Aku tak tahu either sekarang ni semua perayaan tu masih diraikan semeriah dulu atau tak kat sini. Kalau ada, baguslah, boleh tourist atau pengunjung datang tengok. 

Hari ni Kampung Cina dah totally berubah wajah. So, ni aku nak share gambar-gambar kat kampung Cina sekarang =)).. 



                                     


Kat sini ada banyak lorong-lorong  kecil macam ni . Masa aku kecik-kecik dulu, aku main-main kat lorong-lorong ni lah.



 Sekarang kat sini pun dah ada 7-Eleven dan ada hotel. So, kalau korang nak cari hotel yang dekat dengan Pasar Payang, bolehlah consider untuk stay kat boutique hotel ni. Harga confirm murah.


 Dulu kalau nak cari barang apa-apa especially barang untuk baking dan sewing, mesti cari kat kampung Cina ni.. Even kelambu pun ada jual kat sini.. 



 Dulu beca sangat famous kat Kuala Terengganu, pergi mana-mana kami naik beca. Masa aku kecik-kecik masa sekolah rendah, aku ke sekolah pun naik beca macam ni..


 Dulu masa kecik-kecik selalu berjalan berdua dengan Arwah Tok Wan kat sini =((

 Ini adalah laluan pergi ke tempat mengaji Arwah Tok Wan.. So sad.. huhu

Banyak kenangan betul lorong ni 


Kampung Cina ni betul-betul kat sebelah Pasar Payang


Kat waterfront, Kampung Cina


Kalau korang datang Kuala Terengganu, jangan lupa masukkan Kampung Cina ni dalam itinerary korang tau.. 

Pasar Payang ni snagat famous. Semua orang tahu pasal Pasar Payang. Kalau pergi Terengganu wajib singgah ke Pasar Payang. Aku dulu masa kecik-kecik dibesarkan kat Pasar Payang ni. Sejak aku lahir, aku tinggal dengan Arwah Tok Wan. Rumah kami betul-betul depan Pasar Payang. Jadinya, hari-hari lah pergi ke Pasar tu. 

Memang sangat dekat dengan hati aku Pasar Payang ni. Dulu-dulu (masa aku kecik-kecik dulu), prang panggil tempat ni Pasar Kedai Payang. Tapi sekarang nak senang sebut, panggil jer Pasar Payang. 

Baru-baru ni aku balik Kuala Terengganu, pergilah ke Pasar Payang tu nak shopping.. Rupanya, Pasar Payang kini dah lain. 100% dah bertukar. Pasar Payang dah berpindah, bukan lagi kat tempat asal kat bangunan bertingkat yang korang selalu pergi tu. 

Pasar yang baru ni terletak kat sebelah pasar yang lama. Kat area jeti Bot Penambang dulu. Tak jauh pun. Tapi ni bangunan sementara jer. Bangunan lama tu tengah buat renovation. Nanti tahun 2022 kot baru siap. So, sesiapa yang nak pergi ke Pasar Payang jangan pergi ke pasar lama tau, sebab dah tutup.

Tempat yang baru ni agak crowded especially masa musim cuti umum dan cuti sekolah. So, dinasihatkan jangan mencari parking di hadapan pasar sebab nanti confirm korang akan stuck dalam leceh. Depan pasar tu jem giler. Dan soal parking leceh sikit. SO, parking la jauh sikit dan exercice lah menuju ke Pasar Payang. Korang boleh parking kat depan Pejabat POS, atau kat Taman Shahbandar. 


Signboard Pasar Payang ni pun dah bertukar semula ke nama asal. 


 Macam-macam kedai emas ada kat sini. Cuma Habib Jewel jer tak de. 





Baju kaftan semurah RM 10 jer sehelai. Tapi dinasihatkan korang janganlah membeli baju kaftan yang berharga RM 10 ni sebab kain dia tak best, nanti boleh pakai sekali jer. Aku bagitau ni based on experience aku sendiri. So, beli lah yang harga mahal sikit.  Kalau pandai tawar0menawar, boleh dapat murah. Hari tu aku beli kaftan lengan panjang RM 110 untuk 3 pasang. 




 Macam-macam buah tangan ada kat sini


Ada jual pelbagai manisan


  Nak beli keropok pun boleh kat sini


 Macam-macam jenis serunding ada kat sini. Dan yang penting, semuanya HOMEMADE.

Keropok ni pun home made jugak ni. BUkan kilang yang buat.


Pasar yang baru ni agak crowded dan panas. So, dinasihatkan janganlah membawa baby atau anak kecik sebab takut diaorang tak tahan panas. Pastu jugak, jangan bawak stroller sebab tak muat stroller nak jalan-jalan pusing kedai-kedai tu sebab lorong dia sangat kecil. Cara terbaik ialah bawak anak guna baby-carrier. 
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE