Bazar Kuih Tradisional Terengganu Yang Sangat Famous

by - Thursday, September 26, 2019


Sejak aku kecik lagi, bazar ni dah terpacak kat tempat ni - kat Gong Kapas. Memang famous sangat tempat ni. Kalau nak beli kuih-muih tradisional Terengganu, datang sinilah. Kat sini tempat nya. Tapi kat Pasar Payang atau mana-mana pasar pun ada dijual jugak kuih Terengganu. Tapi kat pasar tu sesak, ramai orang. So, kalau tak nak pergi Pasar, boleh datang sini.

 Dulu-dulu, tempat ni kecik jer. Gerai jer. Tapi sekarang dah besar. Dah jadi Bazar. Pakcik yang jual kuih ni dulu masih lagi menjual sampai sekarang.




Gerai ni memang ramai orang. kalau petang-petang lepas waktu pejabat, lagilah ramai orang sampai kena beratur. So, kalau datang waktu tengahari tak ramai sangat orang, tak perlu beratur. Parking? Boleh jer parking depan bazar ni. 

macam-macam kuih jual kat sini. Semuanya murah-murah. 





Datang sini memang rambang mata nak membeli. Kalau boleh, semua nak beli =))

So, kalau korang ke Kuala terengganu, jangan lupa singgah sini kalau nak beli kuih-muih tradisional Terengganu. Bazar ni terletak kat Gong Kapas. Betul-betul kat Simpang Empat Traffic Light Gong Kapas.

You May Also Like

4 comments

  1. Mudah kalau macam ni. Pergi setempat macam-macam jenis kuih muih ada. Seronok.

    ReplyDelete
  2. menariknya,macam-macam jenis kuih ada nnti kalau balik kerteh nk ajak edy ke sini lah

    ReplyDelete
  3. Time pergi Terengganu dulu tak singgah pulak sini. Banyaknya pilihan!

    ReplyDelete
  4. wahhh best nye banyak pilihan kuih2 tu.. rambang mata la macam ni. done follow sini #284 jemput singgah blog saya juga ye..

    ReplyDelete