Ajar Anak Tentang Kedai Makan Tak Halal

by - Thursday, July 19, 2018

Hari tu pergi watson dengan Kakak FL berdua jer. Adik stay kat ruma dengan daddy. Watson pun sekangkang monyet je dari rumah kitaorang. Watson tu sebelah restoren tak halal. 

Aku acah-acah ajak Kakak Fl pergi makan kat restoren tu lepas keluar dari Watson. Pastu dia terus cakap, kuat pulak tu, "Mummy, kita tak boleh lah makan sini!". "What????", saja aku menduga dia. 

Pastu dia jawab balik "Mummy, kan kita tak boleh makan sini, kenapa mummy cakap 'what-what'".

Hahahhaha. aku nak tergelak, tapi tahan jer lah. Gelak dalam perut je. 

Pastu aku pun sengaja la tanya dia, "kenapa kita tak boleh makan sini?". 

Then dia jawab "Sebab kedai ni jual pig. Pig busuk. Allah marah kita makan pig". 

Aku senyum menandakan jawapan yang dia bagi tu memuaskan hati aku.hahahha .



Pastu sengaja aku tunjuk ke arah Restoren Secret Recipe yang berdekatan dengan restoren tadi.

Alhamdulillah, nampak gayanya dia tahu yang kita boleh pergi makan kat kedai tu.

Alhamdulillah, dia dah tahu mana satu kedai halal dan mana satu kedai tak halal.

Day by day i see she learn a new thing.




 Pasal kedai tak halal tu, aku tak ajar dia direct pasal 'kedai tak halal' .Kids umur macam dia (4 tahun), masih lagi di tahap 'identifying', diaorang baru nak belajar untuk kenal pasti. Kenal pasti objek-objek atau subjek-subjek yang ada disekeliling diaorang.

Kids umur macam ni diaorang masih lagi belum tahu tentang 'halal dan haram'. 

Diaorang baru nak kenal dunia. Kenal binatang, kenal orang, kenal makanan, kenal buah-buahan dan macam-macam lagi. 

Pasal binatang, alhamdulillah, boleh kata dia score 'A' la bab binatang sebab dia tu ialah 'animal lover'. 

Dia kenal babi atau khinzir atau dia panggil pig through TV atau buku. Dia tahu babi tu busuk, babi tu makan benda-benda kotor masa kitaorang pergi New Zealand tahun lepas.  Masa tu kitaorang pergi 'Agrodome' , kat Rotorua.  Dia nampak ada kandang khinzir kat situ, ala-ala macam kita tengok kat Zoo la. Pastu bau dia teramat-amat-amat busuk sampai kitaorang semua tutup hidung. Since then, dia tahu yang khinzir tu busuk. 

https://2.bp.blogspot.com/-DGhoWjBBLrA/WOHbYD--aAI/AAAAAAAAESw/PfWqNsw1xX8sLtr-hDRC0cF0iAXv2AJBgCLcB/s1600/agrodome65.jpg


So, cara yang paling senang nak ajar diaorang tentang suatu benda ialah cuba relate dengan benda-benda yang dia suka tengok atau buat. 

 Daripada apa yang dia suka tu, kita boleh ajar introduce dia  tentang benda-benda lain. Contoh macam tantang kewujudan Allah, tentang Tauhid, tentang alam sekitar, tentang sains, tentang matematik dan sebagainya and at the same time, kita juga boleh tingkatkan skill komunikasi anak-anak dari segi vocabulary and pronounciation.

Contoh macam ajar anak pasal ada 'matahari', so kita boleh relate dengan sains, boleh reltae dengan Tauhid pada Allah, boleh ajar dia matematik - kita boleh cerita kat dia yang matahari tu Allah/Tuhan yang buat. Pastu dia akan tanya, kenapa Allah buat matahari. Budak-budak kan curious, suka tanya itu-ini. Then , kita bagitau lah sebab nak bagi cahaya, bila ada cahaya kita boleh pergi sekolah, bila ada cahaya, binatang-binatang boleh keluar main, kalau tak ada cahaya, kita akan tidur, binatanag pun akan tidur. contohnya macam gitu la lebih kurang.

Aku ni bukan pakar kanak-kanak, so apa yang aku share ni adalah semata-mata dari experience aku sendiri. So,memang banyak 'trial and error' , apa yang bekersan, aku share, apa yang tak menjadi, aku tak share.  

Aku harap, tips ni boleh turut membantu korang juga untuk ajar anak-anak pasal kedai tak halal.

Sekian.Terima kasih kerana membaca. 

You May Also Like

4 comments

  1. Ya Allah....alhamdulillah...syabas FL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Setakat ni ok . Terima kasih kak PC kerna membaca

      Delete
  2. Bagusnya.. My daughter baru 3 months.. Tak sabar nak ajak dia borak2 macam ni hehe.. orang kata challenging borak dengan dak cik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. . Challeging tu sebab dia akan tanya semua benda apa yg dia nampak, semua benda jadi curious.. Kadang, boleh tanya knp 'baju ni warna merah? '. Hihi. Tapi takpe, tu namanya sel-sel otak dia sedang behubung, lagi banyak dia tanya, lagi cerdik. InshaAllah

      Delete