Pengangkutan Sepanjang Di Ho Chi Minh, Vietnam

by - Tuesday, November 05, 2019

Ini sambungan dari entri yang lepas - "FAMILY HOLIDAY AT HO CHI MINH CITY, VIETNAm". 

Ada banyak benda yang aku nak cerita pasal Travelog Ho Chi Minh ni. Al-maklumlah, dulu pergi sorang-sorang sekarang pergi dengan family, of course perasaan tu lain dan HCMC pun banyak berubah. Dulu aku pergi lain, sekarang lain. Bukan berubah dari segi pembangunan fizikal, tapi dari segi pembaharuan untuk keselesaan pelancong Malaysia.

Aku rasa pergi Ho Chi Minh ni dah rupa macam pergi bercuti kat Malaysia jer sebab kebanyakkan orang Vietnam kat sini boleh berbahasa Melayu dan sepanjang kat sana pun aku makan Masakan Melayu. 


Dulu aku pergi susah sangat nak jumpa Restoren Halal, tapi sekarang, tutup mata jer nak cari restoren Halal tu. Senang giler nak cari makan kat sana. Dulu masa aku pergi sana tak ada lagi Malaysia Street, sekarang dah wujud Malaysia Street. Kat Malaysia Street tu umpama Jalan TAR kat Malaysia - penuh dengan Orang Malaysia dan urusniaga pun dalam currency Ringgit Malaysia, bercakap pun guna Bahasa Melayu jer.

So, untuk Travelog HCMC ni, aku mulakan dulu dengan aspek "Pengangkutan" - Pengangkutan Sepanjang Di Ho Chi Minh, Vietnam. 

Sepanjang aku kat HCMC, kitaorang guna travel agent - Aamin Travel. Aamin Travel ni hanya bawak Orang Malaysia jer, dia (Aamin) dan staff-staff dia semua boleh bercakap Bahasa Melayu. So, senanglah nak berkomunikasi dengan diaorang. 

Aamin travel tunggu kitaorang di airport dan hantar kitaorang balik ke airport. Urusan makan dan minum, bayaran tiket masuk ke mana-mana tempat dan itinerary semuanya Aamin Travel yang uruskan untuk kitaorang. Semua tempat makan yang dibawa, semuanya restoren halal. Staff diaorang pun warak, wajib bawak kitaorang ke tempat yang ada Surau. 

So, masa pergi Trip ke Chu-Chi Tunnel dan Sungai Mekong, soal makan dan solat kitaorang terjaga. Alhamdulillah!.. Cumanya kena bawa telekung sendiri, sebab kebanyakan surau kat sana tak sediakan telekung, kalau ada pun tak cukup. 

Yang bestnya ialah, kalau pergi ke kedai makan, makanan semua dah siap-sedia terhidang untuk kitaorang. Sebab Aamin Travel dah order makanan siap-siap. So, selesalah kitaorang sebab penat-penat , sampai kedai zuuppp terus makan. 

Waktu - punctual. Diaorang sangat punctual dan mengejar masa. Yang tak punctualnya ialah kitaorang lah. hahhahaha.. Tapi diaorang tak marah. Diaorang ikut jer customer, kalau lambat maksudnya lambat la balik šŸ˜€šŸ˜€šŸ˜€..

Bayaran yang kitaorang bayar pada Aamin ialah RM 5700 untuk 11 orang dewasa, dan 6 orang kanak-kanak (termasuk makan-minum, hotel, pengangkutan, tiket masuk ke mana-mana). Korang kiralah sendiri berapa bayaran untuk 1 kepala. Pembayaran dibuat secara TUNAI SAHAJA dalam RINGGIT MALAYSIA di Pejabat dia. Pejabat dia terletak kat Malaysia Street. 


Kitaorang book Aamin travel ni melalui whatsapp jer. Diaorang cepat reply whatsapp. So, kalau korang nak mencari travel agent untuk bercuti di Ho Chi Minh ni, bolehlah contact Aamin Travel ni. Highly recommended!




You May Also Like

5 comments

  1. amboi nama owner, sama nama artis kat malaysia...

    menariknya, bagus betul travel agent tu... harga tu kira berpatutan lah dengan segala servis yang disediakan, paling best tengah2 lapar sampai kat kedai makan, tinggal makan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Nama retis sangat.. Tapi agent ni memang bagus dan baik,soft spoken dan jaga guest dengan baik sekali,tak dr marah2

      Delete
  2. Harga tu utk tempoh berapa hari sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk 4 hari 3 malam,include semua termasuk hotel kecuali flighg tiket. Bayaran tu utk 11 orang dewasa & 5 kanak-kanak

      Delete
  3. Murah sgt tu. next time nak try dgn amin travel ni la. Boleh simpan contact no dia. Btw u duduk hotel mana hr tu

    ReplyDelete