Nasi Minyak - Hidangan Sarapan Pagi di Terengganu

by - Monday, September 23, 2019


Ini salah satu makanan favourite aku kalau balik Terengganu - nasi minyak. Nasi minyak kalau kat Terengganu tak susah nak cari. Tak perlu tunggu ada kenduri kendara baru dapat makan nasi minyak. Sebabnya hari-hari ada jer nasi minyak ni di jual di mana-mana. Sebab nasi minyak ni ialah Hidangan Sarapan Pagi bagi orang-orang Terengganu. 

kalau pergi ke restoren atau kedai makan untuk breakfast, confirm ada jual nasi minyak ni. Kalau tak de dijual, macam pelikla pulak. Tapi aku cakap ni kat Kuala Terengganu tau. Daerah-daerah lain selain Kuala Terengganu aku tak tahulah ada jual ke tak nasi minyak ni. 

Kalau kat KL, aku cuma makan nasi minyak ni kat kenduri kahwin jer. Tak kuasa nak mencari atau nak masak nasi minyak =))


Nasi minyak biasanya dimakan dengan lauk ayam macam gini dan ada acar timun.. Yummmy.. Tapi janganlah makan hari-hari, nantitak pasal-pasal paras kolestrol dalam badan naik pulak.. 

You May Also Like

11 comments

  1. Nasi minyak.. Sesekali makan Memang syok.. Ubah selera..

    ReplyDelete
  2. Mula mula pergi Terengganu terkejut jap sbb makan nasi minyak pepagi hehe tapi sedapppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... betul, diaorang kat sana memang makan nasi minyak pepagi. tapi tak boleh makan selalu, nanti gemuk. hehe

      Delete
  3. nasi minyak di terengganu macam menu nasi lemak di sini, antara menu wajib ada. Kalau balik umah mentua nasi minyak ni memang sentiasa ada. Mil pulak jenis suka masak, nak hari-hari pun dia akan masakkan.

    ReplyDelete
  4. time nie pulak tertengok gambar nasi minyak , ya Allah lapar terus . . . . btw done follow akak :)

    ReplyDelete