I Got A Present From My Husband

by - Thursday, October 17, 2019

Aku baru jer menamatkan perjalanan buat PHD. Baru jer print hard bind thesis, InshaAllah esok boleh dah hantar. Pastu tunggu panggilan konvo jer. Then , after konvo segalanya selesai.

Sekarang pun bila dah nampak hard bind thesis, perasaan tu rasa happy sangat-sangat. Rasa semua masalah hilang. Rasa semua stress yang ditanggung selama ni semua dah hilang jugak. hehe.

Dan sejak aku buat Phd dulu, aku selalu mintak dengan en.suami aku nak 'OVEN', sebab nak baking. Aku tak pernah baking, tapi rasa nak cuba baking sebab nak bagi anak-anak makan. Dan yang pasti anak-anak pun mesti jugak suka main 'baking-baking' ni. Tapi masa tu tak diizinkan oleh en.suami. Dia selalu cakap - ' habiskan phd dulu'. Nanti phd ntah kemana, baking pun ntah ke mana. 

Betul cakap en.suami. Masa buat phd dulu, nak masak pun tak sempat. Masa nak makan pun, kena curi-curi masa, apatah lagi masa nak tidur. Sebabnya buat phd dengan anak dua ni, macam-macam benda kena korbankan dan waktu bonding dengan anak of course tak boleh dikorbankan langsung. Sebab anak-anak tu permata dunia akhirat. Bonding dengan anak-anak mesti wajib berlaku setiap hari. So, takpelah, aku korbankan masa tidur pun, janji ada waktu untuk bermain dengan anak-anak.

Couple of weeks ago, masa pulang jer dari bercuti dari Kuala Terengganu, en.suami buat surprise bawak balik 'hadiah' ni ke rumah. Besar nya.. Bila bukak kotak, rupanya 'OVEN'. Fuhhh! happy tak terkata aku. Dia tunaikan janji dia. Dia siap cakap lagi 'ni dah habis phd, baru boleh nak bakar-bakar'. hehe.. 




Jenama Cornell. Besar. Boleh bakar sekor ayam dalam ni. Tapi aku belum rasmikan lagi. Baru tengah duk study macam mana nak buat pastri ni. hehehe.. Kakak FL lah orang yang paling happy, sebab dah lama dia request nak 'buat kek'. hehe..

Nanti bila dah berjaya buat, of course aku share ni.

Btw, thank you so much en.suamiku sebab bagi hadiah berharga ni. Akan ku jaga betul-betul dengan sepenuh jiwa =)).

You May Also Like

4 comments

  1. tahniah..lepas ni dah boleh cari bakar membakar pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Sheila. Tu lah, lepas ni kena belajar bakar-membakar pulak

      Delete
  2. Wah that's a lovely gift. Saya pun suka baking tapi oven kat rumah ni tak reti guna. Maybe kena explore lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, memang kena explore tu. mesti oven kat umah TQa tu canggih sangat kan. hehe

      Delete