Tak Ada Logo HALAL, Tak Boleh Makan!

by - Thursday, October 10, 2019

Kakak FL sekarang dah tahu dan kenal Logo HALAL. Dia tahu apa maksud Logo Halal tu pada makanan dan minuman. Dia tahu maksud 'Ha-Lam-Alif-Lam'. 


So, kalau beli apa-apa makanan atau minuman, dia akan tengok dulu ada Logo Halal atau tak. Kalau tak ada Logo Halal, dia akan letak balik, dan ambil yang lain. Pernah terjadi, dia main ambik jer makanan atau air yang dia nak, pastu terus pergi kaunter dan mommy bayarkan, mommy pun tak check jugak makanan tu ada Logo Halal ke tak sebab nak cepat. Masa masuk dalam kereta, baru dia belek-belek, pastu cari Logo Halal tak ada.. eerrmm...

Bila tak ada Logo Halal nak buat macam mana? Kalau nak ajar anak bab makan-minum ni kena strict. Kalau tak strict, nanti takut diaorang confius - kejap boleh, kejap tak boleh. So, bila tak ada Logo Halal kat makanan tu, mommy cakap "Tak yah lah makan, kita bagi je kat cat atau dog makan makanan ni, sebab makanan ni tak ada Halal. Nanti kita belikan yang lain k, yang ada Halal Logo". 

OK, dia accept. Sebab dia tahu kalau tak de Logo Halal, maksudnya tak boleh makan langsung. Walaupun ada benda (yang mommy tahu) benda tu halal dan boleh dimakan (cuma tak ada logo Halal), aku tetap cakap kat dia yang benda tu tak boleh dimakan, sebab tak de Halal. Sebab aku tak nak dia confius, sebab dia masih kecik lagi. Banyak benda lagi yang dia belum faham. 

Kalau pergi makan kat luar pun sama. Aku dan en.suami ajar dia untuk cari Logo Halal dulu kat kedai tu, then baru boleh makan kat situ. Kalau tak ada Logo Halal (walaupun kedai tu Halal untuk dimakan), kitaorang akan pergi cari kedai lain. So, sekarang dia dah tahu, kalau makan kat luar, wajib cari Logo Halal dulu baru boleh decide nak makan kedai tu atau tak. Walaupun ada kedai makan halal tapi cuma tak ada logo Halal, kitaorang tetap cakap - tak boleh makan situ. 

Ni halal - home made =))


Kakak FL pernah tanya :

1. Kenapa kita tak boleh makan pig (babi)?. 
Aku jawab sebab Allah tak bagi makan. 

2. Kenapa Allah tak bagi makan?
Sebab pig makan benda kotor, pig makan sampah, makan binatang yang dah mati. Kalau dia (babi) makan benda kotor, maksudnya dia tu kotor, dalam badan dia penuh dengan sampah. Kita (manusia) bersih, kita tak makan sampah, kita makan makanan yang bersih jer.

3. Macam mana Mommy tahu yang Allah tak bagi kita makan pig?
'Mommy baca al-Quran'. Dalam al-Quran ada tulis kata - 'Allah tak bagi kita makan pig' (Sebenarnya, jawapan ni adalah untuk didik dia yang kita (Orang Islam) kena selalu baca al-Quran dan rujuk al-Quran).  


Kakak FL tahu ke pig tu haram dan tak halal?? Ye, dia tahu, boleh baca kat sini - 'AJAR ANAK TENTANG KEDAI MAKAN TAK HALAL'

You May Also Like

11 comments

  1. Alhamdulillah bagus kakak FL, concern bab pemakanan :) Tahniah Mommy sebab didik anak-anak dengan baik. Idol~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah. Makanan tu penting, apa yang kita makan nanti akan jadi darah daging kita

      Delete
  2. nak kene ajar aiyan jugak pasal ini lah, kadang dia ingat... tapi yelah kalau ajar dari dia kecil ni mudah sikit dia nk paham dan biasakan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah hidana, kalau ajar dari kecik senang untuk budak-budak ni faham sebab sel-sel otak dia tengah pesat berkembang fasa ni

      Delete
  3. kitaorang stay kat Guinea ni..logo halal paling diutamakan..walaupun bukan logo halal Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe bukan logo halal malaysia ema. kat oversea memang susah nak cari logo halal malaysia, janji kedai makan tu ada logo halal, dah rasa lega dah =))

      Delete
  4. Alhamdulillah.Ilmu Kak FL semakin mantap..syukur.

    ReplyDelete
  5. Sama lah, dah bagi anak alert tentang logo halal ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah =)). thank you mommylotte sebab sudi singgahh blog saya.

      Delete
  6. kids memang nature dia curious dan rajin bertanya. kena explain pun ikut level diorang semoga senang faham. bagus Kak FL.. check satu satu..

    ReplyDelete