Mendapat Tawaran Kerja Sebagai Pensyarah

by - Saturday, September 07, 2019

Aku belum cerita lagi pasal cerita VIVA PhD aku April hari tu.. Errmmmm... Tengah mencari mood menulis nak cerita pasal Viva tu. Entah bilalah datangnya mood tu.. Tengoklah, nanti-nanti bila mood dan kekuatan tu ada untuk menulis tentang VIVA aku akan cerita.. (Eh! Ada ke orang nak baca?? errmm).. Takpelah, cerita untuk rujukan diri sendiri dan untuk anak-anak masa akan datang. 

Masa VIVA hari tu, aku ada 3 examiner. 2 orang Internal Examiner, dari fakulti yang sama dan sorang lagi Senior Professor dari United Kingdom, tapi External Examiner tak datang hari tu, dia cuma hantar report jer. Internal examiner tu dua-dua punya jawatan tinggi kat Fakulti (bukan fakulti yang aku belajar). Sorang merupakan Dekan Fakulti dan sorang lagi merupakan Ketua Jabatan salah satu jabatan di Fakulti tersebut. 

Yang aku ingat sampai sekarang (dan tak kan lupa), masa VIVA tu, bila mana Pengerusi nak umumkan keputusan VIVA aku. Pengerusi cakap aku LULUS dengan Cemerlang with Major Correction. Pastu terus aja examiner bagitau 'You sepatutnya dapat Minor Correction' , your thesis is very good, tapi kami nak bagi you masa lebih untuk siapkan dan hantar correction tu sebab Minor Correction di UPM hanya 1 bulan je masa yang diberi. So, kami tak you rush untuk hantar tesis tu'. 

Berbunga aku dengar jawapan tu. Then, Pengerusi pun bagitau yang External Examiner tulis report - "A Very Good Thesis". 


Dapat lulus pun aku dah bersyukur sangat-sangat, apatah lagi kalau lulus dengan cemerlang. 10 kali bersyukur. Semua tu Allah yang bantu. Allah hantarkan aku orang-orang yang positive dan supportive, Allah bantu bagi aku Supervisor yng sangat baik dan sangat membantu, Allah lembutkan hati Para Examiner untuk bagi markah terbaik untuk aku.Kalau Allah tak bantu, entah tak tersubmit kot tesis tu. Allahu, Thanks Allah!

Lepas habis sesi VIVA, aku kena buat correction. Dan masa buat correction tesis tu, aku perlu berjumpa dengan Internal Examiner (Pensyarah UPM) untuk verified semua pembetulan yang telah dibuat either betul atau salah.

 
Tesis Phdku _ Kenangan Terindah untu dikenang sampai bila-bila =))


Masa jumpa dengan Examiner 1 - dia pun bagitau tentang "Drama dalam bilik Viva" tu. Ada Drama Ok, tapi tak yah lah cerita. Aku senyum jer. Pastu Prof tu cakap, "tesis awak tu bagus, sangat bagus". Sekali lagi aku senyum (senyum dalam hati). 

Pastu Prof cakap dan tanya soalan : "Lepas habis PhD ni awak nak buat apa?".

Aku pun cakap lah yang aku nak buat business.

Pastu Prof cakap lagi : "Tak Nak jadi Pensyarah? Kalau nak buat business kenapa sambung Phd?" 

Tergamam aku dengan soalan tu. Ingatkan academician tak kan tanya soalan macam tu.. 

Pastu terpaksalah aku jawab : "Saya sambung Phd Prof sebab saya nak belajar, saya suka belajar. Dan walaupun saya tak jadi pensyarah, saya boleh role model untuk anak-anak saya kelak. Saya tak nak jadi pensyarah full-time sebab saya tak passion sebagai pensyarah. Saya suka mengajar jer, tapi tak suka buat kerja-kerja lain".

Prof jawab : "Kalau macam tu, lebih baik jadi Cikgu jer".

Aku : "Jadi Cikgu pun saya suka, sebab saya suka mengajar". 

Prof : " Saya dah nak pencen. Ramai pensyarah kat sini ramai yang nak pencen dah. Awak kerja lah sini sebagai Pensyarah".

Aku tergamam... Tak tahu nak bagi awapan macam mana... Lalu , ini yang aku jawab : "Sorry Prof, saya memang tak minat nak jadi Pensyarah full time sebab saya tak minat nak buat kerja-kerja lain selain dari mengajar. Saya tak suka nak cari grant (Research grant), saya tak suka buat research dan saya pun tak suka bentangkan paper kat conference. So, memang saya tak layak nak menjadi Pensyarah. Kalau part time lecturer mungkin boleh dipertimbangkan, sebab saya suka mngajar jer".

Tak tahu lah betul ke tak jawapan tu. Tapi aku jawab tu based on isi hati aku. Buat apa bekerja walaupun gaji RM 50k sebulan tapi hati tak enjoy, duk asyik stress jer. Lebih baik buat kerja yang kita suka, ada keberkatan , dan hati kita pun tenang dan enjoy buat kerja tu. 

Then, Prof jawab : "OK lah kalau itu jawapan awak. Tak ada orang boleh paksa awak. Hanya awak jer yang boleh buat keputusan untuk diri awak sendiri. Nanti bila awak rasa awak dah bersedia nak jadi Part-Time Lecturer, awak datang jumpa saya. Awak boleh ajar subjek-subjek town planning kat fakulti ni".

Wow! Hati aku berbunga-bunga dengar jawapan Prof. Tapi sehingga ke hari ni, aku tak tahu lagi nak terima atau tak tawaran tu. Duk tengah fikir lagi. 

Maybe bagi kebanyakan orang akan cakap 'terima sajalah offer tu'. Tapi untuk aku, aku kena fikir masak-masak dulu. Apa guna kalau aku terima gaji, tapi aku  tak dapat memberikn yang terbaik, tak dapat deliver job tu. What For? Berkat ke gaji tu?.. 

Aku tengah duk fikir lagi ni. Tunggu keputusan Senate keluar dulu, baru aku akan buat keputusan... 

By the way, aku bersyukur sangat dengan tawaran kerja tu. Itu semua Rezeki dari Tuhan. Allah yang bagi rezeki. Thank You Allah!... 

You May Also Like

10 comments

  1. Tahniah DP ... Seronok baca experienced DP buat phD ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Mrs Pip. Thank you for the wish and thank you sebab sudi baca kisah perjalanan phd saya 😊

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih WP. Kena buat solat istikharah duli,baru dapat buat keputusan

      Delete
  3. Ya, rezeki tapi apapun harap buat keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you UN sudi baca entri ni. InshaAllah akan bjat keputusan yang terbaik,tapi kena fikir betul2 dulu dan buat solat istikharah dulu

      Delete
  4. tahniah! =)

    betul la mmg kena pilih yg kita betul2 enjoy buat..
    kalo x jd xikhlas la keje kita buat tu.. hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah DP 💐
    I read you PhD sharing, sikit sebanyak give me an inspiration. Cita-cita nak genggam PhD masih ada walaupun dah makin samar hehe.

    Buat istikharah, pilihlah yg terbaik. Only you can decide (with His guidance of course ).

    ReplyDelete
  6. Congratssss!!! Yup saya setuju. Yang penting kena choose apa yang kita suka baru boleh buat kerja dengan senang hati hehe

    ReplyDelete
  7. Congrats, Intan. Mesti puas hati kan segala penat lelah buahkan hasil yang boleh dibanggakan :)

    ReplyDelete