Anak No.2 Ni Manja Sangat

by - Sunday, January 12, 2020

Nur Farah Aleeya atau lebih mesra dipanggil Leeya - anak no 2 aku sangatlah manja.
Manja dia tu lebih manja dari Kakak dia. Asyik nak berkepit jer dengan mommy. Sampaikan mommy masuk toilet pun nak ikut. Kalau dia nak baring / tidur, dia nak mommy sekali tidur dengan dia kat sebelah dia. Suka sangat dia dengan bau ketiak mommy yang masam ni =))..

Kalau mommy pergi dapur, dia ikut jugak lah, dan dia mainlah apa-apa benda pun kat dapur tu. Kalau waktu solat pulak, dia sampaikan nak berdukung dan terpaksalah 'ikut-sekali' mommy solat masa berdukung tu. Nasib baik Islam membenarkan solat sambil dukung anak. Kalau tak, susah jugak kaum ibu-ibu ni nak mengerjakan solat.



Tapi walaupun dia asyik nak berkepit jer dengan mommy, dia boleh main sorang-sorang. Tak de lah dia pun nak mommy join dia sekali bermain. Kiranya, Leeya ni boleh berdikari jugak lah. 

Kalau macam Kakak FL masa kecik-kecik dulu, langsung tak boleh main sorang-sorang. Mesti dia nak someone temankan dia bermain. Bila Kakak FL dah besar ni jer, dia dah pandai main sorang-sorang. Tapi bukan setiap masa main sorang-sorang, banyak masanya mommy / daddy yang join main sekali =)).. 


Aku rasa Leeya ni manja sangat sebab dia tak pergi sekolah lagi (playschool). Kakak FL dulu umur setahun dah pergi ke playchool. Tapi Leeya ni sampai sekarang masih duduk di rumah, mommy jaga sendiri. 

Sebabkan 24/7 dengan mommy, agaknya sebab tu la kot dia asyik nak berkepit dengan mommy jer. Dia rasa secure bila nampak mommy depan mata dia. Takpelah nak, mommy OK jer. Selagi ada waktu untuk 'kita bersama', mmmy akan sentiasa ada untuk Leeya, no matter what.


Ingatkan tahun ni nak masukkan dia ke PlaySchool. Tapi sebabkan dia bukan jenis morning person, tak boleh bangun awal pagi. So, aku rasa kesian pulak kat dia nak kejutkan pagi-pagi. So, biarlah dia tidur puas-puas pagi-pagi tu kat rumah. Tengoklah next year, akan pergi school kalau dia boleh bangun pagi =)).. 

Untuk Leeya - terima kasih kerna mempercayai mommy dan sayangkan mommy. Semoga kasih-sayang ini terus kekal sampai mommy dahtua kelak dan terus kekal hingga ke Syurga. Mommy, daddy dan Kakak FL sayangkan Leeya sangat-sangat. Semoga Leeya membesar menjadi anak solehah dan menjadi pembantu kepada agama Allah kelak.. =))

You May Also Like

2 comments

  1. KAta mama PC..masa anak kecil mereka manja sangat rasa macam risau sebab manja sangat.Macam mana nak sekolah nak itu nak ini kalau manja sangat..tapi nanti bila dah dewasa..lagi-lagi bila dah berumahtangga sangat-sangat rindu zaman anak-anak manja dengan mak ayah ni.

    ReplyDelete
  2. Alolo comel je.. takpelah manja2 dulubsebekumnstart sibuk dgn school

    ReplyDelete