Ho Chi Minh, Vietnam : Malaysia Street and Queen Central Hotel

by - Saturday, November 09, 2019

Kat Ho Chi Minh ni, memang sangat terkenal dengan Malaysia Street. Malaysia Street - Syurga membeli-belah bagi Warga Malaysia. Tak sah kalau Orang Malaysia tak pergi Malaysia Street. Malaysia Street ni terletak kat betul-betul depan Pasar Ben Thanh.

So, untuk orang-orang Malaysia yang baca blog aku ni, kalau korang bercadang nak pergi Ho Chi Minh, aku suggest korang stay kat hotel-hotel kat Malaysia Street. Ada banyak hotel kat sini. 



Kat Malaysia Street, memang berderet ada Restoren HALAL. So, soal makan-minum jangan risau, semuanya terjaga. Pastu bila stay kat Malaysia Street ni, anytime korang boleh keluar masuk hotel sebab Malaysia Street ni ialah tempat shopping.

Malaysia Street ni semua orang boleh bercakap Bahasa Melayu. Dan urus niaga guna Ringgit Malaysia. So, jangan tukar duit DONG, unless kalau korang nak guna duit DONG tu kat airport atau shopping mall. Guna Ringgit Malaysia, lagi murah dari guna DONG. 


Aku stay kat Queen Central Hotel. Aku tempah hotel tu dengan Aamin Travel. Dia yang uruskan tentang hotel tu. Hotel tu serve makanan HALAL. 


Kat Queen Central Hotel ni, 90%  guest adalah pelancong Malaysia. Hotel ni ada WIFI. Yang best pasal hotel ni ialah TV dalam bilik ada YOUTUBE. So, kita boleh layan tengok Youtube kat TV =)). 

Lagi yang best pasal hotel ni ialah LOBBY dia. LOBBY dia, guest jadikan sebagai tempat lepak. Kalau penat bershopping, balik hotel jap, lepak kat lobby sebab ada 'air-cond', bila penat hilang, keluar semula shopping .. Hotel ni turut menyediakan wrapping service (ada bayaran) dan ada sediakan penimbang untuk timbang beg. Kot-kot la beg terlebih kg kan? (Tapi memang confirm akan lebih kg.. hahaha).. 



Dan Restoren Makan HALAL berderet depan hotel ni. Farmasi pun ada. 

Ini betul-betul depan pintu Hotel Queen Central.



Ini orang jual mee

Ni motor yang jual kopi Vietnam. Sedap Giler. Hanya RM 3 je secawan








Bila waktu malam, Malaysia street ni ditutup untuk kenderaan. So, jadi macam 'Pasar Malam'. Kalau malam minggu lagi meriah. Dan kebanyakkannya ialah Orang Malaysia. Harga kat sini biasanya FIX, tak boleh tawar-menawar. Walaupun harga FIX, tapi ia sangatlah murah.


Telekung SK ni paling murah boleh dapat 3 pasang RM 80. 








Ini Pasar Malam. Kat depan Pasar Ben Thanh. Harga kat sini mahal, kena pandai bargain.

P/S : Kat sini tak sesuai bawak stroller anak-anak. Sebab crowded sangat. Kalau bawak anak kecik, better guna baby carrier jer. Kat dalam Pasar Ben Thanh pun tak sesuai guna stroller. 

You May Also Like

1 comments

  1. Memang heaven la klw pg pasar ben than tu kan. Macam macam ado. Sy duduk hotel yg depan restoran osman hr tu. senang nak makan dan sarapan.

    ReplyDelete