Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu - Wajib Singgah!

by - Wednesday, September 18, 2019

Dulu masa aku sekolah kat Kuala Terengganu, boleh kata setiap minggu akan ke Restoren Air Buah Gelas Besar yang terletak kat Jalan Airport, Kuala Terengganu. Minum jus buah kat sini. Fuhh! Best!. Cakap je nak buah apa, semua ada. 

Last week aku ke Kuala Terengganu, of course wajib singgah kat Restoren tu. Alhamdulillah, masih lagi wujid kedai tu di tempat yang sama. Kedai pun sama, tak berubah wajah. Restoren ni menjadi pilihan selebriti dan orang ramai kalau berkunjung ke Kuala Terengganu.

Air buah kat sini ada 3 saiz - saiz gelas kecil, saiz gelas sederhana dan saiz gelas besar. Ada jugak saiz gelas jumbo. Saiz jumbo tu boleh minum ramai-ramai lah sebab besar sangat, sorang tak habis minum. 

Gelas kecil - RM 2.50
Gelas Sederhana - RM 3.50
Gelas Besar - RM 4.50
Gelas Saiz Jumbo - RM 15

Murah kan? Memang murah..

Ni saiz gelas besar dan saiz gelas kecik


Selain air buah, kedai ni jugak ada serve makanan. Ada laksa terengganu, mee sup, nasi minyak, nasi dagang , keropok lekor dan macam-macam lagi. 


 Keropok lekor ; 5 batang - RM 1

Laksa Terengganu - Laksa terengganu kuah warna putih

Kakak FL peminta setia Laksa Terengganu. Tapi ni dia makan nasi lemak sebab dah boring ngan laksa. Sampai Terengganu jer terus cari laksa - pagi petang siang malam makan laksa. So ni nak makan nasi lemak pulak =)) 




So, kalau korang datang Terengganu, silalah datang Restoren ni - Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu kat Jalan Airport,. Seberang Takir (Jalan menuju ke Airport Sultan Mahmud, Kuala Terengganu).

You May Also Like

6 comments

  1. dh lama sgt xg kedai air buah gelas besar ni..
    ms bujang2 dlu rajin jgk ke situ.. hihi

    ReplyDelete
  2. mmg terkenal kedai nih... air buah dia mmg murah sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. wajib singgah kedai ni kalau sampai terengganu

      Delete