Beli Baju Kurung & Blouse Murah-Murah Di Ho Chi Minh

by - Thursday, December 26, 2019

Vietnam memang terkenal sebagai 'shopping heaven'. So, kalau nak beli baju raya, better pergi Vietnam sebab dapat beli baju atau kain mrah-murah kat sana. Even kat sana pun, boleh terus tempah  dan siap esokkan harinya. 

Tapi kalau nak beli baju yang 'ready-to-wear' pun ada jugak. Kalau nak  beli baju kurung dan blouse cantik-cantik dan murah-murah kat Ho Chi Minh, pergilah ke Kedai Linda

Kedai Linda ni terletak jauh sikit dari Bandar HCMC, pastu kedai dia kat kawasan perumahan. Even kedai tu sendiri tu ialah rumah kediaman. Rumah tu tak terletak kat betul-betul depan jalan besar, rumah tu kat dalam-dalam. Agak susah nak  cari kalau kita tak biasa dengan tempat tu.

Hari tu kitaorang pergi, tour guide yang bawakkan. Tapi sebelum tu, kitaorang dah bagitau awal-awal kat tour guide yang dalam itinerary kitaorang - nak pergi ke Kedai Linda. So, diaorang boleh bawakkan ke Kedai Linda ni. 











Baju- baju kat sini murah gier. Ramai yang beli untuk jual balik kat Malaysia. Kalau baju inner (lengan panjang), kat Kedai Linda ni boleh dapat RM 5 jer sehelai, kalau kat Malaysia biasanya orang jual RM 15 sehelai. Murah kan?

Urusniaga kat Kedai Linda ni guna matawang Ringgit Malaysia. Kalau guna Vietnam Dong lagi mahal. So, better guna RM sebab boleh dapat lagi murah baju-baju tu. 

Kredit kad atau Debit kad tak boleh guna sini.

Kat Kedai Linda ni banyak baju untuk wanita. Baju kurung kanak-kanak pun ada. Baju lelaki tak banyak sangat - cuma ada kurta, jubah dan kemeja, tapi tu pun tak banyak choice. 


Kalau korang plan nak pergi Ho Chi Minh, Vietnam, dan nak cari tour guide / pakej pelancongan kat sana , boleh contact aku. Pastu nanti korang boleh lah pergi ke Kedai Linda ni. Harga pakej ni ialah RM 829 untuk seorang untuk pakej ground jer (kalau lagi ramai pelancong, lagi murah). Harga pakej ni termasuk sekali ngan tempahan hotel, transportation & driver dan trip ke Sungai Mekong / Chu-Chi Tunnel. Nak emel pun boleh - dorsett.pink14@gmail.com . 

You May Also Like

4 comments

  1. waa kalau dpt shopping tempat macam ni mmg rambang mata ni

    ReplyDelete
  2. memang lawa sangat corak2 yg ada ^_^

    ReplyDelete
  3. akk pun dah pernah sampai kedai Linda ni. rambang mata dibuatnya. rasa sume nak beli.

    ReplyDelete