Berkunjung ke Sekolah Menengah Agama Imtiaz

by - Friday, January 31, 2020

Weekend hari tu, aku berpeluang antar adik aku ke Sekolah Menengah Agama Imtiaz, yang terletak di Terengganu. Adik aku sekarang Form 2. Tahun ni tahun kedua dia di situ.

Sekolah ni ialah sekolah bantuan penuh Kerajaan Negeri Terengganu, diuruskan oleh Yayasan Terengganu. Sekolah ni macam sekolah Maahad Tahfiz la cuma namanya - Sekolah Menengah Imtiaz. Sekolah ni untuk warga Terengganu. Kalau anak bukan orang Terengganu, tapi mak ayah orang Terengganu pun, anak-anak boleh memohon masuk sekolah ni. Ramai pelajar terbaik SPM di Terengganu, datang dari sekolah ni. 

So, sesiapa yang masuk ke sekolah ni, wajib hafaz Quran. Sekolah ni sekolah berasrama. Siapa yang masuk sini, wajib duduk asrama. Dan yuran pengajian di sekolah ni tengok pada pendapatan ibubapa. Kalau fakir miskin atau asnaf, free jer yurannya. Selain dari asnaf, yuran berbeza untuk setiap pelajar, depends pada pendapatan ibu bapa. 







 Cantik sekolah ni. Ala-ala macam kampus universiti.

Ambil feel dulu masuk asrama =)


Dorm asrama kat sini ada 6 katil 1 dorm. Setiap dorm ada bilik air dan tempat basuh baju sendiri =))

Leeya ambil feel dulu =)). Mana tahu kelak nanti boleh masuk Maahad Tahfiz macam sekolah ni.


TIPS Nak Masuk Ke Sekolah Imtiaz :
- Dapat straight A UPSR
- Dapat straight A dalam exam agama, ala-ala macam UPKK / PSRA
- Aktif kokurikulum (Pastikan kumpul sijil Kokurikulum sebanyak mungkin).
- Aktif sebagai AJK atau Leader kelab (Permarkahan 'kepimpinan' sangat tinggi).
- Dah hafaz Juz 30.
- Pandai Menghafaz. (Nanti masa interview kemasukkan sekolah, pelajar akan diberikan 1 surah, dan pelajar tersebut kena hafaz surah yang diberikan dalam masa 30 - 40 minit).  


Harap TIPS yang diberikan dapat membantu mommy dan daddy yang masukkan anak ke SMA Imtiaz ni. Harap membantu sikit sebanyak =))

You May Also Like

11 comments

  1. masa di Kuala Berang bawa anak2 murid masuk contest..
    ada peserta dari Imtiyaz ni.. wahh hebat yaa diorang bukan calang2. mereka ni orang yang hidupkan agama mengaji n semuala. mmg insyallah Allah mudahkan utk diorang berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada wujud sekolah yang hebat macam ni yang mengangkat al-quran. semoga semua pelajar sekolah ni mampu menjadi penolong agama Allah kelak

      Delete
  2. sekolah imtiaz ni memang sekolah terbaik dekat terengganu, beberapa orang sepupu IQ pun bersekolah dekat sini. =)

    ReplyDelete
  3. agak susah nak masuk ke sekolah ini. tapi kalau berkeinginan kena letak target dan usaha betul-betul. jangna lupa doa banyak-banyak.

    done follow blog juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah susah nak mausk sekolah ni. Alhamdulillah, adik saya berjaya masuk sini. Thanks sebab follow blog saya =))

      Delete
  4. Motivasi untuk FL dan adik ni..aamiin.

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan di asrama dan mendapat keputusan yg cemerlang dlm akademik..

    ReplyDelete
  6. Wah hebat2 yang bersekolah kat sini.

    ReplyDelete